Kita semua tahu bahawa pengambilan gula ketika hamil boleh meningkatkan risiko pertambahan berat badan atau kerosakan gigi dan ia lebih berisiko untuk wanita hamil yang menghidap kencing manis semasa hamil atau gestational diabetes (GDM). Adakah selamat untuk ibu hamil menggantikan gula putih dalam pemakanan mereka dengan pengganti gula atau sugar substitute? Adakah pengganti gula ini lebih sihat daripada gula biasa?
Apakah Pengganti Gula?
Pengganti gula terdapat dalam pelbagai bentuk, tetapi semuanya direka untuk memaniskan makanan dan minuman kita. Pengganti gula boleh dibahagikan kepada dua iaitu berkhasiat dan tidak berkhasiat.
Pemanis berkhasiat atau nutritive sweeteners iaitu alkohol gula dan pemanis semula jadi seperti madu mempunyai beberapa manfaat pemakanan seperti membekalkan tenaga dalam bentuk karbohidrat dan mengandungi kalori.
Manakala pemanis tidak berkhasiat atau nonnutritive sweeteners tidak mempunyai nilai pemakanan namun sangat rendah kalori atau langsung tidak mengandungi kalori contohnya produk-produk makanan yang tertera dengan ayat 'tanpa gula tambahan' atau 'kurang gula' yang ada pada produk minuman, yogurt, dan sebagainya.
Jenis Pengganti Gula
Hakikatnya terdapat banyak jenis pengganti gula. Kami kongsikan di bawah:
1. Pemanis tiruan
Pemanis tiruan digunakan dalam banyak makanan yang diproses dan minuman ringan. Contoh pengganti gula yang diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat Amerika Syarikat (FDA) termasuklah acesulfame, aspartam, neotame, sakarin dan sucralose.
2. Pemanis semula jadi
Antara contohnya adalah madu, gula kelapa, sirap maple. Walaupun ia dipromosikan sebagai "pilihan yang lebih sihat" berbanding gula putih atau pengganti gula lain kerana mengandungi mineral surih atau anti-oksida, namun ia tetap mengandungi gula dan kalori.
Pemanis semula jadi ini mempunyai pelbagai kegunaan dalam masakan di rumah dan sering dijumpai dalam makanan yang diproses sebagai "gula tambahan".
3. Pemanis novel
Stevia adalah satu-satunya pemanis novel yang diluluskan oleh FDA. Ia rendah kalori, malah beberapa kajian mengatakan pemanis ini boleh menurunkan tekanan darah.
4. Alkohol gula
Secara teknikalnya ia bukan gula dan bukan juga sejenis alkohol tetapi alkohol gula ialah karbohidrat yang terdapat secara semula jadi dalam buah-buahan dan sayur-sayuran tertentu malah boleh didapati dalam banyak makanan yang diproses.
Label makanan mungkin menggunakan istilah umum "sugar alcohol" atau menyenaraikan nama khusus, seperti sorbitol. Apabila diambil dalam jumlah yang banyak, alkohol gula boleh mempunyai kesan julap.
Pengganti Gula Yang Selamat Diambil Ketika Hamil
Apabila diambil secara sederhana, kebanyakan wanita hamil boleh menggunakan mana-mana pemanis berkhasiat dan bukan berkhasiat yang diluluskan oleh FDA dengan selamat.
Namun, pengganti gula untuk diet juga boleh memberi risiko pada wanita hamil. Walaupun kebanyakannya dianggap selamat, mengambil pengganti gula dalam jumlah yang banyak boleh meningkatkan risiko bayi anda untuk mempunyai berat badan berlebihan apabila dilahirkan nanti.
Lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk memahami sepenuhnya bagaimana pemanis tiruan dan pengganti gula mempengaruhi perkembangan bayi dalam kandungan. Berikut ialah perkara yang perlu anda ketahui tentang pelbagai jenis pemanis tiruan dan pengganti gula yang mungkin anda lihat pada label makanan dan minuman;
1. Aspartame
Menurut FDA, aspartame selamat diambil semasa mengandung dan semasa menyusu. Cukuplah sekadar mengambil satu atau dua paket. Elakkan mengambil aspartame dalam jumlah yang banyak dan elakkan sama sekali jika mempunyai phenylketonuria (PKU), iaitu penyakit genetik yang jarang berlaku.
