Tun Mahathir sekali lagi menjadi Perdana Menteri Malaysia. Tun yang berusia 94 tahun ini merupakan Perdana Menteri tertua di dunia! Tapi fizikal dan mental Tun masih kekal kuat. Apa agaknya rahsia sihat Tun Mahathir?
Rahsia sihat Tun Mahathir, akhirnya semua terbongkar!
Tun Mahathir selalu diajukan soalan tentang rahsianya kekal muda dan sihat. Berat badannya pun kalau kita lihat macam tak ada perubahan langsung!
Rahsia sihat Tun Mahathir adalah makan dengan sedikit. Seperti amalan Rasulullah, “berhenti sebelum kenyang.” Inilah amalan rahsia Tun sejak bertahun-tahun.
Tun berkata “Jangan terlebih makan, apabila anda gemuk, nak kembali kurus memang sangat susah. Ini adalah nasihat dari ibu saya, ibu saya beritahu saya, jika makanan itu sedap, berhenti makan.”
Tun berkata lagi yang memang susah untuk mendisiplinkan diri, tapi apabila beliau belajar tentang perubatan, beliau mula sedar betapa bagus nasihat itu kerana apabila kita makan banyak, perut akan membesar.
“Jika anda makan banyak selalu, perut akan menjadi sangat besar. Jika anda makan tak cukup, anda rasa lapar. Kemudian, anda akan terus makan dan perut akan bertambah besar. Semua bermula dari perut. Sesetengah orang sukakan makanan, tapi saya sangat berdisiplin dalam pelbagai cara. Jadi saya hormat nasihat ibu saya. Saya juga nasihatkan orang lain untuk tidak makan terlalu banyak. Jika anda rasa yang makanan terlalu sedap, cuba untuk tahan diri.”
Tun juga menambah, untuk berhenti dari makan makanan yang sedap memang susah pada awalnya. Tapi lama-kelamaan, ia akan menjadi mudah dan kita mula belajar untuk menerimanya.
Berat badannya juga maintain dari 62kg-64kg. Malah seluar 40 tahun lepas pun beliau masih muat lagi!
Tun Mahathir juga mempunyai rutin di mana beliau akan bangun pukul 6.30 pagi setiap hari dan membuat rutin senaman seperti berjalan, menaiki basikal atau menunggang kuda.
Tun juga ada memberitahu yang beliau tidak merokok atau minum alkohol untuk menjaga kesihatannya.
Tun yang mempunyai masalah jantung juga menasihatkan agar kita menjaga jantung kerana apabila badan kita besar, jantung akan bekerja dengan lebih kuat untuk mengepam darah.
Untuk menguatkan mindanya, Tun Mahathir berkata yang beliau sentiasa rajin membaca dan menulis. Otak perlu bekerja selalu untuk menguatkan daya ingatan.
Jika anda nak sihat seperti Tun M, setiap kali anda makan, ambil nasi macam gambar di atas ya! Ha… nampak tak sikit mana saja Tun makan? 🙂
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber rujukan: Video News Straits Times
Baca juga: