Siti Elizad Keguguran Selepas Melakukan Prosedur IVF, "Allah Bagi Nikmat Jadi Ibu Seminggu"

Hamil selepas melakukan rawatan kesuburan, namun dikhabarkan pula keguguran tidak lama selepas itu, semoga Siti Elizad kekal tabah.

Hancur hati apabila mendapat perkhabaran gembira tentang kehamilan selepas menjalani rawatan kesuburan namun tidak bertahan lama. 

Begitulah yang terjadi pada selebriti Siti Elizad, tidak asing lagi dengan perjalanannya untuk mendapatkan seorang bayi. Dia telah berkongsi temu janji pertamanya melakukan rawatan kesuburan, IVF itu dia laman Instagramnya pada September lepas. 

Bismillahirrahmannirrahim , kembali for my ivf journey 🤲🏻 . Ni baru 1st session , 😁 after 2 weeks no more VROOM2 & NO aktiviti lasak doktor ckp 🤪 . To those yg ttc pls come to @sophea_fertility . They are very helpful & supportive . Doakan kami ya 🙏🏻 . ( Jadi 2 minggu dr skrg masih boleh jalan2 , vroom2 cuti sana sini lagi 😘 , pastu dah kena simpan vroom2 buat perhiasan ) . 🤪

Gugur selepas seminggu dapat tahu hamil

Namun apakan daya, selepas hanya satu minggu mendapat berita gembira itu, Elizad disahkan pula keguguran. 

Menurut luahannya mengenai berita kegugurannya itu di Instagram:

Allah bagi rasa nikmat jadi IBU tu minggu lepas .

Tapi DIA ambil balik .

Terjentik sungguh “ RASA “ itu . 😅

Dimaklumkan pregnant minggu lepas . Masyaallah dia punya happy tak tau nak kata , sbb dah lama menanti , tapi kandungan x kuat & bleeding .

Tak tau nak gambarkan perasan mcm mana . 😊 Terduduk seketika .

Tak mengapa, Inshaallah ada rezeki lain. Husnuzon, bersangka baik. I will never give up. I will always be positive & will keep on praying. See you again Doctor on January 2021. Thank you to those who have been very supportive & keep praying for my ivf journey.

Apa yang anda perlu tahu mengenai IVF (Persenyawaan Luar Rahim)

Bayi tabung uji adalah bayi yang dilahirkan oleh seorang wanita hasil daripada persenyawaan ovum dengan sperma suami di luar tubuhnya dengan menggunakan rawatan kesuburan Persenyawaan Luar Rahim (IVF).

Ia adalah alternatif bagi setiap pasangan yang sudah berkahwin berdepan masalah kesuburan. Meskipun anggaran kos bagi rawatan IVf ini dianggap terlalu tinggi dan mencecah ribuan ringgit, ia tetap menjadi pilihan suami isteri sebagai ikhtiar mendapatkan zuriat.

Rawatan kesuburan IVF mengikut Islam

Dari sudut pandangan Islam, hukum bayi tabung uji adalah mubah (boleh) dengan syarat sperma dan ovum diperoleh dari pasangan suami isteri kemudiannya persenyawaan berkenaan dimasukkan kembali ke dalam rahim wanita bergelar isteri yang sah.

Antara prosedurnya ialah:

  • Telur dihasilkan dengan merangsang melalui penggunaan hormon terapi
  • Telur diasingkan daripada ovari
  • Sperma suami diperlukan
  • Telur dan sperma akan digabung bagi membolehkan persenyawaan
  • Persenyawaan telur kemudiannya dimasukkan ke dalam uterus

Islam melarang pasangan yang mendirikan rumah tangga menggunakan sperma dan ovum daripada orang lain kerana ia boleh menimbulkan kemudaratan kepada si anak kelak.

IVF boleh jatuh haram sekiranya:

  • Penggunaan sperma daripada lelaki lain
  • Ovum atau telur wanita daripada wanita selain isteri sendiri
  • Penggunaan ibu tumpang (sperma suami dan ovum isteri disenyawa melalui kaedah ivf, kemudian embrio ditumpangkan pada wanita lain)
  • Tabung sperma suami yang telah meninggal. Diharamkan bagi seorang balu menggunakan air mani suami yang telah meninggal dunia bagi tujuan menghasilkan bayi tabung uji. Ini kerana hubungan perkahwinan sudah tamat apabila suami meninggal dunia
  • Melakukan kaedah pemilihan jantina. Tindakan ini dikira anda telah mencampuri urusan Allah dan tidak menerima takdir.

Sekiranya anda tergolong daripada pasangan berkahwin yang masih mencuba untuk memiliki zuriat, prosedur ini sememangnya selamat untuk dilakukan. Dan ini juga diantara ikhtiar kita sebagai manusia untuk memiliki pewaris buat keluarga kita nanti. 

Menurut kajian peratusan untuk mengandung melalui prosedur ini adalah tinggi iaitu 39.6%  untuk wanita dibawah usia 35 tahun. Manakala peratusannya akan menurun sebanyak 11.5 peratus untuk wanita berusia 40 tahun ke atas. 

Selain IVF, prosedur lain seperti IUI juga boleh dicuba untuk pasangan yang ingin mendapatkan zuriat secara medikal. Inseminasi intrauterin (intrauterine insemination) atau IUI merupakan satu prosedur penghamilan yang dibantu. Prosedur IUI  ini adalah di mana doktor akan meletakkan sperma yang telah dicuci dan dimasukkan ke dalam rahim anda semasa anda ovulasi (bertelur). Ia merupakan prosedur yang lebih ringkas dan mampu dibuat. Namun prosedur IUI kurang sedikit kebarangkalian untuk berjaya berbanding dengan IVF.

Apa-apa pun usaha yang penting, jadi tidak kira apa prosedur yang anda pilih, sekiranya memang mendapat keizinan Allah swt ia tetap akan berjaya.

Allah sebaik-baik perancang. Tak kira bagaimana kita merancang hidup kita, bagaimana kita usaha untuk kita dapat apa yang kita mahu, namun Dia yang akan tentukan segalanya. Kerana sesungguhnya perancangan Allah adalah maha hebat dan hanya dia yang tahu apa yang terbaik buat kamu pada waktu itu. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Siti Elizad

Baca juga:

https://my.theasianparent.compengalaman-ivf