Artis K-Pop Rain & Pelakon Kim Tae Hee Selamat Menyambut Cahaya Mata Sulung!

Pelakon dan pasangan comel Korea Rain dan Kim Tae Hee ini telah selamat menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka pada 25 Oktober lalu!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kim Tae-Hee selamat bersalin

Baru bulan Mei lalu, pasangan selebriti Rain dan Kim Tae Hee telah membuat pengumuman dalam AllKpop.com yang mereka bakal menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka.

Dalam pengumuman itu, kedua-dua pasangan kelihatan teruja untuk berkongsi niat mereka yang mahu membina keluarga besar kelak.

Kini, tanggal 25 Oktober lalu, Kim Tae-Hee selamat melahirkan anak perempuan yang sungguh comel!

Kredit: DramaFever

Menurut Koreaboo, agensi Rain – R.A.I.N Company mengesahkan berita gembira terbabit dengan kenyataan –

“Tae-Hee selamat bersalin. Beliau dan bayi perempuan itu sihat.”

Mereka berdua kemudiannya menyambut kegembiraan berita baik itu dengan berkongsi sebuah foto sepasang stokin bayi berwarna putih dengan bunga soft pink di akaun Instagram Rain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Caption pada foto itu menulis: 

Terima kasih… Dia (bayi) adalah seorang anak perempuan yang sangat cantik. Kami akan membesarkan ia sebagai kanak-kanak yang boleh membantu dunia ini. #Blessed

Cinta Kim Tae Hee dan Rain

Awww, sweet sangat kan?

Siapa yang tidak kenal dengan dua selebriti terkenal Korea ini? Sudahlah kedua-duanya comel sungguh!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kim Tae Hee mula mencipta nama di Malaysia apabila berlakon dalam filem Stairway to Heaven

Hati peminat drama Korea terus tertambat dengan wanita comel bermata galak itu, walaupun beliau menggalas watak antagonis dalam drama terbabit.

Rain pula mencipta nama dalam bidang lakonan dan nyanyian. Sebelum ini, para peminat drama Korea tergila-gilakan beliau yang berlakon dalam show tv Full House

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Hello Asia!

Rain, 35 tahun atau nama sebenarnya Jung Ji-Hoon dan Kim, 37 tahun pertama kali bekerjasama melalui promosi iklan pada tahun 2011.

Ketika itu, mereka sudah semakin rapat dan dikatakan keluar dating sejak tahun 2013. 

Gosip mengatakan kedua-dua artis terbabit akan mengikat tali perkahwinan pada tahun itu, namun sehingga tahun ini barulah mereka berkahwin.

Majlis perkahwinan mereka dilakukan secara kecil-kecilan dan penuh privasi pada 19 Januari lepas. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sejak berkahwin, mereka berdua aktif menjelajahi dunia.

Kredit: DramaFever

Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasangan! Semoga bayi perempuan yang dilahirkan itu sentiasa dilindungi-Nya dan dipenuhi rahmat.

Tradisi Korea selepas wanita bersalin

Tahukah anda, satu tali akan diikat di hadapan pintu rumah warga Korea apabila seorang bayi dilahirkan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mengikut tradisi kaum ini, mana-mana kelahiran baru akan diumumkan dengan cara mengikat tali straw beserta serbuk cili untuk anak lelaki, dan arang untuk anak perempuan.

Apabila jiran tetangga melihat “pengumuman” ini, mereka harus menjauhkan diri daripada mengganggu wanita selepas bersalin selama hampir 21 ke 100 hari.

Plasenta bayi pula akan disimpan dan dibakar.

Abu plasenta itu akan dicampurkan dengan cecair untuk dijadikan healing potion yang akan diguna jika bayi tersebut jatuh sakit.

Ibu yang baru lepas bersalin digalakkan untuk minum sup seaweed

Sumber rujukan: theAsianparent Philippines dan Korea4expats

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comlelaki-anak-luar-nikah/

Penulis

Ayu Idris