10 Resepi Ikan Yang Bagus Untuk Perkembangan Otak Anak & Naikkan Selera Makan

Anak bukan peminat ikan? Jangan risau, di sini kami senaraikan resepi ikan yang penuh khasiat dan kaya dengan omega-3. Ia bukan saja sedap malah selera makan anak pun makin meningkat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak bukan peminat ikan? Jangan risau, di sini kami senaraikan resepi ikan yang penuh khasiat dan kaya dengan omega-3. Ia bukan saja sedap malah selera makan anak pun makin meningkat!

Apa yang anda perlukan hanyalah sedikit kreativiti bagi mempelbagaikan cara masakan ikan yang boleh menarik minat anda. Kebanyakan kanak-kanak tak suka resepi ikan yang berkuah atau sup. Mereka lebih suka makanan yang bergoreng, yelah siapa tak suka kan rangup-rangup barulah enak!

Jom semak apa 10 resepi ikan yang sesuai untuk anak anda.

#1 Nugget ikan yang ranggup

Nampak macam nugget ayam je bukan? Tapi ia sebenarnya ikan! Resepi ikan untuk anak ini senang saja dan tidak memerlukan banyak bahan-bahan. 

Antara bahan yang anda perlukan adalah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

500g ikan cod atau ikan putih yang telah dibuang kulit dan tulang

75g tepung serbaguna

2 biji telur

200g serbuk roti atau panko

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

garam secukup rasa

minyak 

sos:

200ml Mayonis 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2 sudu besar capers

2 sudu besar pasli dicincang

1 lemon

#2 Pasta tuna bakar

Resipi kegemaran sekeluarga ini mempunyai cebisan tuna dan jagung yang dihiasi dengan lapisan keju yang sedap! Semua bahan-bahan ini boleh dimasak di dalam kuali terlebih dulu sebelum dibakar dalam ketuhar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Yang paling best, ibu boleh menyediakan makanan ini lebih awal atau dalam kuantiti yang banyak. Ia cuma perlu dipanaskan dalam ketuhar apabila sebelum dimakan. Jangan lupa taburkan keju di atas sebelum bakar. Barulah rasa rangup-rangup kenyal keju tu nanti!

#3 Ikan salmon goreng

Ini resipi ikan untuk anak yang menggunakan ikan salmon ini adalah kegemaran ramai kanak-kanak. Tapi bau ikan yang ada kandungan lemak tinggi seperti ikan salmon mungkin lebih kuat dari biasa.

Jika perlu, bau itu boleh dihilangkan dengan sedikit jus serai, lemon ataupun halia. Madu juga boleh digunakan! Salutkan ikan salmon dengan sedikit garam, lada hitam dan lemon kemudian grill atau goreng seperti biasa. Biar luarnya saja rangup, dalamnya lembut dan berlemak!

#4 Ikan tandoori

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anak suka makan kari, dia pasti akan suka resipi ikan ini yang bersalut sos tandoori berkrim!

Hidangkan resipi ikan untuk anak ini bersama nasi atau naan untuk makan malam yang betul-betul mengenyangkan! 

#5 “Burger” ikan bersalut roti tortila

Jika anak suka makan roti, inilah resipi ikan untuk anak yang dinantikan. Ikan itu akan diperap secukup rasa dan diselaputi serbuk roti, kemudian digoreng sehingga ranggup.

Ibu boleh tambahkan sayur-sayuran kegemaran anak ke dalam roti tortila bersama dengan sos mayonis. Tapi jika anak tidak suka makan sayur, berikan buah-buahan sebagai gantian. 

#6 Burger ikan

Anak gemar makan burger? Cuba resepi ikan untuk anak ini pula! Daging ikan akan dikisar sehingga menjadi cebis-cebisan ikan yang kecil dan dibentuk sehingga menjadi bentuk burger.

Ibu juga boleh mengubah perisa burger ikan untuk mengikut citarasa kita di Malaysia dan citarasa anak. Sedikit halia, daun limau purut atau serai semuanya boleh dikisar bersama contohnya. Burger ikan ini juga boleh dibakar, digoreng atau dimasukkan ke dalam air fryer.

#7 Begedil ikan

Resepi ikan untuk anak ini pasti akan menjadi kegemaran dan boleh disiapkan dalam masa 35 minit sahaja!

Cebisan daging ikan dicampur dengan kentang yang dilenyek dan dicampurkan sedikit tepung berasa bagi lebih rangup. Kemudian goreng sehingga perang!

Ibu juga boleh menggunakan sayur atau buah-buahan untuk menghias pinggan anak. 

#8 Bebola ikan

Lupakan bebola ikan beku, kerana yang homemade lagi sedap dan berkhasiat. Dan sekurang-kurangnya anda tahu ia dibuat daripada 100% isi ikan. Apa yang anda cuma perlu lakukan adalah isi ikan itu anda ulikan sedikit membentuk bulat. Boleh dicampurkan sedikit garam atau lada hitam jika mahu, kemudian rebus dengan air rebusan ayam. boleh juga digoreng sekiranya anak lebih prefer yang garing!

#9 Ikan taco

Resipi ikan untuk anak ini mungkin memerlukan penyediaan yang paling banyak. Tetapi anak boleh memilih sendiri, inti untuk dimasukkan ke dalam roti taco mereka.

Rasanya ibu-ibu juga boleh ganti dengan ikan bakar dan roti canai juga!

#10 Pie ikan, jagung dan kentang

Ni kalau dah masuk semuanya dalam satu bekas dicampur dengan kentang, cheese dan jagung, pasti tidak akan rasa ikan itu lagi bukan? Harap-haraplah. Belum cuba belum tahu!

Ingat untuk menggunakan ikan yang segar sahaja, kalau tak mahu baunya terlalu kuat cuci ikan bersama lemon dan garam terlebih dahulu. namun jangan perap! nanti rasa masam dan masin akan serap pada ikan. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comresepi-ikan-tenggiri-untuk-bayi