Ibu terkejut mendapat tahu anaknya mengandung - Sehari sebelumnya bersalin!

Setiap kandungan harus diberi penjagaan yang sepatutnya, tidak kira sama ada kehamilan anda itu dirancang atau sebaliknya. Ikuti kupasan berikut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Hah? Biar betul?! Matilah aku kalau ni memang betul…”

Haidku sudah lewat seminggu. Gerak hati mengatakan yang aku mungkin mengandung dan hasil ujian air kencing yang baru ku lakukan tadi mengesahkan jangkaanku.

Tiada siapa patut tahu tentang hal ini. Aku tak mahu dibuang sekolah.

Aku mahu belajar sampai habis demi segulung ijazah. Aku mahu dapat kerja yang bagus.

Tapi aku juga tidak sanggup membunuh janin yang sedang berkembang di dalam rahimku ini.

“Apa patut aku buat?”

Harapan Keluarga

Pauline (bukan nama sebenar) tidak menyangka yang dia mengandung. Dia tidak mahu sesiapa pun tahu akan hal tersebut kerana takut dibuang sekolah atau terpaksa menangguhkan peperiksaan A-levelnya. Pauline merupakan harapan keluarga bagi membawa mereka keluar dari kepompong kemiskinan yang mereka alami.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap kali terpandang wajah ayahnya yang sudah berusia 50an itu,dia pasti teringat pesan ayahnya,"Di Singapura,kau tidak akan mendapat gaji besar tanpa sebarang ijazah”.

 BERKAIT: 8 ways to prevent an unplanned pregnancy

Sembunyikan Kandungan

Dek kerana hamil luar nikah, Pauline tidak dapat menikmati keindahan dan keseronokan berbadan dua seperti bakal-bakal ibu yang lain yang sangat teruja menanti kedatangan ahli baru dengan membuat pelbagai persiapan.

Pauline terpaksa berlagak seperti remaja-remaja lain yang sebaya dengannya. Keinginannya untuk membeli pakaian bayi terpaksa ditahan agar tidak menimbulkan syak di kalangan rakan-rakan.

Malah pakaian sekolahnya juga dipakai satu saiz lebih besar daripada saiz sebenar badannya demi menyembunyikan kandungannya. Di sekolah, Pauline mengikuti kelas Pendidikan Jasmani seperti biasa. Dia malah berlari sejauh 2.4km bagi Anugerah Kesihatan Fizikal Kebangsaan sewaktu kandungannya berusia 3 atau 4 bulan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

BERKAIT:Is it safe for me to exercise during pregnancy?

Khabar Yang Mengejutkan

Oleh kerana Pauline berusia bawah 21 tahun, pihak hospital perlu mendapatkan pengesahan ibubapanya bagi menjalankan prosedur bersalin.

Atas nasihat kaunselor, dia terpaksa memberitahu ibunya tentang kehamilan itu. Ibunya yang pada awalnya amat terkejut,bingung dan kecewa kemudiannya bertukar prihatin.

Sudah tentu ibunya menangis,bukan kerana kecewa tetapi kerana risau anaknya itu tidak menjaga kandungannya dengan baik.

BERKAIT: Coping with an unexpected pregnancy

Hidup Baru

Hasil usahanya berbaloi apabila Pauline berjaya dalam peperiksaan A-levelnya dan seterusnya menyambung pengajian di peringkat ijazah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibunya juga menyatakan hasrat untuk menjaga cucunya sendiri.

Pauline kini lebih bertanggungjawab. Dia bekerja sambilan bagi menampung perbelanjaan keluarga.

Anaknya itu telah menyatukan semula keluarga Pauline yang dahulunya hidup dengan cara masing-masing. Kini, sekali-sekala Pauline akan membawa keluarganya makan bersama di luar.

Apa yang penting sekarang ialah Pauline hanya mahu terus belajar dan mendapatkan kerja yang bagus supaya kebajikan anaknya lebih terjamin, dan mereka sekeluarga dapat keluar dari belenggu kemiskinan.

Penjagaan Sewaktu Kehamilan

Jika anda senasib dengan Pauline seperti dalam cerita di atas, anda mungkin mahu menyembunyikan kandungan anda namun memandangkan kini anda perlu menjaga satu lagi nyawa yang berada di dalam badan anda, elok juga jika anda memberi perhatian kepada penjagaan khusus sewaktu hamil bagi mengurangkan risiko kesihatan terhadap bayi anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

- Lakukan pemeriksaan doktor sebaik usia kandungan memasuki 6-8 minggu. Bakal ibu perlu berjumpa doktor sebulan sekali untuk 7 bulan pertama, 2 kali sebulan dalam bulan berikut dan seminggu sekali dalam bulan terakhir.

- Pengambilan supplemen asid folik amat digalakkan bagi mencegah sebarang masalah berkaitan otak dan  saraf tunjang bayi.  1,000mcg (1mg) asid folik setiap hari di sepanjang tempoh kehamilan adalah yang optimum.

- Pastikan anda mengambil kalsium dalam kadar yang optimum bagi memenuhi keperluan kalsium bayi dan mengelakkan kalsium dari tulang anda ‘disedut’ oleh bayi.

- Elakkan memakan makanan mentah seperti sushi kerana ianya mengandungi ikan mentah. Jika anda ingin menikmati steak, pastikan ianya dimasak sempurna (well done) dan bukan separa masak. Makanan laut seperti tiram dan kerang-kerangan juga perlu dipastikan telah dimasak sebelum dimakan.

BERKAIT: Avoid Anemia with iron supplements

Kehamilan luar nikah bukanlah sesuatu yang menyeronokkan untuk dikongsi tetapi lambat-laun anda perlu juga memberitahu ibubapa anda tentangnya. Pilihlah masa yang sesuai untuk melakukannya. Sekiranya anda tidak sanggup melakukannya sendiri, mintalah bantuan orang yang lebih tua daripada ibubapa anda untuk menyampaikan berita yang kurang enak itu. Adalah lebih baik anda berterus-terang daripada terus-menerus berkonflik dengan diri sendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Rujukan:

Taking Care of You and Your Baby While You’re Pregnant

Eating During Pregnancy

Makan Di Luar Semasa Hamil