Bayi 3 Bulan Dilahirkan Tanpa Tulang Belakang, Kuatnya Dirimu Wahai Sayang...

Siapa yang tidak mahu bayi yang dilahirkan sihat dan normal seperti yang lain. Namun pasangan suami isteri ini akur dengan kehadiran si kecil yang menderita penyakit Complex Cyanotic Heart Disease dan 'Diabetes Embryopathy'.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu dan ayah adalah dua insan yang paling teruja bila mendapat tahu bakal menimang cahaya mata. Tapi tak siapa sangka, bayi yang dilahirkan perlu mendapatkan rawatan tulang belakang akibat masalah kesihatan yang serius.

Itulah yang dihadapi pasangan suami isteri ini iaitu Siti Aishah Rafiee, 27 dan suaminya, Mohd Taufiq Yosuf, 25 apabila bayi yang dilahirkan Aishah didapati tiada tulang belakang.

Anak perlu mendapatkan rawatan tulang belakang

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Inilah pepatah yang sepadan dengan nasib yang ditimpa pasangan suami isteri ini selepas bayi 3 bulan mereka, didapati menghidap penyakit Complex Cyanotic Heart Disease dan ‘Diabetes Embryopathy’.

Tak cukup dengan itu sahaja, si comel mereka juga hanya mempunyai satu injap jantung dan kaki anaknya juga terkepak dipercayai disebabkan tiada tulang belakang.

Meskipun dilahirkan tidak normal seperti bayi orang lain, namun pasangan suami isteri ini reda dan pasrah dengan ketentuan Yang Maha Esa.

Menurut Aishah, tidak kisah apapun keadaan bayinya, dia tetap menganggap itu adalah darah dagingnya dan bersyukur kerana keluarga sentiasa ada dan memberi sokongan untuk terus kuat buat mereka berdua.

Pendapatan keluarga terjejas

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Aishah dan suaminya menetap di Melaka Tengah dengan pendapatan suami hanya pengayuh beca.

Jadi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan, suaminya tidak bekerja dan pendapatan mereka terjejas.

Namun mujur pasangan ini menerima bantuan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan bagi menampung kos untuk anak mereka yang dianggarkan kira-kira RM500 untuk membeli susu dan lampin pakai buang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Siti Aishah di talian 018-2706810.

Tips dan info extra untuk anda!

Redakan sakit belakang tanpa makan ubat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayangkan sewaktu tengah tidur tiba-tiba belakang badan jadi sakit dan lenguh pinggang.

Disebabkan itu, tidur turut mengalami gangguan sampai terbangun di tengah malam sehinggakan isteri atau suami di sebelah pun dengar keluhan anda.

Ini berlaku disebabkan bahagian belakang badan mempunyai tulang tunjang utama yang bersambung dengan seluruh badan.

Sebab itu jika tersilap apa-apa pada bahagian tulang belakang boleh menyebabkan risiko lumpuh seumur hidup.

Atas sebab itu, Dr Zubaidi Hj Ahmad berkongsi di Facebook miliknya bagaimana ingin merawat sakit belakang tanpa perlu makan ubat.

“Ada ketikanya sakit belakang ini seolah-olah menangkap pada bahagian pinggang yang berlaku secara tiba-tiba sampai kadang-kadang tak boleh bergerak langsung.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Pertama yang boleh dilakukan adalah berbaring dahulu dan minta bantuan pasangan untuk membantu memulihkan anda daripada ketidakselesaan itu,” katanya.

1) Pada mulanya, ambil ais di dalam peti sejuk atau kalau tak ada boleh minta pasangan belikan dahulu di kedai berhampiran.

2) Masukkan ais ke dalam tuala bersih.

3) Kemudian, tuam ais tersebut pada bahagian yang sakit dan buat sekurang-kurangnya selama 20 minit.

4) Ulangi langkah ini sehingga rasa sakit beransur hilang dan anda kembali selesa seperti biasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5) Setelah itu, kira-kira 48 jam kemudian, guna tuam yang hangat untuk merangsang aliran darah dan mengurangkan kekejangan otot.

6) Caranya adalah dengan mencelup tuala dalam air panas, kemudian perah, lipat dan tuamkan di bahagian pinggang yang sakit tadi.

7) Apapun, pastikan tuala yang dicelup tadi tidak terlalu panas, cukup sekadar suam-suam suku.

8) Biarkan ia selama sekurang-kurangnya 20 minit

“Selain daripada kaedah di atas, anda juga disarankan melakukan senaman regangan dengan duduk apabila sakit mula berkurangan.

“Jika boleh berdiri, luruskan belakang dengan menolak perut dan pinggang ke hadapan. Kemudian tahan selama 10 ke 15 saat.

“Selain itu, semasa bangun dari tidur, bangkitlah secara perlahan-lahan,”.

Jika rasa sakit tidak berkurangan eloknya anda berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan yang lebih lanjut.

Ingat, jangan biarkan sakit ini berlanjutan hingga menganggu urusan harian anda.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Sinar Harian 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

8 Jenis Penyakit Kanak-Kanak Merbahaya Yang Boleh Ragut Nyawa Anak – Ibu Perlu Baca!