Resepi Aiskrim Untuk Bayi, Guna Dua Bahan Je! Sesuai Untuk Anak Yang Baru Tumbuh Gigi

Kali ini kami kongsikan resepi aiskriam bayi yang boleh ibu ayah cuba di rumah. Boleh juga beri pada anak yang baru nak tumbuh gigi tu!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayi yang nak tumbuh gigi memang akan alami gatal gusi. Jadi antara perkara yang boleh mengurangkan keradangan gusi akibat tumbuh gigi ini adalah dengan berikan anak benda sejuk seperti aiskrim! Jom kongsikan resepi aiskrim untuk bayi!

Sering kali kita dihidangkan dengan petua, sejukkan teether anak dalam peti ais, tapi apa kata beri saja anak aiskrim. Di samping legakan keradangan gusi, sekaligus beri anak khasiat daripada kandungan aiskrim tadi.

Kali ini kami kongsikan resepi aiskrim versi bayi yang dikongsikan oleh seorang ibu, Nor Alias di laman Facebooknya. Bukan saja berkhasiat malah ia nampak sangat menyelerakan!Pasti bayi anda suka!

Resepi aiskrim untuk bayi, guna 2 bahan saja!

Selalunya ibu-ibu takut nak beri aiskrim pada bayi, mungkin sebab tak mahu anak mahu, sejuk dan sebagainya. Tapi tidak salah pun jika anda beri, bukanlah setiap hari makan aiskrim kan?

Jadi apa salahnya cuba variasikan makanan untuk anak supaya mereka tidak memilih makanan nanti. Pelbagai juga persembahan makanan kepada anak supaya ia dapat memikat selera mereka.

Jom kami kongsikan resepi aiskrim yang sangat mudah ini!

Bahan-bahan:

  • Yogurt asli (4 hingga 5 sudu)
  • Buah segar (mangga, buah naga, pisang, kiwi dan apa saja buah yang anak anda boleh makan)

Cara menyediakannya:

  1. Kisar kedua-dua bahan tadi menggunakan handblender atau apa-apa saja pengisar yang sesuai
  2. Letakkan dalam acuan
  3. Masukkan dalam freezer (memadai kalau 4-6 jam, sudah boleh terus dimakan)
  4. Anda boleh tambahkan topping jika mahu seperti biskut tabur dan sebagainya.

Tips penyediaan aiskrim homemade

Kredit: momchiara

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada beberapa perkara yang harus diberi perhatian ketika menyediakan aiskrim homemade untuk bayi anda. Ia termasuklah:

#1. Pemilihan acuan

Lebih baik anda cari acuan silikon kerana ia lebih mudah untuk dikeluarkan berbanding acuan plastik. Acuan silikon membolehkan anda menekan aiskrim dan ia lebih mudah dikeluarkan.

Banyak dijual di pasaran acuan aiskrim jenis silikon yang diakui sangat mudah dikendalikan berbanding yang jenis plastik.

#2. Cari buah manis

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Disebabkan kandungan yogurt asli diketahui memang masam, pastikan buah yang anda gunakan manis kerana jika bayi anda tidak suka makanan masam, ia akan membantutkan selera makan anak anda untuk mencuba aiskrim berkenaan.

Lebih parah jika dia fobia nak makan aiskrim lagi kerana takut pada rasa masam yang pernah dirasainya. 

#3. Pastikan bayi anda tidak alah dengan makanan yang dimasukkan

Pastikan anak anda tiada alah dengan yogurt atau buah-buahan yang digunakan. Lebih mudah jika anda buat 3-4 days rules untuk mengenalpasti sama ada anak anda ada alah pada sesetengah buah atau sebaliknya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Begitu juga topping, pastikan anak anda tidak alah dengan bahan yang anda gunakan. 

Kenapa penting bagi anak aiskrim homemade?

redit: orami

Banyak saja aiskrim yang dijual di pasaran, tetapi kenapa susah-susah mahu buat sendiri. Ini sebab yang kami akan kongsikan kepada anda kenapa aiskrim homemade saja yang sesuai untuk bayi?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Kandungan gula

Aiskrim homemade yang kita buat biasanya menggunakan buah-buahan asli tanpa gula tambahan. Aiskrim yang dihasilkan di kilang atau bukan buatan sendiri diketahui tinggi kandungan gula yang sememangnya kita ketahui tidak baik untuk kanak-kanak.

Jadi jika ibu nak beri anak makan aiskrim, rajin-rajinkan lah diri anda buat sendiri ya. Alah bukan susah pun. Simple saja bahannya dan kami dah kongsikan pun.

#2. Susu yang digunakan diluar mungkin tak sesuai untuk bayi

Kredit: motherandbaby

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Biasanya, untuk buat aiskrim akan pakai susu whole milk atau whole cream. Jadi, takut bayi anda sensitif pada susu tersebut. Tak sesuai lagi perut bayi nak hadam whole milk di usia bawah satu tahun.

Whole milk products ini boleh menyebabkan masalah penghadaman pada bayi, nanti bayi jadi tidak selesa dan akhirnya menyebabkan mereka meragam sebab kembung perut.

#3. Kurang risiko alahan

Kandungan di dalam aiskrim pelbagai jenis bahan. Ada buah, ada kekacang, ada pewarna, ada manisan tambahan dan pelbagai lagi yang anda tidak tahu mungkin ada alahan kepada bayi anda.

Jadi jika buat sendiri, memang anda sedia tahu akan pantau perkara ini. Takkan lah anda nak masukkan bahan yang anak anda tak boleh makan kan?

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit foto: Nor Alias

Baca juga: Nak Cuba Resipi Aiskrim Dari Susu Ibu Untuk Kanak-Kanak Sihat Ini?

Baca juga: Kerap Beri Aiskrim & Gula-Gula, Doktor Tegur Ibu Ayah BERHENTI Rosakkan Gigi Anak

Baca juga: Risau susu badan kurang? Cuba aiskrim ini untuk tambah susu badan!

Penulis

Lala Annuar