Doktor anda juga mungkin mencadangkan untuk mengelakkan aspartame jika anda mempunyai tahap phenylalanine yang tinggi dalam darah anda.
2. Adventame
Ia sebenarnya 100 kali lebih manis daripada aspartame. Pada tahun 2014, FDA meluluskan advantame sebagai nonnutritive sweeteners di AS dalam makanan secara amnya, kecuali daging dan ayam. Ia selamat semasa hamil jika diambil secara sederhana.
3. Gula kelapa
Sejenis pemanis semulajadi, selamat diambil semasa hamil sebagai pengganti gula. Ia kelihatan seperti gula perang dengan ketulan kecil. Ia mungkin mengandungi sejumlah kecil mineral dan anti-oksida, namun jika diambil berterusan ia tidak begitu berbeza dengan gula tebu.
4. Pati jus buah-buahan
Boleh ditemui dalam semua jenis produk komersial termasuklah biskut, bijirin, bar granola, pastri pembakar roti, yogurt dan minuman ringan dan ia selamat untuk diambil semasa kehamilan.
Memandangkan ia cair, menggantikan pati jus buah dengan gula pasir dalam resipi memerlukan sedikit kepakaran tetapi pastinya selamat untuk melakukannya. Anda perlu memilih resipi yang memerlukan jumlah air yang banyak, kemudian masukkan pati jus untuk air tersebut sama seperti anda letakkan gula.
Sebagai contoh, pati jus anggur putih mempunyai rasa yang lebih manis, kurang buah, dan mempunyai rasa yang sama seperti gula.
5. Neotame
Merupakan pemanis bukan berkhasiat yang diluluskan oleh FDA pada tahun 2002 untuk digunakan sebagai "pemanis tujuan am dan penambah rasa" dalam makanan (kecuali dalam daging dan ayam). Ia digunakan sebagai pengganti gula dalam beberapa makanan yang dibakar dan tidak ada bukti risiko untuk wanita hamil.
6. Buah sami
Juga dikenali sebagai monk fruit dan Luo Han Guo yang diklasifikasikan oleh FDA sebagai "umumnya diiktiraf sebagai selamat," atau GRAS. Ia 150 hingga 200 kali lebih manis daripada gula dan mengandungi sifar kalori.
7. Stevia
Gula stevia adalah pemanis sifar kalori yang diperoleh daripada pokok renek Amerika Selatan. Dalam bentuk paket, titisan atau pun tumbuhan, stevia gula adalah kegemaran pakar diet yang kerap digunakan dalam minuman ringan dan jus.
FDA mengatakan bahawa glikosida steviol iaitu bahan kimia yang berasal daripada daun stevia dan digunakan sebagai pemanis baru secara amnya diiktiraf sebagai selamat.
Walaupun pakar mengatakan stevia gula mungkin tidak meningkatkan keinginan gula seperti yang dilakukan oleh pemanis tiruan lain (ia tidak meningkatkan gula darah anda atau mempunyai kesan buruk pada citarasa anda), namun lebih baik rujuk doktor anda terlebih dahulu sebelum menggunakannya.
8. Xylitol
Sejenis alkohol gula, biasanya terdapat dalam gula-gula getah, ubat gigi dan gula-gula dan dianggap selamat diambil semasa kehamilan dalam jumlah yang sederhana. Xylitol mempunyai 40 peratus lebih sedikit kalori daripada gula putih (sukrosa) dan telah ditunjukkan untuk mencegah kerosakan gigi.
9. Sucralose
FDA mengatakan sucralose selamat untuk dimakan oleh semua orang termasuk wanita hamil. Ia sama seperti gula, sebelum ia diproses secara kimia menjadi bentuk yang tidak dapat diserap oleh badan menjadikannya bebas kalori.
Ia diluluskan untuk digunakan dalam makanan yang dibakar, menjadikannya bersedia untuk memenuhi keinginan kehamilan anda terhadap kek coklat tanpa gula.
