Rahsia untuk hidup lebih sihat: bijian penuh

Ibu dan bapa sekalian, anda pernah mendengar tentang kebaikan bijian penuh. Tetapi adakah anda betul-betul tahu apakah sebenarnya bijian penuh, dan mengapa mereka sangat bermanfaat untuk kesihatan kita? Pelajari lebih lagi manfaat bijan penuh dan bagaimana untuk memasukkan ia di dalam makanan harian kita.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Buah-buahan dan sayur-sayuran selalu muncul di fikiran apabila orang berfikir tentang makanan sihat, kerana mereka penuh dengan vitamin, serat dan antioksida. Tapi tahukah anda koktail kebaikan ini juga boleh dijumpai pada bijian penuh?

Di dalam ansuran siri video ini (klik SINI untuk melihatnya dahulu), Cik Gladys Wong, seorang ahli dietetik di Persatuan Nutrisi & Dietetik Singapura, berkongsi tentang 101 kebaikan bijian penuh, serta pilihan sarapan pagi untuk memastikan keluarga anda bertenaga sepanjang hari dengan permulaan yang hebat untuk hari itu.

Apakah itu bijian penuh?

Untuk dikira sebagai bijian penuh, menurut The Whole Grains Council, ia mesti mempunyai tiga bahagian – bran, endosperma, dan germa – semua di dalam perkadaran asal. Menurut Whole Grains Council, bijian penuh adalah sumber penting untuk nutrisi penting seperti serat, zat besi, vitamin B dan juga protein.

Ia juga menawarkan manfaat kesihatan yang banyak, termasuklah:

  • Sumber tenaga yang bagus untuk keluarga anda
  • Lebih serat, vitamin dan mineral berbanding bijirin halus, yang mempunyai lebih sedikit nutrient dan protein.
  • Membantu mengurangkan tahap kolesterol, obesiti, diabetis jenis 2(type 2 diabetes), risiko sakit jantung koronari, dan kanser
  • Membantu penghadaman dan mengelakan sembelit.

Walaubagaimanapun, 94% kanak-kanak di Singapura makan kurang dari 3 hidangan bijian penuh harian yang dicadangkan (lebih kurang 48 gram).

Kesihatan ialah kunci: buat perubahan yang mudah

Ibu-ibu, cuba bayangkan kesemua manfaat kesihatan yang anda dan keluarga anda akan dapat hanya dengan memakan lebih bijian penuh – tiada alasan untuk membuat perubahan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekarang anda sudah bersedia untuk mencuba, berikut adalah beberapa jenis makanan bijian penuh yang tersedia di pasaraya tempatan:

  • Beras/pasta perang
  • Roti/biskut bijian penuh
  • Bijiran sarapan dengan bijian penuh sebagai bahan utama
  • Bubur oat
  • Tortila bijirin mil penuh
  • Bertih jagung dengan tiada atau minimum lemak dan garam

Jika anda sedang runsing untuk memikirkan bagaimana untuk memasukanlebih bijian penuh ke dalam menu anak cerewet anda, berikut adalah beberapa cara mudah dan bijak. Siapa tahu, anak anda mungkin akan mula meminta lebih tanpa mengetahui perbezaannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1 Jadikan ia seronok

  • Sebagai permulaan, buat sandwich dengan sekeping roti bijian penuh dan sekeping roti putih biasa, kemudian potong menjadi bentuk haiwan yang comel. Ini akan membuatkan makanan kelihatan unik dan menarik.
  • Jadi kreatif dengan sarapan bijiran penuh dan oat – tambah ke dalam mangkuk dengan susu atau yogurt berperisa kegemaran anak anda, dan tambah buah kegemaran anak anda yang telah dipotong dengan comel.

#2 Jadikan makanan ikatan

  • Daripada makanan ringan, tawarkan bertih jagung semasa menonton filem bersama keluarga.
  • Mengajak anak anda membuat makanan kegemaran mereka seperti lempeng, biskut, atau mufin dengan menggunakan tepung bijian penuh.

#3 Memperkenalkan pertukaran makanan dalam kuantiti yang kecil

  • Campurkan beras perang dan beras putih semasa memasak lauk kegemaran keluarga
  • Menambah sepaket biskut bijian penuh dan kejut di dalam bekal anak anda.

Mari lihar video ketiga di dalam siri ini untuk lebih tips bagaimana meningkatkan penggunaan bijian penuh di dalam pemakanan keluarga di SINI.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Aqma