Organ reproduksi manusia khususnya wanita terdiri dari pelbagai bahagian yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membolehkan proses persenyawaan berjalan dengan baik.
Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu luar dan dalam, organ-organ ini perlu dikenali lebih mendalam supaya anda dapat menjaga kesihatan diri secara optimum.
Alat reproduksi manusia bahagian luar
Terdapat dua fungsi utama alat reproduksi wanita di bahagian luar iaitu untuk memudahkan sperma memasukinya dan melindungi organisme yang boleh menyebabkan jangkitan kuman.
Ia dikumpul menjadi satu bahagian yang dipanggil sebagai vulva. Berikut adalah organ yang termasuk dalam sistem reproduksi wanita:
#1. Mons pubis
Mons pubis ialah jaringan lemak yang mengelilingi tulang pubis. Ia mengandungi kelenjar bagi mengeluarkan minyak dalam meningkatkan daya tarikan seksual.
#2. Labia mayor
Bahagian ini adalah pintu gerbang yang melindungi organ reproduksi manusia dan memiliki ukuran besar. Pada labia mayor, terdapat kelenjar peluh dan sebaceous bagi menghasilkan cecair vagina dan ia ditumbuhi dengan bulu kemaluan setelah seseorang wanita sudah akil baligh.
#3. Labia minor
Ia terletak di bahagian dalam labia mayor dan mengelilingi pembukaan vagina serta uretra, iaitu saluran yang membawa urin. Bentuk dan ukuran organ ini berbeza bagi setiap individu, ia sangat sensitif, mudah iritasi dan mengalami bengkak.
#4. Klitoris
Klitoris atau biji kelentit ialah benjolan kecil yang sangat sensitif terhadap rangsangan. Ia ditutupi oleh lipatan kulit iaitu prepuce. Seperti zakar, bahagian ini juga mengalami pancutan air mani.
#5. Vestibular bulbs
Dua bahagian pada pembukaan faraj yang mengandungi jaringan erektil. Ketika anda berasa terangsang, bahagian ini akan diisi dengan banyak darah dan membesar. Setelah anda mengalami klimaks, darah ini akan kembali mengalir ke bahagian tubuh.
#6. Kelenjar bartolin
Ia memiliki ukuran kecil, berbentuk seperti kacang yang berada pada pembukaan vagina. Fungsinya ialah mengeluarkan cecair ketika anda dan pasangan melakukan hubungan seks.
Alat reproduksi wanita bahagian dalam
#7. Vagina
Vagina adalah bentuk seperti saluran yang mudah lentur dan berotot. Bahagian atasnya berhubung dengan serviks dan bawahnya pula terbuka ke arah luar.
Ketika hubungan persetubuhan, vagina akan melebar dan di penuhi dengan aliran cecair untuk memudahkan pasangan melakukan penetrasi. Ia juga tempat keluarnya darah apabila datang bulan dan saluran melahirkan bayi.
#8. Serviks
Serviks berbentuk seperti tabung yang berfungsi sebagai melindungi rahim dari infeksi dan jalan masuk sperma ketika hubungan seksual.
#9. Uterus
Uterus atau rahim adalah ruang kosong berbentuk seperti buah pir dan berfungsi sebagai tempat janin membesar.
#10. Tiub falopio
Ia seperti pembuluh kecil yang menempel pada bahagian atas rahim. Organ ini berfungsi sebagai jalan yang dilalui oleh sel telur bagi berpindah dari ovarium ke rahim.
Tiub falopio juga merupakan tempat persenyawaan berlaku selepas pasangan anda melepaskan air mani yang mengandungi sperma aktif.
#11. Ovari
Ovari adalah jaringan kecil berbentuk oval yang berada dalam rahim. Ia berfungsi untuk menghasilkan sel telur dan hormon seks perempuan dan kemudiannya dilepaskan ke aliran darah.
Fungsi organ pembiakan wanita
Salah satu fungsi utama organ pembiakan wanita adalah menghasilkan telur bagi proses persenyawaan. Ia juga menjadi salah satu tempat janin membesar.
Bagi memastikan fungsinya berjalan dengan baik, sistem reproduksi ini memiliki struktur yang tersendiri untuk menggabungkan sperma dan sel telur.
Sistem reproduksi wanita menghasilkan sendiri hormon yang diperlukan untuk mengawal pengeluaran darah haid setiap bulan. Justeru, secara semula jadi hormon akan melepaskan telur dan ia dikenali sebagai ovulasi.
Jika salah satu telur berhasilkan memasuki sperma, ia akan menjadikan kehamilan anda berjaya. Hormon-hormon tersebut juga akan membantu mempersiapkan rahim agar bayi membesar dengan baik dan menghentikan proses persenyawaan sepanjang tempoh kehamilan.
Sumber: Sehat Q
Kredit foto: Sumber
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga: