X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Susu Kambing Untuk Ibu Mengandung Memiliki Kandungan Kalsium Yang Baik Untuk Bantu Pembentukan Tulang & Gigi Bayi

8 min bacaan
Susu Kambing Untuk Ibu Mengandung Memiliki Kandungan Kalsium Yang Baik Untuk Bantu Pembentukan Tulang & Gigi Bayi

Susu kambing untuk ibu mengandung amat berkhasiat, terutamanya bagi mengurangkan rasa loya dan pening kepala akibat perubahan hormon!

Susu kambing merupakan antara minuman popular di kalangan wanita mengandung kerana khasiatnya yang memang baik untuk ibu dan bayi dalam kandungan. Tapi adakah anda tahu apa khasiat susu kambing yang boleh didapati untuk ibu hamil?

Sebenarnya ada juga yang takut minum susu ini kerana kata mereka ia susu yang panas dan dikhuatiri memudaratkan kesihatan ibu mengandung. Minuman ini banyak khasiatnya untuk ibu mengandung.

Malah ia mampu mewujudkan pengalaman mengandung yang lebih harmoni kerana jika anda mengalami alahan teruk ia mungkin boleh dikurangkan dengan pengambilan susu kambing.

Isi Kandungan

  • Susu Kambing Untuk Ibu Mengandung: Mampu Mengurangkan ‘Morning Sickness’
  • Khasiat Susu Kambing Untuk Janin
  • Perbezaan Di Antara Susu Kambing Segar Dan Susu Kambing Tepung
  • Vitamin Untuk Ibu Mengandung

Susu Kambing Untuk Ibu Mengandung: Mampu Mengurangkan ‘Morning Sickness’

susu kambing untuk ibu mengandung

Morning sickness antara perkara yang biasa menghantui setiap ibu hamil. Bezanya cuma adakah ia teruk, sederhana atau biasa-biasa saja yang mana ibu hamil masih lagi boleh bertahan dengan keadaan loya dan pening kepala.

Jika teruk ada yang terpaksa dimasukkan ke hospital kerana mengalami dehidrasi teruk setelah mengalami muntah-muntah berpanjangan yang dikhuatiri memudaratkan kesihatan ibu dna bayi dalam kandungan.

Jadi, apakah khasiat susu kambing kepada ibu hamil? Jom kami kongsikan, mungkin ia boleh membantu anda.

Kebaikan Susu Kambing Untuk Ibu Hamil

susu kambing untuk ibu mengandung

Susu kambing mempunyai banyak khasiat yang mungkin selama ini kita pun tidak tahu. Jadi kali ini kami kongsikan pada anda, khasiat susu kambing segar ini untuk ibu mengandung di luar sana.

#1. Susu Kambing Untuk Ibu Mengandung: Baik Untuk Sistem Imun Ibu Hamil.

Kebaikan pengambilan susu kambing antaranya meningkatkan sistem imun tubuh sekaligus menyebabkan badan sukar dijangkiti penyakit.

Jadi dengan sistem imun yang tinggi, ibu hamil akan sukar dijangkiti penyakit dan sentiasa berada dalam tahap kesihatan yang terbaik bagi memastikan perkembangan kandungan normal.

Sekiranya ibu mudah dijangkiti penyakit, mereka mungkin terpaksa mengambil ubat-ubatan sepanjang tempoh kehamilan yang mungkin memberi kesan kepada bayi dalam kandungan.

Jadi, untuk itu anda boleh cuba mengamalkan pengambilan susu kambing segar untuk meningkatkan sistem imun tubuh ibu mengandung.

#2. Susu Kambing Untuk Ibu Mengandung: Bersifat Alkali, Dapat Mengurangkan Asid Dalam Perut Ibu Mengandung.

Umum sedia maklum bahawa asid sering menyebabkan pedih ulu hati yakni isu biasa yang sering dialami oleh ibu hamil terutama ketika usia kandungan semakin meningkat. Oleh disebabkan itu, khasiat susu kambing yang bersifat alkali tidak akan membuatkan perut para wanita hamil berasid.

Makanan berasid seperti asam dan jeruk akan membuatkan perut mudah rasa tidak selesa. Tambahan pula, bagi ibu hamil yang mengalami morning sickness, asid dalam perut juga akan menyebabkan rasa tidak selesa dan pedih ulu hati.

Jadi pengambilan susu kambing yang bersifat alkali memang sangat membantu mengurangkan ketidakselesaan akibat pedih ulu hati.

#3. Susu Kambing Untuk Ibu Mengandung: Dapat Mengurangkan Sembelit Dan Meningkatkan Sistem Penghadaman.

Ibu hamil terutama yang berada pada trimester ketiga akan mula mengalami masalah sembelit kerana bayi yang semakin membesar akan menghimpit sistem pencernaan sekaligus menyebabkan pergerakan usus menjadi lebih perlahan daripada biasa.

Jadi, pengambilan susu kambing adalah alternatif yang baik untuk membantu fungsi penghadaman ibu mengandung.

