Resepi Bayi 10 Bulan Yang Mudah & Berkhasiat, Mampu Pikat Selera Anak Makan Banyak

Resepi bayi 10 bulan yang berkhasiat dan mudah disediakan ini boleh dijadikan panduan buat para ibu di rumah. Bahannya pun amat ringkas

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mencari menu sihat dan resepi bayi 10 bulan? Kami ada beberapa resepi menarik untuk dikongsikan kepada anda. Bukan sahaja ianya mudah untuk disediakan, malah berkhasiat untuk si manja.

Menerusi perkongsian seorang ibu di Facebook, Siti Fauzi, resepi yang dikongsikan tidak mengandungi sebarang gula, garam dan juga perisa tambahan. Semestinya ia amat baik untuk bayi anda.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Menu resepi bayi 10 bulan yang mudah dan berkhasiat

Menu resepi bayi 10 bulan yang mudah dan berkhasiat

#1. Cheese cake strawberry

Bahan-bahan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 1 sudu besar cream chesse Tartura
  • 2 senduk kecil susu full cream
  • 1 sudu besar tepung gandum unbleached
  • 1 biji telur kuning
  • Strawberry (Atau apa-apa buah pilihan)

Cara-cara:

  1. Panaskan cream cheese menggunakan api perlahan.
  2. Masukkan susu dan kacau cream cheese tersebut sehingga sebati dan masukkan telur kuning.
  3. Tutup api, masukkan tepung dan kacau sehingga adunan sebati.
  4. Tuang adunan ke dalam bekas dan tabur strawberry ke atasnya dan kukus sehingga 15 minit.

#2. Agar-agar susu strawberry

Bahan-bahan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Serbuk agar-agar
  • Susu Dutch Lady full cream
  • Buah strawberry
  • Air

Cara-cara:

  1. Rebus air dan masukkan serbuk agar-agar.
  2. Setelah mendidih, masukkan susu full cream dan masak lagi sehingga mendidih.
  3. Potong strawberry secara kecil dan masukkan ke dalam mold comel.
  4. Tuang agar-agar ke dalam mold dan simpan di dalam peti sejuk.

#3. Donut susu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum unbleached
  • Susu FM
  • Yis 
  • Air

Cara-cara:

  1. Campur semua bahan dan gaul sehingga menjadi doh.
  2. Letak air sedikit demi sedikit agar tidak melekat pada tangan.
  3. Setelah siap doh, bentukkan menjadi bulat dan letak tepung sedikit.
  4. Goreng dengan minyak panas dan taburkan dengan susu FM.

#4. Pasta goreng

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

  • Pasta
  • Ayam
  • Bawang putih
  • Pak Choy
  • Tomato ceri
  • Mirepoix
  • Tomato paste
  • Daun parsley
  • Unsalted butter

Cara-cara:

  1. Rebus pasta sehingga lembut dan ketepikan.
  2. Tumis bawang bersama unsalted butter dan masukkan ayam.
  3. Goreng sehingga masak.
  4. Masukkan tomato paste dan mirepoix dan sedikit air.
  5. Setelah masak, masukkan pak choy dan tomato ceri.
  6. Kacau sehingga sebati dan akhir sekali masukkan pasta.
  7. Setelah masak, taburkan daun pasley.

Meskipun ada banyak makanan bayi yang dijual dalam pasaran, namun tidak pernah dapat menandingi air tangan seorang ibu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi anda yang tiada idea resepi bayi 10 bulan, bolehlah mencuba menu di atas kerana ia amat mudah untuk disediakan. Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Resepi Ikan Singgang Versi Baby, Bagus Untuk Meredakan Demam & Batuk Si Manja

Baca juga:  Resepi Bayi 9 Bulan Yang Sedap & Naikkan Selera Si Manja, Bantu Tambah Berat Mereka

Baca juga:  Resepi Chicken Buttermilk Untuk Bayi 7 Bulan, Rasa Penuh Berkrim & Menyelerakan

Penulis

Nina Osman