15 Minit Siap! 5 Resepi Makanan Bayi 6-8 Bulan Yang Ibu Boleh Cuba!

Penting untuk ibu mengumpul resepi makanan bayi untuk memudahkan kerja harian mereka.Tidaklah ibu perlu tergesa-gesa jika nak pergi kerja!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menyediakan makanan untuk bayi adalah sesuatu yang kadang kala boleh jadi remeh jika ibu tidak bersedia awal, jadi adalah penting untuk ibu mengumpul resepi makanan bayi untuk memudahkan kerja harian mereka.

Pelbagai resepi makanan bayi dikongsikan di internet dan juga buku, jadi ibu atau bapa hanya perlu mencarinya saja dan sediakan ikut resepi yang dicadangkan.

Yang penting pastikan anak anda tidak mempunyai alahan kepada sesetengah makanan dalam resepi yang dicadangkan itu. Sebab itulah pentingnya lihat dan kaji dulu bahan dalam resepi yang dikongsikan sebelum memasaknya untuk anak anda!

Resepi makanan bayi boleh siap dalam masa 15 minit saja!

Seperti yang dikonsgsikan di laman web thezuriat.com, ada beberapa resepi mudah yang boleh anda sediakan untuk bayi anda dan anda hanya memerlukan 15 minit saja untuk menyediakannya.

Jadi resepi ini mungkin sangat sesuai untuk ibu bekerjaya yang tidak punya banyak masa untuk menyediakan menu untuk anak.

Berikut adalah resepi makanan bayi yang anda boleh cuba.

Cukup 15 minit, ibu dah boleh duduk berhenti pening kepala fikirkan menu makanan bayi.

5 resipi ni penuh khasiat dan dijamin 200 peratus halal untuk ibu-ibu yang ada anak kecil umur enam hingga lapan bulan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Puri lobak merah dan labu

Bahan-bahan:

  • 50 g labu
  • 1/2 batang lobak merah ( saiz sederhana )

Cara memasak:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1.Labu dan lobak merah dipotong dadu.

2.Masukkan lobak merah ke dalam periuk dan renehkan selama 10 minit atau sehingga lembut.

3.Kemudian, masukkan labu yang telah dipotong dadu, dan reneh selama 2-3 minit atau sehingga labu menjadi lembut lembut.

4.Masukkan labu dan lobak merah ke dalam mesin pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar sehingga sebati.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

* boleh gunakan semula air yang digunakan untuk rebusan

* air juga boleh diganti dengan stok ayam atau daging

Saiz hidangan : 2-3 hidangan

Umur : Sesuai untuk bayi berusia 6 bulan ke atas

#2. Puri keledek dan bunga kubis

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

  • 1 biji keledek ( saiz sederhana )
  • 50 g bunga kubis

Cara memasak:

  1. Keledek dibuang kulit dan dipotong dadu.
  2. Bersihkan bunga kubis dan potong kecil.
  3. tim labu dan bunga kubis selama 10 minit atau sehingga lembut.
  4. Masukkan labu dan bunga kubis ke dalam mesin pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar sehingga sebati.

* boleh gunakan semula air yang digunakan untuk stim

* air juga boleh diganti dengan stok ayam atau daging

Saiz hidangan : 2-3 hidangan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Usia : Sesuai untuk bayi berusia 6 bulan ke atas.

#3. Puri keledek dan labu

Bahan-bahan:

  • 1 biji keledek ( saiz sederhana )
  • 50 gram labu

Cara memasak:

  1. Labu dan keledek dibuang kulit dan dipotong dadu.
  2. Stim labu dan keledek yang telah dipotong dadu selama 10 minit atau sehingga lembut.
  3. Masukkan labu dan keledek ke dalam mesin pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar sehingga sebati.

* boleh gunakan semula air yang digunakan untuk stim

* air juga boleh diganti dengan stok ayam atau daging

Saiz hidangan : 3-4 hidangan

Usia : Sesuai untuk bayi berusia 6 bulan ke atas

#4. Puri lobak merah dan kentang

Bahan-bahan:

  • 1 biji kentang ( saiz sederhana )
  • 1 batang lobak merah saiz sederhana

Cara memasak:

  1. Lobak merah dan kentang dibersih dan dipotong dadu.
  2. Rebus lobak merah dan kentang yang telah dipotong dadu selama 10 minit atau sehingga lembut.
  3. Masukkan lobak merah dan kentang ke dalam mesin pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar sehingga sebati.

* boleh gunakan semula air yang digunakan untuk rebusan

* air juga boleh diganti dengan stok ayam atau daging

Saiz hidangan : 2-3 hidangan

Usia : Sesuai untuk bayi berusia 6 bulan ke atas

#5. Puri epal, pic dan kurma

Bahan-bahan:

  • 1 biji epal merah
  • 4-5 pic kering
  • 1 biji kurma

Cara memasak:

  1. Potong dadu epal.
  2. Hiris kasar kurma dan pic kering.
  3. Masukkan semua bahan dalam periuk. Masukkan 4-6 sudu air.
  4. Renehkan semua bahan selama 10 minit atau sehingga lembut.
  5. Setelah lembut, kisar semua bahan hingga sebati di dalam mesin pengisar.

Saiz hidangan : 2-3 hidangan

Usia : Sesuai untuk bayi berusia 6 bulan ke atas

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: thezuriat

Baca juga:

https://my.theasianparent.com10-fakta-menarik-tentang-bayi-yang-mungkin-akan-memeranjatkan-anda

Penulis

Lala Annuar