Doktor Palsu Tawar "Khidmat" Di PJ Punca Pesakit Kanser Payudara Ini Maut!

Wanita ini meninggal dunia kerana percaya dengan doktor palsu yang meyakinkan kanser boleh sembuh dengan rawatan alternatif.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila orang yang kita sayang sakit, kita mesti akan cuba pelbagai cara sama ada dengan perubatan moden mahu pun rawatan alternatif untuk menyembuhkan mereka.

Begitu juga dengan suami ini, apabila kanser payudara yang dialami isterinya sejak 2015 lalu kembali semula, dia telah cuba untuk mendapatkan perubatan alternatif dari seorang “doktor”.

Doktor palsu tawar rawatan alternatif mengakibatkan kematian seorang wanita

Mat (bukan nama sebenar) telah melaporkan aduan kepada Kementerian Kesihatan tentang kematian isterinya Ana (bukan nama sebenar) selepas mengambil beberapa jenis ubat yang diberikan oleh seorang doktor palsu.

Menurut The Star, Ana menderita kanser payudara dan kesihatannya bertambah buruk selepas mengambil suplemen yang diberikan sejak Julai lalu. Dia meninggal sebulan selepas itu.

Ahli keluarga mengatakan tubuh badan Ana berubah menjadi hijau angkara air klorofil yang diberikan oleh doktor tersebut.

Ana didiagnos menghidap kanser payudara ini sejak tahun 2015 dan telah menjalani beberapa sesi rawatan kemoterapi dan radioterapi.

Ketika kanser payudara menyerangnya semula pada tahun 2018, seorang doktor rawatan alternatif telah menghubungi pasangan ini dan menawarkan rawatan.

Doktor palsu ini letak pangkat “Dr” pada kad nama

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mat berkata, doktor ini telah menggunakan faktor agama untuk meyakinkan mereka.

“Orang tersebut mempunyai pangkat ‘Dr’ pada kad namanya. Caranya juga sangat meyakinkan bila dia beritahu kami yang kami sangat beruntung dapat berjumpa dengannya sebelum terlambat.”

Kerana mereka terdesak untuk mendapatkan penawar, mereka telah menghabiskan lebih dari RM10,000 untuk perubatan dan suplemen dari doktor ini yang dikatakan boleh memberikan tenaga pada Ana dan membunuh sel kanser.

Ana telah mengikut kata doktor palsu ini dan minum lebih dari 40 botol air klorofil dalam masa sebulan bersama 40 suplemen lain. Doktor ini juga menyuruh Ana puasa selama tiga hari untuk “buat sel kanser kelaparan”.

“Isteri saya bertukar jadi warna hijau dan doktor ini mengatakan ia bukan satu masalah kerana hidung isteri saya masih berwarna ungu,” tambah suami ini lagi.

The Star telah merujuk pangkalan data doktor berdaftar di Kounsel Perubatan Malaysia dan gagal menemui apa-apa maklumat tentang “doktor” ini.

Sebahagian dari suplemen yang diberikan adalah berdaftar dan sebahagiannya tidak. Label pada suplemen tersebut juga dipercayai dibuat sendiri!

Suami ini berkata niatnya membuat laporan bukan untuk membalas dendam tapi untuk memberi peringatan kepada pesakit kanser lain untuk berfikir dua kali sebelum mendapatkan rawatan alternatif.

Rawatan alternatif untuk pesakit kanser yang boleh dicuba

Ramai pesakit kanser yang ingin cuba untuk melakukan rawatan lain selain rawatan di hospital. Tapi, seperti kisah di atas, banyak rawatan alternatif yang tak mempunyai bukti saintifik malah berbahaya.

Jadi, jika anda ingin mencuba rawatan alternatif, rawatan di bawah ini telah menunjukkan kesan yang positif dalam membantu pesakit kanser:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Akupuntur

Semasa rawatan akupuntur, pengamal rawatan akan memasukkan jarum-jarum kecil ke dalam kulit pada titik-titik tertentu.

Kajian menunjukkan akupuntur boleh membantu untuk melegakan mual akibat dari kemoterapi. Akupuntur juga boleh membantu beberapa sakit yang dialami oleh pesakit kanser.

2. Aromaterapi

Aromaterapi menggunakan minyak wangi untuk memberikan sensasi tenang. Minyak yang ditapis dengan bauan seperti lavender boleh diletakkan pada kulit semasa mengurut atau boleh diletakkan dalam air mandi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Senaman

Senaman boleh membantu menguruskan simptom semasa atau selepas rawatan kanser. Senaman ringan boleh melegakan rasa mual dan tekanan dan membantu anda untuk tidur dengan lebih nyenyak.

4. Meditasi

Meditasi adalah tahap konsentrasi apabila anda fokuskan minda pada satu imej, bunyi atau idea. Semasa meditasi, anda juga perlu melakukan senaman relaktasi atau menarik nafas panjang. Ini boleh membantu pesakit kanser untuk menghilangkan tekanan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Tai chi

Tai chi adalah senaman yang melibatkan pergerakan lembut dan pernafasan yang mendalam. Anda boleh belajar tai chi melalui pengajar atau dari buku dan video. 

Tapi, sebelum anda melakukan apa-apa rawatan alternatif sama ada yang dicadangkan di atas atau rawatan lain, pastikan anda mendapatkan nasihat dari doktor anda dulu untuk memastikan rawatan tersebut sesuai dengan keadaan anda.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: The Star, Mayo Clinic

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkanser-payudara/

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nadia Ghafar