Resepi chicken bone broth (CBB), bagus untuk antibodi dan otak bayi

Ibu, didik dan pupuk anak amalkan makanan yang berkhasiat supaya si kecil sihat tubuh badan, cergas serta miliki kecerdasan minda

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lumrah bila bergelar seorang ibu, kita akan lebih peka tentang pemakanan anak terutama si kecil yang baru saja masuk enam bulan. Jadi, baru-baru ini saya terlihat satu resepi bone broth atau chicken bone broth (CBB) yang dikongsikan oleh Azizah Mohd Zan melalui Facebook miliknya. 

Lebih menarik lagi, ramai ibu suka dengan resepi bone broth CBB ini kerana ia mempunyai khasiat yang bagus untuk tubuh anak. 

Resepi Bone Broth / Resepi CBB: Kuatkan antibodi anak dan makanan minda yang baik 

Bone broth atau chicken bone broth adalah bahasa yang moden. Biasanya, orang kampung panggil sup tulang ayam. Namun bezanya, ia perlu dimasak dengan lebih lama dan disimpan dalam bentuk kiub

Chicken bone broth dimasak bertujuan untuk menaikkan berat badan dan menjaga sistem antibodi anak. Tambahan pula, ia cukup mudah, senang dan ringkas. 

Bahkan, resepi bone broth ini  juga menjadi makanan minda yang bagus untuk anak. Satu lagi, ia sangat sesuai dijadikan sebagai penambah rasa dalam makanan si kecil. 

Ia sebab garam dan gula sangat tidak sesuai jika diberikan pada anak terlalu awal kerana ia akan menyebabkan ginjal yang masih muda harus bekerja keras.

Bahan utama untuk masak chicken bone broth resepi 

  1. Tulang (kaki ayam, rangka ayam, tulang lembut atau tulang kambing) 
  2. Air yang mencukupi 
  3. Mild acid 

Periuk yang sesuai:

1. Periuk kaca
2. Periuk tanah
3. Ceramic
4. Stainless steel

Namun begitu, periuk aluminium dan non stick tak boleh digunakan kerana ia akan bertindak balas terhadap asid dan toksik. Manakala, aluminium pula mudah larut lalu boleh menjadi racun. 

Jika guna periuk nasi pun boleh, asalkan bukan aluminium. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tempoh siap masak resepi bone broth

Chicken bone broth ini, jika renih dengan lebih lama bertambah lagi khasiat tapi perlu guna api kecil. 

  • Dapur biasa mengambil masa lebih kurang 4 hingga 5 jam.
  • Slow cooker antara 7 hingga 8 jam 
  • Pressure cooker 1 jam (tapi perlu pastikan inner pot adalah stainless steel) 

Untuk asid ringan pula, anda boleh menggunakan cuka epal, lemon, tomato atau asam keping. Pilih salah satu saja bahan masam ini. 

Bahan-bahan lain untuk masak chicken bone broth

  • Kaki ayam 
  • Rempah empat beradik atau tambah sup bunjut 
  • Bawang putih
  • Bawang besar 
  • Lobak merah 
  • Kentang 
  • Daun saleri 
  • Daun sup 
  • Lemon, tomato dan asam keping
  • Air 

Renih chicken bone broth dengan menggunakan api kecil selama empat hingga lima jam. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pastikan anda sentiasa menambah air dari masa ke semasa terutama jika CBB hampir kering. Lihat gambar, CBB sudah keluarkan lemak dan berjeli. 

Hasilnya, anda akan lihat tulang-tulang semua reput dan tertanggal dari kulit. Kemudian tapis dan ambil airnya sahaja. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masukkan ke dalam bekas ais kiub dan bekukan dalam freezer. Chicken bone broth ini boleh tahan selama satu bulan. Jika ingin guna, ambil beberapa kiub dan masukkan dalam bubur bayi atau masakan anak yang lain. Selamat mencuba! 

Kongsikan artikel ini di laman socmed anda! 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber dan gambar: Azizah Mohd Zan

Baca juga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

https://my.theasianparent.comresepi-bubur-nasi-bayi/