Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Sebagai ibu bapa kita sepatutnya sudah bersedia untuk menyediakan rawatan cirit birit di rumah sekiranya ia terjadi.  

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beberapa bulan yang lepas boleh dikatakan agak mencabar buat semua disebabkan PKP dan kini PKPP. Buat pertama kalinya kita tidak boleh keluar dari rumah lantas membuatkan ibu bapa secara tidak langsung mengasah skil mereka dalam memasak. 

Dalam keadaan ini setiap pemakanan anak boleh dipantau dengan mudah kerana mereka sentiasa di rumah, dan jika anda perasan pada waktu ini anak-anak kurang jatuh sakit. Namun sebaik mereka kembali ke sekolah, ibu bapa kembali risau dengan risiko mereka untuk terkena jangkitan  baik dari apa yang mereka sentuh juga apa yang dimakan kembali meningkat, terutamanya risiko untuk terkena cirit birit. 

Sebagai ibu bapa kita sepatutnya sudah bersedia untuk menyediakan rawatan cirit birit di rumah sekiranya ia terjadi.  

Cirit birit terjadi apabila tekstur najis kita menjadi cair dan kerap membuang air besar sebanyak tiga kali atau lebih. Ia sangat biasa terjadi dikalangan kanak-kanak bawah 5 tahun. 

Walau bagaimanapun, rawatan cirit birit untuk kanak-kanak berlainan usia adalah berbeza. Jadi di sini kami kongsikan bagaimana anda boleh merawat cirit birit pada setiap usia. 

Rawatan Cirit Birit Di Rumah: Mengikut Umur dan Langkah-Langkahnya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayi baru lahir: 

Pada usia ini, bayi tidak pandai untuk berkomunikasi (melainkan menangis), jadi ibu bapa boleh ketahui apa masalah yang dihadapi dengan memeriksa lampin bayi dan berapa kerap bayi membuang air. 

Memandangkan bayi baru lahir memang menghasilkan najis yang cair dan juga membuang air besar dengan kerap jadi agak sukar untuk memastikan sama ada ia cirit atau tidak. 

Masalah cirit birit dikalangan bayi baru lahir adalah serius pada waktu ini. Ia akan menyebabkan bayi dihidrat dan kehilangan berat. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selalunya tanda-tanda cirit birit pada bayi baru lahir adalah jika najisnya tampak lebih cari dari kebiasaan dan mereka membuang air besar kurang daripada dua jam sekali. 

Ibu bapa patut segera bawa berjumpa dengan doktor sekiranya ia berlaku dengan kerap juga sekiranya anda nampak tanda-tanda lain seperti keliling mulut yang kering, juga ubub-ubun yang semakin mendalam. 

Bayi : Kanak-kanak pada usia ini masih mudah untuk alami cirit birit, walaupun efeknya tidak serius seperti bayi baru lahir. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayi juga lebih cenderung untuk terkena cirit birit akibat perubahan persekitaran, seperti ke pusat penjagaan atau pengasuh, dan ketika makanan pejal diperkenalkan kepada sistem mereka. 

Jika cirit birit masih berlaku, penting untuk membawa mereka berjumpa doktor. 

 

Kanak-kanak: Apabila kanak-kanak sudah mula menerokai rumah dengan sendirinya, dengan merangkak, berjalan, kadang kala mereka akan mengutip benda-benda di lantai dan masukkan ke dalam mulut mereka. Ia mampu memberi efek kepada perut mereka lantas mengakibatkan cirit birit. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memastikan rumah sentiasa dalam keadaan bersih adalah amat penting, dan ia juga boleh menjamin kesihatan usus si kecil tersayang!

Kunjungan ke doktor amat penting sekiranya cirit birit masih berlarutan, dan anak anda mula menunjukkan simptom seperti demam atau ruam. Ia mungkin sesuatu yang serius berbanding hanya cirit-birit. 

Kanak-kanak bersekolah: Apabila mereka sudah menjengah alam persekolahan, amat penting untuk ibu bapa sentiasa peka dengan pencernaan anak-anak. 

Pada usia ini, kanak-kanak sememangnya sudah pandai membuang air sendiri di tandas, dan mampu menyatakan ‘hasrat’ mereka dengan mudah. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika berlaku cirit cirit pada fasa ini, agak mudah untuk ibu bapa mengatasinya, dan kebanyakan ibu bapa sudah punyai pengalaman merawat anak yang pernah mengalami cirit-birit. 

Apa Yang Berlaku Pada Badan Kanak-Kanak Ketika Mengalami Cirit Birit?

Selalunya, apabila kanak-kanak terkena cirit birit ini, ia disebabkan oleh virus yang telah memasuki usus mereka atau disebabkan dorongan antibiotik. 

Apa yang berlaku adalah satu keadaan yang dipanggil dysbiosis mikrobiota usus. Ia berlaku di dalam saluran gastrousus, di mana terdapat pertumbuhan bakteria atau fungus di dalam saluran usus mereka yang kecil itu. 

Kedengaran serius? Ya, namun ia mampu dirawat!

Dalam merawat cirit-birit, doktor anda akan menyarankan beberapa dos antibiotik. Ini mampu menstabilkan kondisi anak anda, dan untuk keadaan anak anda bertambah baik ia perlu dibantu dengan probiotik. 

Probiotik mampu mengurangkan jangka masa anak untuk mengalami cirit-birit. 

Namun seperti mana yang ibu bapa tahu dan pernah alami, probiotik mungkin agak sukar disimpan malah agak mencabar untuk diberikan kepada kanak-kanak. Jadi bagaimana?

Rawatan Cirit-Birit Di Rumah

Enterogermina merupakan rawatan cirit-birit yang berkesan untuk kanak-kanak. Ia telah diuji secara klinikal tentang keberkesanannya untuk bayi dan kanak-kanak. 

Namun tentu anda tertanya-tanya, apakah Enterogermina?

Enterogermina mengandungi penggantungan spora yang terhasil daripada probiotik Bacillus Clausii yang tidak patogenik. 

Atau secara generalnya, ia memberi maksud spora yang terhasil akan hidup dari efek asid gastrik, panas dan kondisi antibiotik dalam mengekalkan mikrobiota usus apabila kanak-kanak mengalami cirit-birit. 

Ia juga amat mudah diberikan kepada kanak-kanak, kerana ia hadir dengan botol mini yang tidak perlu di simpan dalam peti sejuk. Ibu bapa boleh campurkannya dengan susu atau air kerana ia tidak mempunyai rasa, pewarna dan bau. 

Untuk mendapatkan Enterogermina bagi merawat anak anda di rumah, anda boleh kunjungi farmasi terdekat. 

MAT-MY-2000414(08/20)

KKLIU: 2380/2020

Tarikh tamat tempoh: 31 Disember 2022

Ini iklan produk ubat.