Tak Boleh Tengok Muka, Si Abang Rasa Loya Nak Muntah (Tapi Tetap Cuba Terima Adik!)
Rasa loya nak muntah bila tengok muka adik. Pelik dan lucu, tapi itulah kisah benar yang dialami oleh seorang kanak-kanak
Biasa kita dengar ada ibu hamil yang alami alahan tidak boleh tengok muka suami. Jika tengok mesti rasa loya nak muntah. Tetapi perkongsian kali ini agak unik, ia libatkan abang yang rasa loya setiap kali melihat adiknya.
Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?
- Rasa loya nak muntah bila tengok muka adik
- Ada yang pernah alami, ia mungkin tanda anxiety kerana ada perubahan dalam keluarga
- Anak dah boleh mula terima
Adalah biasa sekiranya jika baru dapat adik baharu, anak-anak akan memberi reaksi yang pelbagai. Ada yang teruja dan menyambut adik dengan tangan terbuka, ada pula yang merajuk mungkin bimbang kasih sayang dibahagi.
Namun, lain pula kisah kanak-kanak ini, dia loya setiap kali melihat adiknya! Malah jika menyebut tentang adiknya pun dia boleh jadi loya.
Rasa loya nak muntah bila tengok muka adik
Menerusi perkongsian video seorang bapa di laman tiktok dengan nama schobyyy, anak pertamanya yang diberi nama Easton akan rasa loya setiap kali melihat adiknya.
Malah jika cuba didekatkan, dia akan cuba menjauhkan diri dan kelihatan dia memang loya hingga rasa mahu muntah.
Ada yang pernah alami, mungkin tanda anxiety sebab ada perubahan dalam keluarga
Melihat kepada ruangan komen, ada yang berkongsi mereka pernah alami perkara yang sama. Ada yang mengaitkan rasa loya nak muntah itu adalah reaksi perasaan menerima orang baharu.
Ada juga yang berkata ia mungkin rasa anxiety kanak-kanak itu apabila melihat kehadiran orang baharu dalam keluarga yang mana kesannya dia akan rasa loya.
Ia dikatakan tindak balas atau reaksi normal dalam proses penerimaan benda baharu di rumah atau dalam keluarga. Ada juga yang membuat andaian bahawa ia tanda Easton menunjukkan protesnya dan menyamakan apabila kita tidak suka sesuatu makanan memang kita akan rasa ank muntah jika disuakan.
Namun keadaan itu sudah beransur pulih dan Easton kini sudah boleh tidur bersama adiknya.
Anak dah boleh mula terima kehadiran adiknya dalam keluarga
Bapa ini turut berkongsi mengenai perkembangan terkini anaknya dan dia semakin menunjukkan perkembangan positif. Dia tidak lagi loya malah boleh tidur bersama-sama dengan abangnya.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Terpaksa Berhenti Tepi Jalan, Tukar Driver! Suami Loya, Muntah-Muntah Kena Morning Sickness
Baca juga: Loya Sepanjang Hari? Cuba Cara Ini Bagi Menghilangkan Rasa Mual Saat Hamil!
Baca juga: Khasiat Susu Kambing Boleh Kurangkan Loya & Sembelit Dialami Ibu Hamil