TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Resepi Kuih Bakul Atau Nian Gao Homemade Yang Mudah & Dijamin Halal, Menu Wajib Raya Cina

4 min bacaan
Resepi Kuih Bakul Atau Nian Gao Homemade Yang Mudah & Dijamin Halal, Menu Wajib Raya Cina

Kuih bakul atau Nian Gao sinonim dengan sambutan Tahun Baru Cina kerana rasanya yang amat unik dan menjadi kesukaan ramai

Kuih bakul atau Nian Gao sinonim dengan sambutan Tahun Baru Cina. Ia adalah kuih tradisional kaum Tionghua. Sedap dimakan begitu saja atau digoreng dengan tepung dan diapit dengan keledek dan keladi.

Resepinya lebih kurang seperti dodol cuma bezanya kuih bakul tidak menggunakan santan. Selain itu, kuih bakul dikukus manakala dodol dimasak di atas api dan dikacau sehingga pekat.

Gula pasir digunakan dalam resepi kuih bakul manakala gula Melaka digunakan untuk membuat dodol. Bahan penyediaannya juga agak ringkas dan mudah didapati.

Resepi Kuih Bakul Atau Nian Gao

Kuih bakul, Nian Gao

Kami kongsikan resepi kuih bakul untuk anda cuba di rumah. Bahannya simple saja. 
 
Bahan-bahan kuih bakul atau Nian Gao:
  • 500 gram tepung pulut
  • 500 gram gula pasir
  • 500 ml air
  • Daun pisang secukupnya
  • Daun pandan secukupnya
  • Acuan stainless steel 10 cm

Cara penyediaan :

Acuan daun pisang:

Kuih bakul, Nian Gao

  1. Mula-mula bersih dan layurkan daun pisang di atas api untuk melembutkan daun pisang. Ikut ukuran untuk ½ atau ¾ dari ukuran acuan. Untuk bahagian atas acuan harus melebihi paras acuan. Gulung sehingga mengelilingi acuan dan masukkan bahagian atas daun yang berlebihan ke dalam acuan.
  2. Setelah lebihan daun di bahagian atas dimasukkan ke dalam acuan, tekan-tekankan daun di bahagian dalam dengan gelas atau apa-apa yang boleh memadatkan daun pisang di bahagian dalamnya.
  3. Setelah daun di bahagian dalam padat, potong daun lain berbentuk bulat ukuran melebihi sedikit dari punggung acuan.
  4. Masukkan daun pisang berbentuk bulat tadi dan tekan-tekankan dengan gelas seperti gambar dalam gambar. Ulang 3 lapisan dengan proses yang sama. Ikat bahagian luar bagi mengekalkan bentuk daun supaya tidak berubah semasa mengukus.
  5. Lakukan proses yang sama untuk kesemua acuan. Ketepikan.

Adunan kuih bakul:

Kuih bakul, Nian Gao

  1. Masukkan 500 ml air ke dalam periuk untuk merebus daun pandan. Biarkan mendidih dengan api kecil sehingga extract daun pandan keluar.
  2. Sementara menunggu air pandan mendidih, masukkan gula pasir ke dalam kuali untuk proses caramelize atau menjadikan gula hangus.
  3. Gula perlulah dibiarkan untuk cair sendiri tanpa perlu dikacau-kacau sangat. Kacau sekejap-sekejap saja. Apabila gula sudah cair dan caramelized sepenuhnya, memasukkan air pandan tadi ke dalam caramel ini.
  4. Hati-hati semasa memasukkan air pandan ke dalam caramel ini kerana gula akan memercik dan sangat panas. (Tips: Curahkan sesudu demi sesudu air pandan di tepi elak meruap atau terpercik)
  5.  Apabila air sudah banyak dimasukkan ke dalam caramel dan percikan sudah mengurang, masukkan kesemua baki air pandan. Kacau-kacau sehingga air sebati dan gula larut bersama air pandan.
  6. Ketepikan caramel untuk betul-betul sejuk sebelum proses seterusnya dibuat.
  7. Apabila caramel betul-betul sejuk, masukkan caramel sedikit demi sedikit sehingga habis. Bancuhan perlu ditapis untuk mengelakkan gumpalan tepung. Setelah ditapis, masukkan adunan kuih bakul ke dalam acuan daun pisang. 
  8. Tutup acuan dengan aluminium foil bagi mengelak air kukusan dari penutup periuk tidak menitis di atas bancuhan.
  9. Sediakan periuk kukusan untuk mengukus. Letakkan acuan ke dalam periuk kukusan dan tutup periuk. Untuk kukusan: 30 minit pertama kuih bakul perlu dikukus dengan api kuat. Selepas 30 minit, kecilkan api kepada tahap sederhana selama 4 hingga 5 jam.
  10. Memandangkan masa mengukus adalah lama, perlu kerap diperhatikan paras air supaya sentiasa ada air. Tambah cuma dengan air panas ke dalam periuk kukusan. Sekiranya menggunakan air sejuk, ini akan menurunkan suhu di dalam periuk kukusan dan akan menjejaskan proses kukusan. Selamat mencuba!

Ila’s Little Kitchen

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Banyak Jenis Kuih Talam, Ini Variasi Resepi Mudah Yang Boleh Cuba Buat Sendiri Di Rumah

Baca juga: Jangan Buang Lebihan Nasi, Boleh Buat Kuih! Resepi Apam Nasi Mudah Ini Boleh Dicuba

Baca juga: Cek Mek Molek Bukan Sekadar Kuih Popular, Ramai Tak Tahu Khasiat Ubi Keledek Dalam Kuih Ini

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Resepi
  • /
  • Resepi Kuih Bakul Atau Nian Gao Homemade Yang Mudah & Dijamin Halal, Menu Wajib Raya Cina
Kongsikan:
  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

    Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

    Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham