Buntu Memikirkan Juadah di Bulan Ramadhan ? Ini Resepi Berbuka Puasa Yang Mudah Sihat, dan Sedap

Kadang kala mati akal memikirkan juadah apa untuk berbuka. Mujur ada resepi air fryer yang mudah, lazat dan menjimatkan masa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramadan merupakan tempoh yang ditunggu-tunggu ramai orang mengunjungi Bazar Ramadhan untuk membeli pelbagai juadah dan minuman istimewa yang tidak biasa ditemui pada hari-hari biasa.

Memandangkan penyebaran wabak COVID-19 masih membimbangkan, mungkin ramai mengambil keputusan untuk mengurangkan aktiviti di tempat sesak seperti di Bazar Ramadhan.Ramai yang cuba untuk memasak ketika di bulan puasa kerana yakin akan kebersihannya. Hasilnya tidak memuaskan selera mereka.

Terima kasih kepada teknologi, zaman sekarang gajet dapur dah banyak, dah boleh buat pelbagai idea untuk masak mengikut kreativiti kita. Lagi senang, kita masak guna Air fryer, yang penting tekstur makanan tetap sedap dan menyihatkan. Kadang-kadang, mereka mati akal memikirkan menu juadah untuk berbuka puasa.

Berikut ada beberapa resepi Air fryer yang istimewa sempena Ramadhan kali ini dengan masa persiapan dan hidangan hanya kurang dari 20 minit, anda boleh refer dekat Philips Nutri U app..

Stik Ikan dengan Kriuk Herba

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-Bahan

  • 300 gram fillet ‘coalfish’
  • 0.50 lemon
  • 20 gram parmesan
  • 20 gram kacang pain
  • 20 gram remah roti
  • 5 gram rosemary segar
  • 0.50 sudu besar minyak zaitun
  • 2 secubit garam laut
  • 1 secubit lada hitam yang dikisar segar

Cara-cara memasak

  1. Perahkan ½ daripada lemon, kemudian potong lemon menjadi beberapa potongan kecil. Cincang halus daun rosemary. Hancurkan kacang pain dengan menggunakan garfu.
  2. Parut keju Parmesan dan campurkan ke dalam mangkuk bersama kacang pain yang telah dihancurkan, kulit limau, remah roti, daun rosemary, lada hitam yang baru dikisar dan garam laut.
  3. Potong ikan tersebut kepada beberapa bahagian, perahkan lemon dan tambah beberapa titisan minyak zaitun ke atas ikan tersebut. Salutkan ikan dengan remah roti.
  4. Letakkan ikan di dalam bakul Air fryer. Tetapkan pada suhu 200°C selama 7 minit. Tip : 7 minit hanya sesuai untuk stik ikan yang setebal 2cm. Tetapkan masa mengikut saiz ikan anda. Pastikan ikan dimasak sepenuhnya.
  5. Hidangkan bersama hirisan lemon.

Resipi Kepak Ayam Panggang ala Asia

Bahan-bahan

  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu kecil halia yang dikisar
  • 2 sudu besar minyak kanola
  • Secubit garam
  • Secubit lada sulah
  • ½ KG kepak ayam
  • 0.1 liter sos cili manis

Cara-cara memasak

  1. Campurkan bawang putih yang dikisar dengan halia, jintan manis dan minyak. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa. Kemudian, perap ayam dengan bahan tadi.
  2. Biarkan beberapa minit, masukkan ayam ke dalam Air Fyrer. Lepas tu setkan masa dan suhu. Setkan masa selama 15 minit, suhu 180°C.
  3. Lepas 15 minit, ia siap untuk dimakan.

Tip : Lebih enak dimakan dengan mencicah sos cili

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Udang Tempura Kelapa

Bahan-bahan

  • 1 keping roti
  • 100 gram udang. saiz sederhana dan dikopek
  • 15 gram tepung 
  • 1 biji telur
  • 20 gram kelapa yang diparut
  • 20 gram sos thai, masam manis
  • 20 gram sos tomato

Cara-cara memasak

  1. Letakkan sekeping roti dalam food processor untuk menyediakan remah roti buatan sendiri. Sediakan satu mangkuk untuk tepung dan satu lagi mangkuk untuk telur yang telah dipukul. Satukan serbuk roti dengan kelapa yang diparut ke dalam mangkuk ketiga.
  2. Salutkan udang dengan tepung dan celup ia ke dalam telur. Kemudian salutkan dengan remah roti dan bancuhan kelapa. Ulangi langkah ini sehingga tiada lagi udang yang tinggal.
  3. Letakkan udang  yang bersalutkan kelapa dan remah roti ke dalam bakul Air Fryer, pastikan ada ruang yang cukup untuk aksesori lapisan kedua dan masukkan aksesori itu ke dalam bakul Air Fryer. Tetapkan masa selama 7 minit dengan suhu 200°C.
  4. Hidangkan udang tempura kelapa hangat dengan sos masam manis atau sos lain yang anda suka.

Mudah saja resepi air fryer, bukan? Anda boleh melakukan lebih daripada menggoreng nugget, kentang goreng dan drummettes. Bahan-bahan pun tak susah untuk didapati. Dengan perkongsian resepi Air Fryer ini, mudah-mudahan lebih ramai yang dapat membuatnya sendiri di rumah.

Anda pun boleh mencuba resepi sihat dan sedap yang lain di App Nutri U. App Nutri U Philips mempunyai lebih 1000 resepi yang sihat dan sedap, tips memasak, senarai barang ‘shopping’ dan banyak lagi

Selamat mencuba!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia