Resepi Asam Pedas Ikan Pari

Teringin makan asam pedas? Kami kongsikan resepi asam pedas ikan pari Melaka style yang boleh anda cuba. Confirm jadi!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Teringin makan asam pedas rasa sama seperti di Melaka? Kami kongsikan resepi asam pedas ikan pari ala Melaka yang pasti buat anda menjilat jari.

Resepi Asam Pedas Ikan Pari

Bahan-bahan:

  • ½ cawan minyak masak
  • 4 sudu besar asam jawa dilarut dengan 1 cawan air
  • 2 cawan air
  • 1 biji bunga kantan, dibelah dua
  • 5 tangkai daun kesum
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula
  • 5 batang bendi, dibelah dua
  • 1 batang terung, dipotong
  • 500 g ikan pari, dipotong

Bahan A: Dikisar

  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 20 tangkai cili kering, direbus
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai
  • ½ inci kunyit hidup
  • 1 cawan air
  • serbuk perasa

Cara penyediaan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Panaskan minyak masak, tumis bahan-bahan A sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan air asam jawa dan air, kacau sebati.
  3. Masukkan bunga kantan dan daun kesum.
  4. Perasakan dengan serbuk perasa, garam dan gula.
  5. Masukkan bendi, terung dan ikan. Biarkan mendidih sehingga ikan masak.
  6. Sedia untuk dihidang.

Tips Pilih Ikan Pari Segar

  1. Pastikan isi kelihatan pejal, merah dan segar
  2. Elakkan membeli pari yang sudah lembik dan pucat atau warnanya sudah gelap kehitaman
  3. Hidu bau pari tersebut dan pastikan baunya segar dan tidak hancing

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Style Nogori, Tak Perlu Guna Bawang Dan Minyak!

Baca juga: Resepi Udang Masak Lemak Cili Api, Sesuai Sangat Untuk Juadah Berbuka Puasa

Baca juga: Resepi Lengkap Nasi Kerabu Bunga Telang, Asli Dari Kelantan

Penulis

Lala Annuar