Resepi Nasi Daging Viral Dan Express, Memang Sedap Sangat!

Resepi nasi daging viral ini sangat mudah disediakan dan ia sangat sedap. Kaedah instant yang digunakan memudahkan penyediaannya.

Nasi daging antara menu popular bila tibanya musim Aidiladha. Ada pelbagai variasi resipi nasi daging. Namun kali ini kami kongsikan resepi nasi daging viral untuk anda cuba. Bolehkah hidangkan pada tetamu yang datang berkunjung.

Resepi Nasi Daging Viral

Bahan yang digunakan amat mudah didapati. Malah kaedah instant ini sangat sesuai digunakan oleh mereka yang baru ingin cuba memasak. 

resepi nasi daging viral, resipi nasi daging utara

Bahan-bahan untuk nasi:

  • 1 tin kurma daging (tidak kira jenama)
  • 2 sudu makan mentega/ minyak sapi
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • rempah 4 sekawan
  • 2 helai daun pandan
  • 1 sudu teh garam
  • 2 cawan air
  • 2 cawan beras wangi dibasuh
  • 2 biji cili hijau

Bahan-bahan untuk air asam:

  • 2 biji cili merah
  • 5 biji cili api hijau dan merah
  • 1 sudu makan pes asam jawa
  • 1 cm belacan bakar
  • sedikit air
  • sedikit gula dan garam
  • 1/2 biji bawang besar dihiris nipis
  • 1/4 biji tomato
  • cili api
  • 1/4 air asam jawa

Cara penyediaan nasi:

  1. Hiris 1/2 biji bawang besar dan dua ulas bawang putih. 
  2. Cairkan dua sudu mentega atau minyak sapi ke dalam periuk. 
  3. Tumis rempah empat sekawan hingga naik bau. 
  4. Tumis bawang besar dan bawang putih Masukkan daun pandan. 
  5. Masukkan kurma dan dua cawan air. 
  6. Tuang ke dalam periuk nasi.
  7. Masukkan dua cawan beras wangi. Kacau sebati.
  8. Masukkn dua biji cili hijau dan masak nasi seperti biasa.
  9. Gaul nasi semasa ia mendidih supaya sekata dan sambung masak nasi seperti biasa. 

Cara penyediaan air asam:

    1. Masukkan cili merah, cili api, pes asam jawa dan belacan ke dalam pengisar. Masukkan garam, gula dan air. Kisar sehingga lumat. 
    2. Letakkan dalam mangkuk dan masukkan hirisan bawang 1/2 biji tomato dipotong dadu, cili api dan 1/4 air asam jawa. Kacau rata. 

Berikut adalah cara penyediaan resepi nasi daging viral

icookweeat

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Simpan Daging Korban Yang Betul, Jangan Cuci Dulu Sebelum Simpan Agar Tahan Lama & Kekal Segar

Baca juga: 15 Petua Lembutkan Daging Dengan Mudah Agar Lebih Empuk, Memang Menjadi!

Baca juga: Menu Raya Haji 2024 Yang Best Untuk Tetamu Pilihan theAsianparent Malaysia, Wajib Cuba!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!