Resipi Lauk Ayam Mudah Untuk Anak-Anak Memilih Makan, Sedap Tak Terkata!

Anak lebih teruja bila tahu ibu masakkan ayam dengan pelbagai citarasa yang menarik. Mungkin mereka siap bertambah nasi lagi!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak kalau dapat tahu mak masak lauk ayam, mesti dia seronok sakan. Tapi kalau masak hari-hari lauk ayam ini, boleh kering idea juga dibuatnya. Jadi untuk mudahkan kerja dapur mak-mak semua, saya kongsikan idea resepi ayam untuk anak dari majalah RASA ini.

Manalah tahu anak-anak suka, sekaligus menambat selera si kecil yang sedang semakin membesar itu.

6 resepi ayam untuk anak

Namun begitu, untuk penyediaan makanan kanak-kanak bawah umur dua tahun, sebaiknya jangan meletakkan garam dan gula. Biarkan rasa itu wujud dari bahan semula jadi yang digunakan.

Walau apapun, ibu boleh tukar sendiri bahan-bahan yang ingin digunakan mengikut kreativiti masing-masing. Resepi ini sesuai untuk kanak-kanak berumur setahun ke atas. Pastikan anda memotong ayam bentuk dadu agar mudah untuk anak makan ya!

1# Resepi ayam untuk anak: Ayam goreng hitam manis

Kredit: seriouseats.com

Bahan-bahan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

500 gm ayam dipotong dadu

1/2 biji lada benggala kuning | dipotong dadu

1 biji bawang merah | dipotong dadu

2 ulas bawang putih | dihiris

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1 cm halia | dihiris

Setengah biji cili merah | dibuang biji dan dipotong dadu

1 sudu makan sos tiram

1 sudu makan kicap cair

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1 biji perahan air limau nipis

2 sudu makan minyak zaitun

Langkah demi langkah:

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang, halia dan cili merah hingga wangi.
  2. Masukkan ayam dan goreng hingga masak.
  3. Masukkan pula sos tiram dan kicap cair. Kacau lagi.
  4. Kemudian masukkan lada benggala kuning dan bawang besar. Kacau sekejap.
  5. Masukkan garam sedikit jika perlu sahaja.
  6. Akhir sekali perah jus limau nipis. Goreng sehingga rata.

2# Resepi ayam untuk anak: Ayam madu

Kredit: rasamalaysia.com

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

1 ekor ayam | dipotong 8

3 sudu makan tepung jagung

1 sudu makan halia

1 sudu makan bawang putih

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1 sudu makan serbuk cili

1 biji limau nipis

2 sudu makan minyak sapi

50 gm buah kurma | dikisar halus

100 gm madu

1 biji buah oren

Minyak zaitun

Langkah demi langkah:

  1. Gaulkan tepung jagung bersama bawang putih dan halia. Gaul rata.
  2. Masukkan serbuk cili dan perahan air limau nipis. Kacau rata.
  3. Masukkan ayam dan sedikit air. Perap selama 10 minit.
  4. Gorengkan ayam hingga garing dan angkat. Ketepikan.
  5. Untuk kuah madunya, panaskan minyak sapi dan masukkan buah kurma, madu dan perahan jus oren. Biarkan hingga masak.
  6. Tuangkan ke atas ayam dan siap untuk dihidangkan.

3# Ayam panggang enak

Kredit: tasty.co

Bahan-bahan:

2 ketul paha ayam

2 sudu makan sos lada hitam

1 sudu makan kicap masin dan kicap manis

Minyak jagung secukupnya

Bahan untuk dikisar:

5 tangkai cili kering

1 labu bawang besar

5 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

Setengah inci halia

1 batang serai

2.5 cm kunyit hidup

Langkah demi langkah:

  1. Gaulkan ayam bersama sos lada hitam, kicap manis dan kicap masin (jangan letak terlalu banyak)
  2. Kemudian gaulkan bersama bahan kisar dan minyak jagung secukupnya. Perap selama sejam.
  3. Akhir sekali, panggang ayam pada suhu 180°C selama 30 minit atau sehingga masak.

4# Resepi ayam untuk kanak-kanak: Ayam ranggup sos lemon

Kredit: recipetineats.com

Bahan-bahan:

250gm dada ayam dipotong kecil

Sebiji telur

100gm tepung jagung

1 sudu teh minyak bijan

Sedikit bijan

Bahan untuk membuat sos:

2 sudu makan kordial lemon

1 sudu teh tepung jagung

Sedikit ais jus Sunquick

Langkah demi langkah:

  1. Gaulkan ayam bersama telur, tepung jagung, bijan dan minyak bijan kemudian dibiarkan perap selama 10 minit.
  2. Panaskan minyak dan goreng sehingga garing. Ketepikan.
  3. Untuk sosnya, campurkan kesemua bahan sos dan tuangkan ke atas ayam yang siap digoreng.
  4. Sedia untuk dihidangkan.

5# Ayam tomato

Kredit: cookidoo.thermomix.com

Bahan-bahan:

4 ketul paha ayam

4 sudu makan kicap manis

2 sudu makan sos tiram

150 gm bawang besar | hiris halus

5 biji bawang merah | kisar halus

5 biji bawang putih | kisar halus

Beberapa tangkai cili kering (kalau tak nak letak pun boleh untuk elak pedas)

1 biji tomato | dihiris nipis

2 sudu makan sos tomato

Langkah demi langkah:

1.Gaul ayam dengan serbuk kunyit.

  1. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak. Kemudian ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
  3. Masukkan sos tomato dan cili kering yang dikisar tadi. Kacau rata dan tumis hingga pecah minyak.
  4. Selepas itu, masukkan buah tomato, sos tiram dan kical. Kacau sebati.
  5. Kemudian masukkan ayam tadi dan kacau hingga kuah pekat.
  6. Angkat dan hidangkan.

6# Kepak ayam BBQ

Kredit: seriouseats.com

Bahan-bahan:

5 ketul kepak ayam dibasuh dan tos

3 ulas bawang putih ditumbuk

1cm halia ditumbuk

20ml sos tomato dan sos cili

Setengah sudu serbuk cili

3 sudu makan kicap cair

2 sudu makan madu

Langkah demi langkah:

  1. Satukan kesemua bahan kecuali kepak ayam di dalam bekas yang besar. Gaul rata.
  2. Kemudian masukkan kepak ayam dan digaul sebati. Perap semalaman.
  3. Susun kepak ayam di atas dulang beralas aluminium foil dan panggang selama 20 minit.
  4. Balik-balikkan ayam dan sudu lebihan sos perapan tadi.
  5. Ulangi langkah dan panggang sehingga masak sempurna.

Apa macam ibu? nampak sungguh menyelerakan, betul tak? Ayuh, ini masanya untuk tunjuk skill masakan anda dalam menyediakan hidangan berkhasiat buat anak. Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Ayam Telur Masin (Salted Egg Chicken)- Memang Buat Orang Kecur Liur & Cepat Lapar!

Baca juga: Resepi stok ayam dan ikan bilis untuk bayi 7 bulan ke atas, anak pasti suka!