Elak Cepat Bosan Ketika Seks, Persediaan Sebelum BERAKSI Menjamin Kepuasan Bersama!

Jika terpaksa berdepan perkara sama setiap hari, pastinya anda mudah rasa bosan. Begitu juga dalam hubungan suami isteri, ikut cara ini untuk kekal bahagia!

Kehidupan berumah tangga bukanlah sesuatu perjalanan yang mudah. Setiap pasangan perlu menggalas tanggungjawab dan saling berusaha membina kebahagiaan bagi mengelakkan rasa bosan ketika bersama.

Tidak dinafikan, tekanan tugasan harian dalam kerjaya dan menguruskan anak-anak menjadi cabaran besar pada ibu ayah masa kini. Mana tidaknya, waktu siang sepenuhnya di pejabat dan dapat bersua muka dengan isteri apabila malam, itupun kalau tidak kerja lebih masa.

Halangan untuk ‘bersama’ membuatkan pasangan mudah rasa bosan

credit to sources

Tahukah anda bahawa keadaan fizikal yang penat dan penuh tekanan boleh menimbulkan rasa bosan apabila ‘bersama’ dengan pasangan?

Hubungan seks adalah sesuatu yang tidak boleh diabaikan. Ia sangat penting dalam mengekalkan kebahagiaan hidup sebagai suami isteri. Tabiat tidak sihat seperti terlalu sibuk dengan kerja atau banyak menghabiskan masa pada skrin telefon akan membuatkan pasangan menjadi fed up!

Keadaan ini ditambah pula dengan ibu yang bekerja serta memiliki anak-anak masih kecil. Tentunya agak sukar sedikit untuk melakukan aksi hebat ketika seks dan perlu memastikan mereka tidur lena terlebih dahulu.

Bukan itu sahaja jika anda sedang mengandung, ia mungkin akan menjejaskan kualiti hubungan di ranjang memandangkan suami hanya dapat beraksi secara lembut dan perlahan bagi mengelakkan sebarang masalah terhadap kandungan.

Kesannya, anda dan suami terpaksa menyimpan dahulu hasrat bersama. Jika sekali dua mungkin tidak apa, tapi bagaimana jika setiap hari berdepan perkara yang sama? Tentulah akan rasa bosan dan suami mungkin akan hilang selera.

Perubahan normal selepas memiliki anak

Memandangkan banyak perkara perlu diselesaikan seperti bersih rumah, cuci pakaian, mengemas dapur dan memasak, anda mungkin akan mula menyedari bahawa kesibukan ini menjadi halangan melakukan hubungan seks.

Lebih menyedihkan ada pasangan sehingga berbulan-bulan tidak menikmati belaian manja di ranjang, bahkan tidak saling bersentuhan ketika waktu tidur.

Jika sekarang anda berdepan keadaan ini, kami mencadangkan beberapa perkara berkesan untuk menambat semula nafsu suami dan mengelakkan berlakunya kesuraman ketika bersama iaitu:

credit to sources

  • Hubungan seks tidak perlu dilakukan setiap hari
  • Aksi yang dilakukan hendaklah memberikan kepuasan kepada kedua-dua pihak.
  • Memerhatikan riak wajah pasangan ketika beri isyarat untuk bersama
  • Elakkan menyeksa batin suami hanya kerana anda tidak bersedia
  • Luangkan masa untuk memberikan membelai pasangan tanpa sebarang tekanan

Sebenarnya ramai isteri tidak menyedari bahawa sangat penting memikat hati suami. Meskipun anda meluangkan masa yang banyak di rumah, ia bukan bermaksud perlu berpakaian selekeh dan mengabaikan dandanan diri.

Sebab itulah kebanyakan suami tidak memandang wajah dan tubuh badan isteri sebagai tempat untuk dia melepaskan nafsu, lebih teruk lagi pandangannya terhadap anda seperti seorang ibu.

Justeru adalah penting menjaga penampilan di rumah, tetapkan anggaran masa suami balik dari kerja, pastikan anda sudah menyediakan makan malam dan mengenakan pakaian yang bersih. Manalah tahu, tiba-tiba balik ingin terus bersama!

Tips menikmati kepuasan di ranjang

#1. Kenal pasti waktu anda bersedia untuk seks

Jika suami kelihatan penat selepas pulang bertugas, anda mungkin boleh cuba melakukan seks pada waktu pagi. Menurut salah satu kajian, tahap testosteron lelaki berada pada tahap maksimum ketika pagi. Kesannya, dia mampu bertahan lebih lama ketika beraksi!

#2. Jauhkan telefon bimbit ketika bersama

credit to sources

Berdasarkan hasil kajian mendapati telefon pintar boleh memerangkan aktiviti suami isteri termasuklah hubungan romantik. Sekiranya pasangan tidak lagi memandang wajah dan sibuk meneliti skrin, ia bukanlah sesuatu perkara yang baik. Boleh sahaja dia cenderung melihat wanita lain lebih menggoda atau menghabiskan masa melayan group whatsapp.

#3. Tidak semestinya berlaku di atas katil

Sekiranya anda mendapati pasangan mula menunjukkan rasa bosan di dalam bilik, apa kata cuba melakukan aksi di ruang tamu, atas sofa mahupun dalam bilik mandi.

Pastinya ia memberikan rasa sensasi berbeza dan merangsang pasangan untuk mencuba pelbagai aksi yang hebat.

#4. Kekalkan kemesraan setiap hari

Kebanyakan pasangan suami isteri mungkin tidak melakukan hubungan seks pada setiap harim tetapi anda boleh kekal hubungan intim. Caranya adalah dengan meluangkan masa 5 minit untuk berpegangan tangan, saling berpelukan dan mengungkapkan rasa cinta.

#5. Berhenti bercakap dan mulakan langkah

Berhenti bercakap dan mula melakukan antara satu sama lain. Adakah anda tahu berapa banyak masa sudah dihabiskan untuk bercakap tentang berapa kali tidak melakukan hubungan seks? Bila boleh melakukan hubungan seks?

Dalam hal ini ia memerlukan tindakan untuk membuatkan diri anda dan pasangan bersedia menikmati kehidupan berumah tangga.

Tidak kira sama ada anda keletihan atau anak-anak sedikit mengganggu, pastikan hubungan seks kembali menyeronokkan dengan tidak terlalu serius dan jujurlah dengan pasangan akan keinginan diri.

Sumber: Shape.com

Kredit foto: shutterstock

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comselalu-berfikiran-positif