#4. Susu Kambing Untuk Ibu Mengandung: Dapat Menguatkan Tulang Dan Otot.

Susu kambing mengandungi kalsium yang sangat tinggi. Kalsium yang terdapat dalam susu kambing membantu menguatkan tulang, otot, sendi, kulit dan saraf ibu mengandung. Ia membantu meningkatkan kesihatan tulang dan gigi agar tidak reput.

Selain itu, kalsium dalam susu kambing juga membantu pembentukan tulang dan gigi bayi dengan sempurna.

#5. Susu Kambing Untuk Ibu Mengandung: Dapat Mengurangkan Morning Sickness.

Tahukah anda bahawa terdapat satu bahan dalam susu lembu yang boleh menyebabkan ibu mengandung mengalami alahan atau morning sickness? Bahan tersebut iaitu protein kompleks Alpha-casein & Beta-casein yang mana protein ini tidak terdapat dalam susu kambing.

Oleh itu, amalan minum susu kambing semasa mengandung mengurangkan risiko anda mengalami alahan semasa mengandung.

#6. Susu Kambing Untuk Ibu Mengandung: Meningkatkan Tumpuan Dan Mengelakkan Daripada Cepat Terlupa.

Apabila mengandung, tumpuan seseorang wanita akan sedikit terjejas. Perubahan hormon yang berlaku juga kadangkala menyebabkan mereka sukar untuk memberi tumpuan. Mereka juga mudah terlupa kerana hormon dalam tubuh yang tidak seimbang. Jadi ramai yang minum susu kambing untuk mengatasi masalah ini.

Khasiat Susu Kambing Untuk Janin

susu kambing untuk ibu mengandung

Khasiat susu kambing segar untuk mengandung yang penting adalah kandungan kalsium yang ada di dalam susu untuk ibu bertujuan untuk menjaga wanita hamil serta kandungan. Ia merupakan salah satu nutrisi penting dalam membantu pembetukan tulang serta gigi bayi. Malah, susu kambing juga didapati boleh meningkatkan sistem imuniti tubuh badan ibu.

Berikut merupakan khasiat susu kambing untuk perkembangan janin yang perlu anda ketahui:

#1. Penjagaan Kesihatan Tulang Ibu Hamil & Janin.

Semua jenis susu mengandungi kalsium, dan tidak terkecuali susu kambing yang mempunyai kandungan kalsium yang cukup tinggi. Kandungan kalsium dalam susu kambing sangat bermanfaat untuk menjaga kesihatan tulang ibu hamil dan janin.

#2. Melancarkan Susu Ibu.

Walaupun susu ibu akan diberikan apabila janin dilahirkan, pengeluaran susu perlu disediakan semasa kehamilan. Pengambilan susu kambing dengan kerap akan membantu ibu hamil melancarkan susu ibu supaya selepas janin dilahirkan susu akan berjalan lancar tanpa halangan.

#3. Meningkatkan Sistem Imunisasi Badan.

Susu kambing sangat mudah dihadam, jadi ia mudah diserap oleh badan. Pengambilan susu kambing secara berkala dan kerap akan membantu ibu hamil meningkatkan imuniti supaya tidak mudah sakit.

#4. Merendahkan Risiko Alergi.

Susu lembu sering menjadi punca alahan, kerana susu lembu mengandungi lebih daripada 20% kasein A1 yang mudah menyebabkan reaksi alahan.

Oleh itu, ibu hamil boleh mengatasinya dengan susu kambing yang diambil semasa mengandung. Susu kambing hanya mengandungi kasein A2 yang kurang alergi.

#5. Mencerahkan Kulit.

Asid lemak dan trigliserida bukan sahaja meningkatkan prestasi organ tubuh, tetapi juga berkesan menjadikan kulit cerah secara semula jadi. Susu kambing kaya dengan vitamin A yang berkesan untuk menjadikan kulit lembut bayi, melawan jerawat, dan mengekalkan kesihatan kulit secara keseluruhan.

Asid laktik dalam susu kambing membantu menyingkirkan sel kulit mati dan mengekalkan kelembapan kulit.

Perbezaan Di Antara Susu Kambing Segar Dan Susu Kambing Tepung

susu

Kadangkala, perbezaan di antara susu kambing segar dan susu kambing tepung pun kita boleh keliru. Tidak mengapa, itu adalah normal ya. Untuk pengetahuan anda, susu tepung mahupun susu segar adalah minuman yang sangat penting untuk tubuh badan manusia.

Vitamin A, vitamin D, vitamin B, serta vitamin K merupakan antara sumber vitamin yang terkandung di dalam susu. Selain daripada sumber vitamin, di dalam susu juga mempunyai sumber mineral. Antara sumber mineral yang ada adalah kalsium, magnesium, fosforus, potassium, serta zink.

Susu Kambing Tepung.

