Penjagaan Peribadi Agar Mengutamakan Diri Secara Keseluruhan

Menyayangi diri bagi wanita bermula dengan dedikasi untuk menjaga diri. Mulakan dengan rawatan Rosebud Vajuvenation.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penampilan luar adalah penting, tetapi tidak kurang penting juga ialah segala perkara di bawah permukaan yang indah. Begitulah pemikiran yang wajar oleh wanita berwibawa kerana penampilan menawan dan merasa baik adalah sesuatu yang bergandingan, terutama pada zaman sekarang ini.

Oleh itu, seperti mana kita tidak mengabaikan penampilan kita, mengapa tidak kita bangga juga menjaga bahagian tubuh kita yang paling halus.

Kepada mereka yang belum tahu menahu mengenainya, pemeliharaan intim mungkin seolah-olah sesuatu yang luar biasa, tetapi berikut adalah lima sebab mengapa perhatian lembut pada kawasan vulva adalah sama penting dengan perhatian yang kita berikan pada kulit wajah kita.

  • Pembersihan keterlaluan menggunakan sabun, ‘scrub’, tisu basah dan produk feminin yang kuat boleh mengeringkan kulit dan mengakibatkan kedutan dan garis-garis halus.
  • Udara lembap membawa kepada kelembapan yang menyebabkan geseran antara kulit dan seluar dalam, seterusnya merengsakan kulit pada bahagian badan yang sudah pun sensitif, dan ini menyebabkan warna kulit tidak sekata.
  • Perubahan hormon dan penurunan kadar estrogen boleh menjadikan kulit vulva kurang tegang dan kurang anjal.
  • Umpama kelopak mawar, bahagian intim wanita yang lembut boleh menjadi layu. Seperti mana kulit di wajah akan kembali segar dengan rawatan ‘facial’, begitu juga kelopak peribadi wanita boleh diserikan dengan rawatan vajacial (‘facial’ peribadi) yang lembut.
  • Kesimpulannya, pemeliharaan intim ini bukanlah mengenai ketidaksempurnaan tetapi ia adalah tentang penjagaan diri, memanjakan diri, dan pada masa yang sama, menyerikan dan menyegarkan bahagian peribadi yang biasanya tidak dipedulikan.

Apakah anda rasa terinspirasi untuk memulihkan dan menyayangi diri yang intim? Rosebud Vajuvenation di Strip dengan mudah memenuhi keperluan untuk hasil yang diinginkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rosebud Vajuvenation adalah ‘facial’ anti-penuaan untuk bahagian peribadi wanita (Brazilian)! Dicipta khusus untuk mengangkat dan menegangkan kulit di labia, ia adalah rawatan alternatif bukan invasif dan tanpa pembedahan berbanding dengan labiaplasty, serta ia tidak memerlukan sebarang tempoh pemulihan.

Menerapkan Teknologi Thermal O2 berprestasi tinggi, ia menggabungkan frekuensi radio, sedutan vakum dan haba lembut untuk mencapai ‘facelift’ optimum pada bahagian peribadi wanita. Ciri-ciri teknologi ini membolehkan peningkatan pertumbuhan kolagen agar kulit lebih sihat, menambahkan peredaran darah dan meningkatkan penghidratan kulit.

Hasilnya – kesan pengetatan dan pengangkatan segera, kulit yang lebih anjal, dan pengurangan garis-garis halus dan kedutan yang ketara di sekitar vulva.

Untuk hasil yang terbaik, Rosebud Vajuvenation disyorkan selepas sesi Brazilian Waxing atau Brazilian AFT. Kursus rawatan yang ideal adalah lapan sesi yang dilakukan antara satu hingga dua minggu, dan rawatan susulan antara dua dan tiga bulan sekali.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menekankan betapa pentingnya untuk tidak menggunakan produk yang kuat pada kawasan kulit yang begitu halus, TWO L(I)PS Blackout amat sesuai digunakan pada penghujung sesi Rosebud. Blackout adalah masker arang aktif yang akan menyelimuti kulit dengan ramuan yang kaya dengan bahan-bahan botani organik, kesemuanya sempurna untuk menyahtoksin, menenangkan, mencerahkan dan menghidrat kulit.

Eksklusif bagi mereka yang belum pernah mengalami Rosebud Vajuvenation di Strip, inilah tawaran yang semestinya anda dapatkan. Satu sesi Rosebud Vajuvenation (Harga biasa: RM400) kini ditawarkan pada hanya RM68!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tawaran yang sangat menarik ini disediakan dari kini hingga 30 Jun 2022 di semua stor Strip Malaysia dan merupakan peluang yang hebat untuk wanita yang ingin melalui pengalaman vajacial kali pertama. (Pelanggan Rosebud Vajuvenation kali pertama.)

Cintai diri anda. Sila hubungi Strip Call Centre, Isnin hingga Jumaat (ditutup pada cuti umum KL), dari 9 pagi hingga 6 petang melalui:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

STRIP komited dalam mematuhi standard kebersihan yang ketat. Satu set protokol dipatuhi untuk memastikan keselamatan dan ketenangan minda dalam norma baru masa kini.

Layari https://www.strip-my.com/ untuk maklumat lanjut. Dan sila ikuti kami di https://www.facebook.com/StripMalaysia/, instagram.com/stripmalaysia, dan #StripMY.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan