Ibu Yang Selalu Menangis & Bersedih Boleh Beri KESAN BURUK Pada Janin Dalam Kandungan

Sedih, terluka lalu menangis semasa hamil dalam tempoh yang panjang boleh memberi risiko bahaya pada janin dalam kandungan. Ketahuinya secara lanjut dalam artikel ini.

Anda tahu tak apakah reaksi janin saat menangis oleh ibunya?

Seperti yang kita tahu, kehamilan merupakan sebuah peristiwa penting yang akan dilalui oleh setiap wanita dalam memperolehi zuriat dan keturunannya.

Bahkan, pelbagai fasa kehamilan yang akan dilalui oleh ibu hamil dengan sepenuh keajaiban lalu membuatnya mengucap rasa syukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh Yang Maha Esa.

Sebab ini jugalah ibu akan menjaga kehamilannya dengan cara yang paling terbaik supaya janin dapat berkembang dengan baik dan sempurna sesudah dilahirkan kelak.

Reaksi janin saat menangis

Sepanjang melalui proses kehamilan, ibu akan mengalami banyak perubahan pada dirinya kerana adanya pemilik degupan jantung lain dalam tubuhnya. Apatah lagi, janin itu bergantung sepenuhnya dengan tubuh ibu supaya mendapat kesihatan dan nutrisi yang diperlukan sepanjang hamil.

Ini kerana ramai yang beranggapan, apa yang dirasakan oleh ibu hamil turut dirasai oleh janin. Sebab itu, ibu juga harus menjaga emosi dan perasaan sepanjang tempoh tersebut.

Dengan itu, muncul pertanyaan yang berkaitan dengan apa yang terjadi pada janin saat ibu menangis? berikut ulasannya.

#1. Tidak berlaku apa-apa

Menangis ini merupakan salah satu bentuk bagi seseorang individu mengekspresikan perasaan sedih terutama bila berada dalam keadaan tekanan, kecewa, stres, dilukai dan sebagainya.

Sekiranya ibu hamil hanya menangis satu dua kali sahaja dan tidak berlangsung terlalu lama maka ia tidak memberikan kesan buruk pada janin dalam kandungan.

Tapi, janin dalam bahaya jika ibu menangis disusuli dengan perasaan stres yang melampau maka si kecil dalam rahim juga turut terasa risikonya.

#2. Bayi lahir dengan berat rendah

Tindak balas bayi dengan tangisan dan keadaan ibu yang stres memang tidak nampak dalam tempoh yang terdekat namun ada bahaya yang tidak diketahui yang boleh berlaku.

Salah satu antaranya ialah ibu yang kerap menangis akibat stres boleh menyebabkan janin lahir dengan berat badan yang rendah.

Permasalah berat badan ini berlaku disebabkan fungsi plasenta yang dipengaruhi oleh kondisi stres ibu semasa mengandung.

#3. Bayi kurang nutrisi dan oksigen

Dengan menangis boleh menyebabkan tubuh ibu menghasilkan kortisol dan hormon stres yang berlebihan terutama stres itu berlangsung dalam tempoh masa yang panjang.

Menangis disebabkan stres ibu boleh menganggu proses perkembangan janin di dalam kandungan seterusnya menghalang nutrisi dan oksigen untuk sampai kepada bayi.

#4. Keguguran atau kelahiran pramatang

Reaksi janin saat menangis yang seterusnya adalah perkara yang paling ditakuti ibu seperti keguguran atau kondisi kelahiran pramatang.

Dua keadaan ini boleh terjadi kerana semasa ibu menangis, aliran darah akan terganggu. Lantas menyebabkan janin kekurangan oksigen dan memicu keguguran.

Kelahiran pramatang juga boleh berlaku bagi mempercepatkan proses kelahiran bayi yang ada masalah akibat kondisi ibu itu sendiri.

#5. Masalah pada perkembangan otak janin

Keadaan lain yang boleh terjadi disebabkan ibu suka menangis adalah memberi risiko yang berat pada perkembangan otak janin.

Banyak penelitian yang dilakukan menyatakan keadaan ibu hamil sebegitu boleh memberi kesan serius pada janin dalam kandungan.

Apatah lagi, ibu yang selalu menangis dan berada dalam keadaan yang stres boleh melahirkan bayi yang memiliki kecerdasan yang kurang berbanding bayi yang lain.

#6. Pengaruh pada keperibadian anak

Antara masalah lain yang mungkin boleh berlaku adalah memberi kesan kepada keperibadian anak semasa membesar. Sekaligus menyebabkan perilaku yang kurang baik seperti hiperaktif,  attention defect disorder dan penyakit mental yang lain.

Inilah beberapa bentuk keadaan yang boleh berlaku sebagai menjawab kepada persoalan tentang apakah kesan pada janin sekiranya ibu selalu menangis.

Jadi sebaiknya ibu perlu mengawal emosi dengan baik terutama bila berada dalam keadaan sedih dan kemurungan yang berpanjangan.

Semoga bermanfaat dan jangan lupa  share ya! 

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Hamil.co.id 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comstress-ketika-mengandung