Resepi Bekal Makanan Bayi Untuk Ke Rumah Pengasuh, Ibu Bekerja Pun Sempat Buat!

Resepi makanan bayi yang baru memasuki usia 6 bulan memerlukan tekstur lembut dan berkhasiat tanpa sebarang penggunaan gula atau garam. Jom cuba idea ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saat si manja melangkah usia 6 bulan, para ibu pastinya teruja untuk mencuba pelbagai resepi makanan bayi. Namun hal yang perlu diutamakan adalah khasiat setiap hidangan dan teksturnya tidak terlalu keras.

Bagi ibu yang tidak bekerja, anda mungkin memiliki banyak masa untuk try and error menu mengikut selera si manja. Malah setiap hari mungkin makanan berbeza. Tapi bagaimana pula bagi ibu bekerjaya? Rutin harian keluar awal pagi dan lewat senja baru pulang ke rumah.

Resepi makanan bayi, sesuai dijadikan bekal untuk ke rumah pengasuh

credit to sources

Tidak dinafikan, tugas ibu yang bekerja agak mencabar terutamanya dalam aspek pengurusan masa untuk anak-anak. Namun ia bukanlah alasan munasabah memandangkan terdapat banyak cara untuk memastikan si manja menikmati air tangan ibu dan memperoleh khasiat terbaik daripadanya.

Menurut perkongsian salah seorang ibu bekerjaya, Puan Intan Shafiqa, rutin harian biasanya memerlukannya keluar rumah seawal 7 pagi dan dekat jam 7 malam baru sampai ke rumah. 

Memang berusaha dan tawakal sahaja untuk menyediakan bekal makanan anak dengan harapan bila mama balik, bekas tersebut kosong dan dapatlah kesayangan merasai air tangan mamanya sendiri.

Ketika dahulu memiliki seorang anak, mungkin anda boleh lagi melayan dan buat segalanya. Namun bila sudah masuk 2-3 orang, memang tak sempatlah sayang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi mama nak share semua persediaan untuk bekal anak ke rumah pengasuh. Memang setiap hari masak dan bawa bekal.

Sarapan lain, makan tengah hari lain dan makan petang pun lain. Semuanya dibuat awal-awal pagi sebelum mama gerak pergi kerja. Antara tipsnya ialah:

#1. Stok puree

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Buat stok puree ketika hujung minggu. Mama akan buat puree yang senang nak dapat dekat pasaraya dan harga berpatutan. Mama akan simpan dalam bekas 1oz sebab senang bila nak masak, hanya turunkan 1-2 bekas sahaja.

Nasihat mama, mula berikan makanan pertama si kecil yang terdiri daripada sayur dan buah-buahan dalam bentuk puree. Buah avocado sangat sesuai kerana teksturnya lembut dan rasa berlemak seperti susu ibu.

Tapi ingat, anda jangan mulakan dengan buah manis seperti kurma, mangga, labu dan buah naga. Nanti tak pasal-pasal anak jadi picky eater!

Cara menyediakan puree:

  1. Basuh bersih sayur/ buah dan kupas kulit
  2. Kukus sehingga lembut
  3. Terus rendam di dalam air sejuk untuk menghentikan proses masakan
  4. Kisar halus
  5. Simpan di dalam bekas 1oz untuk mengelakkan pencemaran dengan bahan basah lain dalam peti sejuk.

#2. Protein

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Protein ayam mama buat chicken paste dan cfs. Ada yang panggil cbb. Sama jela cuma guna kaki ayam atau tulang je. Konsepnya sama sahaja.

Caranya adalah dengan rebus isi ayam bersama bawang putih. Bila dah masak, sejukkan dan kisar dengan air rebusan. Sekali buat memang dapat banyak. So simpan boleh buat 1-2 bulan stok.

Untuk cfs pula, caranya ibu perlu rebus kaki ayam/ kakas, bawang putih, bawang besar, lobak merah, tomato, perahan lemon, saderi, sup bunjut, rempah 4 sekawan dengan masak perlahan dalam 6 hingga 8 jam.

#3. Ikan segar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mama potong kecil kecil simpan dalam bekas 1oz juga. Tidak perlu nak defrost banyak-banyak kali. Isi ayam pun boleh buat macam ini. Ikan bilis serbuk boleh buat sendiri atau cari dekat kedai bakeri ya.

#4. Kiub keju

Untuk naikkan berat badan anak pula, mama tambahkan cheese cube dalam menu seperti pasta atau mee. Boleh guna cream cheese jenama Tatura atau Beqa. Namun elak gunakan keju jenis slice kerana ia mengandungi sodium tinggi dan tidak sesuai untuk bayi.

#5. Tomato paste dan Mirepoix

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dulu orang buat tomato paste je. Sekarang ada lagi canggih mirepoix pula. Ia sesuai kalau nak buat tomyam versi baby, bolognese, ikan masak asam atau ikan 3 rasa. Cuma tak pedas je.

Caranya tomato direbus terlebih dahulu dan tumis menggunakan unsalted butter atau minyak zaitun:

  • Bawang putih
  • Bawang besar
  • Saderi
  • Lada benggala
  • Mix herbs 

Selepas itu, bolehlah kisar hingga halus.

#6. Menu bubur

Kalau bayi masih makan yang hancur, mama guna bubur mudah masak dan segera. Anda juga boleh buat sangai sendiri. Kalau tekstur kasar, masak guna ELB atau slow cook cooker. Sememangnya lagi mencabar bila anak mula makan makanan orang dewasa, ibu kena jadi lebih kreatif ya!

Sebenarnya macam-macam yang kita boleh buat sebagai ibu bekerja. InshaAllah sempat je.

Sumber: Puan Intan Shafiqa

Kredit foto: Google

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comnutritional-yeast-malaysia