Susu kambing tepung adalah produk tenusu yang dihasilkan menerusi proses penyejatan sehingga menjadi kering. Tujuan utama proses pengeringan dilaksanakan adalah bagi membolehkan susu ini disimpan dalam jangka masa yang panjang.

Susu ini boleh bertahan lebih lama berbanding susu cecair, ini kerana susu cecair memerlukan suhu yang rendah untuk mengekalkan kesegarannya. Tujuan lain proses ini dilaksanakan adalah bagi mengurangkan berat susu supaya menjadi lebih ringan dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja.

Susu ini sama juga seperti mana-mana susu segar lain di mana ia mengandungi sumber mineral dan sumber vitamin yang tinggi.

Susu Kambing Segar.

Susu kambing segar adalah susu yang merangkumi kesemua jenis susu yang wujud di dunia ini. Susu segar mempunyai beberapa proses, salah satunya adalah pasteurisation di mana ia dipanaskan pada suhu 72°C dalam masa yang singkat – bertujuan untuk membunuh bakteria supaya susu itu selamat untuk diminum.

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Dan sama juga seperti susu kambing tepung, ia mengandungi sumber mineral dan sumber vitamin yang tinggi.

Perbezaan di antara kedua-dua susu kambing tepung dan susu kambing segar ini adalah susu segar dihasilkan dalam bentuk cecair, manakala susu tepunng pula dalam bentuk tepung.

Vitamin Untuk Ibu Mengandung

Buat wanita bakal bergelar ibu, pada mulanya anda mungkin sedikit keliru dengan perubahan mood, selera makan dan perlu berdepan pelbagai alahan. Oleh itu, perkara paling mudah untuk mengekalkan kesihatan diri dan bayi adalah dengan mengambil makanan mengandungi vitamin serta nutrisi yang baik.

Berikut merupakan beberapa jenis vitamin dan mineral sangat penting bagi mengekalkan kesihatan ibu serta janin:

  • Vitamin C.
  • Vitamin B Kompleks.
  • Asid Folik.
  • Kalsium.
  • Vitamin D.
  • Vitamin E.
  • Zat Besi.
  • Magnesium.
  • Probiotik.

Semoga artikel ini bermanfaat.

  1. parenthood.my (April 07, 2021) The Goodness of Goat’s Milk For Pregnant & Nursing Mothers. https://parenthood.my/bump-to-birth/the-goodness-of-goats-milk-for-pregnant-nursing-mothers/
  2. pregnancybirthbaby.org.au (October 2021) Vitamins and Supplements During Pregnancy. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/vitamins-and-supplements-during-pregnancy
  3. healthline.com (August 13, 2020) Supplements During Pregnancy: What’s Safe and What’s Not. https://www.healthline.com/nutrition/supplements-during-pregnancy

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Susu Kambing Sesuai Sebagai Pengganti Susu Ibu. Mitos Atau Fakta?

Baca juga:  Bayi Yang Minum Susu Kambing Boleh Dapat Penyakit Berbahaya!

Baca juga: Elak Susu Kambing Untuk Bayi Kuning, Si Manja HANYA Perlukan Susu Ibu Yang Mencukupi!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Susu Kambing Untuk Ibu Mengandung Memiliki Kandungan Kalsium Yang Baik Untuk Bantu Pembentukan Tulang & Gigi Bayi
Kongsikan:
  • Kebaikan Essential Oil Berkesan Hilangkan Stres Ibu Hamil, Tapi Ada Yang Bahaya & Perlu Dielak

    Kebaikan Essential Oil Berkesan Hilangkan Stres Ibu Hamil, Tapi Ada Yang Bahaya & Perlu Dielak

  • Pakai Seluar Jeans Ketika Mengandung Tidak Bahaya, Tapi Jika Ketat Boleh Jadi Punca 7 Masalah Ini

    Pakai Seluar Jeans Ketika Mengandung Tidak Bahaya, Tapi Jika Ketat Boleh Jadi Punca 7 Masalah Ini

  • Nama Bayi Lelaki Islam Moden & Ringkas Trending Untuk Tahun 2023!

    Nama Bayi Lelaki Islam Moden & Ringkas Trending Untuk Tahun 2023!

  • Kebaikan Essential Oil Berkesan Hilangkan Stres Ibu Hamil, Tapi Ada Yang Bahaya & Perlu Dielak

    Kebaikan Essential Oil Berkesan Hilangkan Stres Ibu Hamil, Tapi Ada Yang Bahaya & Perlu Dielak

  • Pakai Seluar Jeans Ketika Mengandung Tidak Bahaya, Tapi Jika Ketat Boleh Jadi Punca 7 Masalah Ini

    Pakai Seluar Jeans Ketika Mengandung Tidak Bahaya, Tapi Jika Ketat Boleh Jadi Punca 7 Masalah Ini

  • Nama Bayi Lelaki Islam Moden & Ringkas Trending Untuk Tahun 2023!

    Nama Bayi Lelaki Islam Moden & Ringkas Trending Untuk Tahun 2023!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.