Video Rakaman CCTV Wanita Menyelamatkan Anaknya Daripada Dihancur Pintu Lif

Satu rakaman CCTV mengejutkan di mana seorang ibu telah menendang anaknya daripada dihancurkan oleh pintu lif, telah menjadi viral.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Video yang dimuat di laman Facebook Penang Kini dan beberapa laman web antarabangsa telah melaporkan bahawa wanita itu, yang dipercayai ibu kepada anak, telah berbuat demikian atas tindakan refleks menyelamatkan anaknya dari dihimpit pintu lif.

Walaupuan tiada laporan rasmi difailkan, pengawal blok apartmen yang juga orang pertama melihat rakaman tersebut, telah mengesahkan bahawa lif itu tidak mempunyai sensor. Hanya ada satu butang di bahagian dalam lif untuk mengawal pintu terbuka. Beliau menambah bahawa anak gadis itu sangat bertuah kerana nyaris terperangkap pintu lif itu.

Wanita dalam video itu juga bukan penduduk blok apartmen tetapi seorang pelawat sahaja. Kejadian itu telah dilaporkan kepada kakitangan pejabat pengurusan apartmen pada hari yang sama.

Pendapat Netizen

Walaupun ramai yang memuji refleks cepat wanita itu dalam menyelamatkan anaknya, ada ramai orang yang juga tidak bersetuju dengan tindakannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam video tersebut anda boleh melihat kanak-kanak itu berkeliaran di hadapan pintu lif terbuka dan seorang wanita bergegas untuk memberi tendangan pantas sebelum pintu lif itu tutup.

Biasanya saya jarang nak menilai keputusan terbaik ibubapa untuk anak mereka, lebih-lebih lagi ketika kecemasan. Apa sahaja boleh berlaku secara tiba-tiba semasa kecemasan, dan sesiapa yang menghadapi situasi begini, perlu membuat keputusan dengan cepat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Yang saya rasa aneh, selepas wanita itu telah menendang kanak-kanak tersebut, dia terus mengundur dan meninggalkan kanak-kanak itu untuk mengejarnya. Sama ada wanita itu dalam keadaan terkejut atau marah ketika itu, kita tidak tahu.

Ternyata ramai yang akan berpendapat, banyak cara lain untuk menyelamatkan kanak-kanak itu. Jika tidak berhati-hati, hentakkan yang kuat ke kepala kanak-kanak boleh menyebabkan kecederaan dalaman dan komplikasi lain.

Apabila Kecederaan pada kepala

Hubungi doktor dengan segera jika anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • masih bayi lagi,
  • hilang kesedaran, walaupun untuk seketika sahaja,
  • tidak berhenti menangis,
  • mengadu kepala dan leher sakit (kanak-kanak yang lebih muda yang belum pandai bertutur mungkin akan lebih cerewet),
  • muntah beberapa kali,
  • tidak senang dibangunkan,
  • tidak berjalan atau bercakap seperti biasa.

kredit: Siakapkeli, DailyMailSWNS TV, Kidshealth.org

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Rosanna Chio