Rang Undang-Undang Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017

Undang-undang baru diperlukan untuk mendefinisikan jenayah seksual terhadap kanak-kanak, bagi memastikan pesalah yang melakukan perbuatan keji ini dihukum.

Lebih daripada 5,000 kanak-kanak telah didera secara seksual dalam tempoh lima tahun yang lalu dengan hanya sedikit penurunan antara tahun 2014 dan 2015.

Antara 70% dan 80% daripada pesalah ini adalah orang yang dikenali mangsa dan terdiri daripada ibu bapa, adik beradik, pengasuh kanak-kanak, saudara-mara atau jiran.

Undang-undang baru diperlukan untuk mendefinisikan jenayah seksual terhadap kanak-kanak, bagi memastikan pesalah yang melakukan perbuatan keji ini dihukum.

Sebelum ini sexual grooming terhadap kanak-kanak, bukan suatu jenayah di Malaysia. Kebanyakan pemangsa seks telah menggunakan kaedah yang dipanggil grooming, dimana pemangsa akan berkawan dengan kanak-kanak yang disasarkan terlebih dahulu sebelum melakukan jenayah seksual.

Tetapi semua ini akan bertukar dengan adanya rang undang-undang Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang kini sedang dibentangkan di sesi Parlimen.

sumber: nadinemuller.org.uk/

Perkara-perkara utama dalam rang undang-undang ini termasuk:

  1. Pornografi kanak-kanak
  2. Sexual grooming
  3. Serangan seksual fizikal dan bukan fizikal
  4. Kredibiliti saksi kanak-kanak
  5. Bukti diterima daripada ejen yang menyamar

Mereka yang ingin membaca kandungan penuh rang undang-undang Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak ini boleh layari sini.

Satu sidang akhbar bersama ahli-ahli kerajaan dan parti pembangkang, telah diadakan bagi menyokong rang undang-undang ini. Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah berkata di sidang tersebut, “Ya, undang-undang baru ini sangat penting, kerana ia akan meliputi apa yang tidak dirangkumi dalam akta kanak-kanak.

Disebabkan akta kanak-kanak(lama) lebih kepada pelindungan kanak-kanak, pemangsa telah dapat mengelak dari disabit kesalahan. Kami sangat gembira kerana sexual grooming kini termasuk dalam akta baru ini.”

Penyelarasan undang-undang

sumber: reesjones.com.au

Dua rang undang-undang lain juga akan dibentangkan untuk menyelaraskan undang-undang mengenai jenayah terhadap kanak-kanak.

  1. Pemindaan Seksyen 377CA Kanun Keseksaan dimana kemasukan objek ke mana-mana bahagian badan mangsa akan dianggap sebagai serangan seksual.
  2. Pemindaan Seksyen 2 Akta Keganasan Rumah Tangga untuk melindungi pasangan, bekas pasangan, anak, atau ahli keluarga terhadap penghinaan ke atas kehormatan mereka.

Undang-undang baru ini juga akan memberi kuasa kepada pegawai kebajikan masyarakat untuk mengeluarkan Perintah Perlindungan Kecemasan bagi mengelakkan kemungkinan kecederaan fizikal kepada mangsa.

Kata akhir Datuk Seri Azalina Othman Said kepada semua pelaku dera seksual kanak-kanak:
You can run, but you can’t hide. We will come after you.

Sumber: The Star, R.Age

Penulis

Rosanna Chio