Apabila berbicara tentang ‘family planning’ atau rancang kehamilan, tentu ramai ibu-ibu hanya memikirkan pil perancang sebagai jalan mudah selain daripada ‘safe sex’.
Kerana untuk memikirkan jalan lain seperti mengira tarikh ovulasi atau memakai alat IUD (Intrauterine Device) mungkin lebih rumit.
Tapi tahukah anda, dengan menyusu secara eksklusif juga mampu memastikan anda dan pasangan dalam posisi selamat dari kehamilan mengejut.
Namun ada beberapa faktor yang perlu dipastikan agar kaedah ini selamat untuk dipraktikkan sepenuhnya.
Ibu menyusu secara eksklusif
Mengikut laporan Harian Metro, Pakar Sakit Puan Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Harlina Halizah Siraj ada menyatakan bahawa ini antara risiko yang kerap dipandang remeh oleh wanita. Ramai yang bulat-bulat mengingatkan bahawa cukup menyusu secara eksklusif dapat memastikan mereka tidah hamil lagi. Menurut kajian yang dilakukan terhadap ibu yang menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu, masa ovulasinya akan menjadi jauh lebih lambat berbanding ibu tidak menyusukan bayi secara eksklusif.
“Kaedah ini disebut LAM atau Lactational Amenorrhea Method. Ia menuntut penyusuan susu ibu sepenuhnya untuk melambatkan ovulasi secara semula jadi. Sekiranya wanita hamil, melahirkan anak, menyusukan dan kemudian datang haid, kaedah ini sudah tidak boleh diguna pakai untuk merancang keluarga.
“Apabila haid datang, itu bermaksud badan kita sudah kembali normal dan boleh hamil pada bila-bila masa,” katanya.
Baca juga: Cara Cegah Kandungan Luar Rahim, Penting Untuk Anda Tahu
LAM efektif sekiranya:
- Haid belum kembali
Selepas wanita melahirkan, dia masih belum didatangi haid.
- Bayi berumur kurang enam bulan
Kaedah ini tidak boleh diguna pakai untuk bayi selepas mereka mencecah usia enam bulan, walaupun disusukan secara eksklusif.
- Bayi disusukan secara eksklusif siang dan malam
Ramai ibu tersilap dalam mentafsir hal ini. Perlu diketahui penyusuan eksklusif berlaku apabila ibu menyusukan anaknya sepenuhnya secara terus. Ini bermaksud, apabila bayi merengek, ibu akan terus memberi susu dari payudara, bukan susu perahan (EBM).
Menyusukan anak secara eksklusif, bermaksud ibu yang memberi kepada anak menerusi kaedah penyusuan eksklusif. Jika ada ibu yang mengatakan mereka menyusukan bayi secara eksklusif, 100 peratus susu ibu termasuk secara botol (EBM), itu adalah eksklusif untuk anak, bukan untuk ibu.
Jika ibu yang menyusukan secara eksklusif, bermaksud dia sentiasa memberi secara terus dari dadanya. Hisapan hisapan anak itulah yang sebenarnya mengawal otak supaya melambatkan pengeluaran hormon subur. Apabila anak mula minum dari botol, rima hisapan sudah tidak sama dengan yang pertama (menerusi payudara ibu).
- Bayi tidak mengambil sebarang makanan lain selain daripada susu ibunya selama enam bulan pertama.
Penting diingatkan bayi itu perlu minum susu ibu saja. Tidak mengambil makanan tambahan atau susu lain. Apabila bayi mula menerima nutrien dari sumber lain, kadar hisapan mereka akan menurun.
Cara lain untuk rancang kehamilan
#1. Perancang keluarga jenis implan
Perancang keluarga jenis implan mengandungi progesterone. Progesterone ini akan menebalkan mukus servik dan menghalang sperma dari berenang masuk.
Ia akan dimasukkan ke bawah kulit di bahagian lengan. Kaedah perancang keluarga ini 99% berkesan dan boleh bertahan sehingga 4 tahun.
#2. Perancang keluarga jenis tampal
cara mencegah kehamilan, cara cegah kehamilan, cara cegah hamil, cara cegah mengandung, cara elak mengandung, kaedah perancang keluarga, perancang, perancang keluarga, kesan perancang keluarga
Perancang jenis ini antara yang paling mudah dan murah untuk didapatkan. Ia mampu menghalang sperma bersenyawa dengan telur.
Sama seperti perancang keluarga yang lain, cara mencegah kehamilan ini berfungsi dengan merembeskan hormon estrogen dan progestin yang akan menghentikan penghasilan telur.
Anda boleh menampal ia di perut, lengan, punggung atau bahagian belakang. Ia terbukti 91% berkesan.
#3. Cara mencegah kehamilan dengan suntikan
cara mencegah kehamilan, cara cegah kehamilan, cara cegah hamil, cara cegah mengandung, cara elak mengandung, kaedah perancang keluarga, perancang, perancang keluarga, kesan perancang keluarga
Kaedah suntikan pula menggunakan hormon progesterone. Anda perlu disuntik selama 2 bulan sekali dan perlu mendapatkan suntikan baru selepas 2 bulan.
Suntikan ini akan menghalang pengeluaran telur dari kilang ovari malah menghasilkan lendir yang pekat agar sperma tidak berjaya berenang.
Namun, ramai wanita yang mengadu mereka mengalami pendarahan yang tidak menentu gara-gara kaedah perancang ini.
#4. Perancang keluarga jenis span
Di Malaysia, kaedah perancang ini mungkin tidak terlalu popular. Ia adalah sejenis perancang keluarga yang menggunakan span untuk dimasukkan ke dalam vagina sebelum seks.
Span ini akan menjaga serviks dan mengandungi pembunuh sperma untuk mengelak kehamilan. Ia disertakan dengan tali untuk mudah ditarik selepas itu. ia hanya 76-88% berkesan
#5. Perancang keluarga jenis cincin
cara mencegah kehamilan, cara cegah kehamilan, cara cegah hamil, cara cegah mengandung, cara elak mengandung, kaedah perancang keluarga, perancang, perancang keluarga, kesan perancang keluarga
Perancang keluarga jenis cincin atau NuvaRing adalah sejenis perancang yang perlu dimasukkan ke dalam vagina juga. Ia kecil dan mampu menghalang kehamilan dengan merembeskan hormon.
NuvaRing mampu menghentikan sperma dari bertemu dengan telur.
Sumber: Harian Metro, Pa&Ma
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia