Bapa Penggal Kepala Anak Perempuan, Selepas Cuba Larikan Diri Dengan Teman Lelaki

Seorang remaja perempuan dipenggal kepala oleh bapanya selepas melarikan diri mengikut kekasih hatinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam membesarkan anak memang bukan sesuatu tugas yang mudah kerana ibu bapa perlu berdepan dengan pelbagai kerenah mereka yang kadang kala mungkin boleh membuatkan ibu ayah melakukan sesuatu di luar
jangkauan.

Seperti yang terjadi kepada remaja perempuan yang berumur 13 tahun ini apabila dia maut selepas bapanya memenggal kepalanya ketika sedang masih tidur di rumah mereka.

Kejadian tersebut dipercayai berpunca apabila ayahnya itu marah dan berang selepas mendapati yang anaknya cuba melarikan diri bersama kekasih hatinya yang lebih berusia daripadanya.

Bapa penggal kepala remaja perempuan 

Melalui laporan yang ditulis dalam Mirror.co.uk, remaja perempuan berkenaan yang dikenali sebagai Romina Ashrafi dipercayai cuba melarikan diri bersama seorang lelaki yang lebih tua daripadanya.

Namun, pihak polis berjaya menangkap mereka selepas bapa Romina membuat laporan polis di sebuah balai semasa kejadian tersebut berlaku.

Kemudian setibanya di rumah, gadis dari Talesh Iran itu telah dipenggal bapanya dengan menggunakan sebilah sabit semasa sedang nyenyak tidur.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Suspek menyerah diri sendiri ke balai polis

Menurut laporan media lagi, suspek terus menyerah diri ke balai polis selepas membunuh sendiri anak perempuannya itu.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Gabenor Wilayah, pihaknya masih melakukan siasatan dan suspek masih direman untuk beberapa hari.

Beliau menambah, maklumat dari kes tersebut akan diberitahu kepada umum selepas melakukan proses undang-undang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ternyata pelakuan kejam yang dilakukan suspek turut menimbulkan kemarahan rakyat di negara tersebut.

Rata-ratanya mendesak agar polis dan pihak berkuasa yang lain mengenakan tindakan yang tegas buat bapa tersebut.

Jenis-jenis hukuman mengikut Syara’

#1. Hukuman hudud

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pertamanya adalah hukuman hudud yang merupakan hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah SWT di dalam Al-Quran dan Hadith. Hukuman hudud ini adalah hak Allah yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubah suai malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapun di dunia ini.

Kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud seperti:

1) Berzina iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara’.

2) Menuduh orang berzina (qasaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya serta tuduhannya tidak dapat dibuktikan dengan 4 orang saksi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3) Minum arak atau minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau banyak.

4) Mencuri iaitu memindahkan secara tersembunyi harta dari jagaan dan milik tuannya tanpa persetujuan berserta niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milikan tuannya itu.

5) Murta, keluar dari agama, merompak dan penderhaka kepada pemerintah yang menjalankan syariat Islam dan hukum Islam.

#2. Hukum kisas

Hukuman qisas adalah sama dengan hukuman hudud iaitu yang telah ditentukan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran dan Hadith.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hukuman Qisas ini adalah kesalahan yang dikenakan hukuman balas.

a) Membunuh orang lain dengan sengaja
b) Menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain dengan sengaja.
c) Hukuman membunuh orang lain dengan sengaja wajib dikenakan hukuman qisas ke atas si pembunuh dengan dibalas bunuh.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh.” (Surah Al-Baqarah, 2:178)

#3. Hukuman Diyat

Hukuman Diyat ini merupakan harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh penjenayah kepada wali atau waris mangsanya sebagai ganti rugi disebabkan jenayah yang dilakukan oleh penjenayah ke atas mangsanya.

Antara kesalahan:

– Pembunuhan yang serupa dengan sengaja.
– Pembunuhan yang tersalah tidak sengaja.
– Pembunuhan yang sengaja yang dimaafkan oleh wali atau waris yang dibunuh.

#4. Hukuman Ta’zir

Hukuman Ta’zir adalah dera ke atas penjenayah yang telah disabit kesalahnnya dalam mahkamah dan hukumannya tidak dikenakan hukuman hudud atau qisas kerana kesalahan yang dilakukan tidak termasuk dalam kes hukuman tersebut.

Sumber : Mirror.co.UK

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comjatuh-cinta-ketika-remaja