Tiada siapa yang akan berkata bahawa perkahwinan adalah mudah.
Apa sahaja yang anda lihat di media sosial yang dikongsi oleh keluarga dan rakan-rakan anda tentang perkahwinan mereka yang indah, gaun cantik, majlis pernikahan mewah, cincin berkarat-karat, dan suami / isteri yang romantik. Ini semua adalah pembohongan mereka.
Orang akan menunjukkan apa yang mereka mahu orang lain melihat.
Tiada siapa yang akan menunjukkan kepada anda realiti perkahwinan; kemarahan, kesedihan, pergaduhan dan semua masalah rumah tangga yang mereka hadapi.
Ini adalah realiti perkahwinan; perkahwinan bukan satu fantasi. Realitinya, tiada bahagia selama-lamanya dalam perkahwinan.
Beza dunia ‘dating‘ dan dunia perkahwinan
Apabila anda berfikir bahawa anda kenal seseorang yang anda telah ‘berdating‘ setiap hari sejak 10 tahun yang lalu, anda mungkin silap.
Sehinggalah anda hidup dengannya, bercakap setiap hari dengannya dan berkongsi sebahagian besar hidup anda dengannya,
Anda tidak akan benar-benar kenal seseorang sehinggalah anda telah tidur di atas bantal yang sama, makan dari pinggan yang sama dan tinggal di bawah bumbung yang sama.
Adakah anda dapat menerima tabiat buruk si dia? Bagaimana kalau dia tidak mencuci garpu dan sudu selepas menggunakannya?
Atau bagaimana kalau dia tidak mengepam selepas menggunakan tandas?
Setiap daripada kita mempunyai tabiat buruk, adakah anda tahu tentangnya dan adakah anda sedia untuk menerimanya?
Mengekalkan perkahwinan itu mencabar
Perkahwinan adalah mencabar, dan dengan anak-anak, ia hanya menjadi lebih mencabar.
Bagi seorang lelaki, adakah anda bersedia untuk mengambil peranan seorang ayah dan suami?
Adakah anda mampu untuk menangani tekanan menyediakan tempat tinggal dan makanan dan memastikan keluarga anda selamat?
Adakah anda seorang penyabar untuk menjaga isteri anda yang hamil dan beremosi?
Bagi seorang wanita, adakah anda mampu untuk menanggung kesakitan semasa mengandung, sakit bersalin, dan setia kepada suami anda jika dia tidak mempunyai apa-apa?
Adakah anda mampu untuk mengorbankan hidup anda untuk anak-anak anda?
Ini kerana anda tidak akan dapat makan, tidur, keluar dengan kawan-kawan anda, bersosial dan menjalani kehidupan “normal” anda ketika anak-anak anda masih kecil.
Adakah anda tahu bahawa anda perlu memasak, bersihkan rumah, bekerja, menjaga anak dan suami anda, semuanya pada masa yang sama?
Adakah anda, si isteri, mampu untuk meletakkan kepentingan diri anda selepas kepentingan anak-anak dan suami anda?
Adakah anda bersedia untuk menerima kenyataan bahawa hidup anda tidak lagi dimiliki sepenuhnya oleh anda?
Perkahwinan akan menjadi lebih susah dan mencabar demi tahun, walaupun perkahwinan anda dibina di atas kefahaman yang mendalam dan kasih sayang.
Anda akan sedar bahawa kebanyakan perkahwinan masih akan gagal kerana isu-isu kewangan, salah faham, tidak mengambil tanggungjawab, kurang kepercayaan dan pemahaman.
Cinta sahaja tidak cukup dalam perkahwinan
Cinta sahaja tidak cukup; cinta tidak akan cukup jika kedua-dua suami dan isteri sedang diuji oleh Allah.
Perkahwinan tidak semestinya menjadi jawapan kepada masalah ‘sunyi’ anda ketika bujang.
Adalah lebih baik untuk anda menunggu dan menyiapkan diri sehingga anda berdua bersedia untuk mengambil tanggungjawab yang lebih besar.
Anda tidak perlu tunduk kepada tekanan keluarga dan rakan-rakan tentang perkahwinan anda.
Untuk berkahwin adalah untuk bersama-sama, dalam keadaan baik atau buruk, dalam sihat dan sakit, dalam kaya dan miskin, dan sehingga kematian memisahkan anda berdua.
Artikel dipetik dan digubah dari FB Nasyrah Zainuddin