Anda juga akan menemuinya dalam minuman bukan alkohol, gula-gula getah, produk kopi dan teh, produk sejuk beku, pencuci mulut tenusu beku, jus buah-buahan dan sos manis. Namun diingatkan untuk ambil dalam kuantiti sederhana.
10. Sorbitol
Sejenis pemanis berkhasiat dan alkohol gula baik untuk wanita semasa hamil. Walaupun selamat untuk bayi dalam kandungan, ia boleh memberi kesan gastrousus yang tidak menyenangkan kepada ibu.
Dalam dos yang besar, sorbitol boleh menyebabkan sakit perut dan cirit-birit pastinya sesuatu yang tidak diingini oleh wanita hamil. Cirit-birit semasa hamil, selain tidak selesa, boleh mengganggu penyerapan nutrien penting dan menyebabkan dehidrasi.
11. Mannitol
Ia mungkin memberikan lebih sedikit kalori daripada gula, tetapi ia kurang diserap oleh badan. Seperti sorbitol, ia selamat secara sederhana kerana terlalu banyak diambil boleh menyebabkan sakit perut.
6 Pengganti Gula Terbaik Untuk Ibu Hamil
Jadi, pengganti gula yang mana yang lebih selamat? Lebih banyak kajian diperlukan tentang bagaimana pengganti gula yang berbeza mempengaruhi kehamilan.
Pertimbangkan pengganti gula yang paling sesuai untuk ibu dan apa yang boleh diterima oleh badan anda, tetapi yang paling penting ambil dalam kadar sederhana. Kami senaraikan beberapa produk pengganti gula yang boleh dicuba ibu.
Alshifa Natural Honey
Pengganti Gula Terbaik Jenis Madu
Madu merupakan salah satu alternatif yang paling umum sebagai pengganti gula. Gula dalam bentuk mentah dan semula jadi merupakan yang paling sihat kerana tidak melalui proses pasteurisasi dan memiliki indeks glikemik yang rendah serta memiliki kandungan enzim, antioksida, zat besi, serta zinc.
Antara madu yang boleh dicuba ibu adalah Alshifa Natural Honey yang merupakan campuran pelbagai jenis madu premium yang dipilih dengan teliti dari seluruh dunia dengan menghasilkan madu terbaik.
Memulakan perniagaannya di Arab Saudi pada tahun 1983, Al Shifa telah menjadi jenama yang dipercayai di seluruh Arab Saudi. Dijamin 100% tulen dan semula jadi, harganya cukup berpatutan dan ibu boleh memilih madu ini sebagai pengganti gula.
Apa yang kami suka :
- Disahkan halal oleh Halal Certification Service yang diiktiraf oleh Jakim.
- Mendapat pensijilan SASO, bukti kelayakan daripada organisasi standard kualiti tunggal Arab Saudi.
- Boleh dicampur dalam minuman, dimakan bersama penkek, dan dicampur dalam bijirin seperti oatmeal.
NytureVia Stevia
Pengganti Gula Terbaik Jenis Stevia
Gula stevia merupakan pengganti gula dengan kandungan sifar kalori dan sangat terkonsentrasi. Ketika ini stevia gula merupakan salah satu bahan yang cukup popular sebagai pengganti gula.
NytureVia adalah adunan antara ekstrak stevia yang tinggi kualiti dan erythritol (wujud secara semula jadi dari sirap buah yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran) untuk menghasilkan rasa manis yang semula jadi.
Biasanya produk stevia gula dalam bentuk cecair namun jenama ini telah menginovasikan stevia dalam bentuk serbuk. Selain dapat mengimbangi kandungan gula dalam badan anda, ia juga dapat menurunkan kadar gula dalam darah, melawaskan pembuangan air kencing, meningkatkan tenaga dalam badan, membantu sistem penghadaman, berupaya mengawal berat badan (obesiti) dan mengurangkan masalah keradangan.
Apa yang kami suka :
- Mempunyai rasa seperti gula pasir
- Sifar kalori
- 1 sachet bersamaan 3 sudu gula pasir
- Boleh dimasuk ke dalam setiap makanan, minuman dan resipi kegemaran tidak kira air sejuk atau panas, ia tetap larut dengan cepat.
Organic Fields Monk Fruit Sweetener with Erythritol
Pengganti Gula Terbaik Jenis Buah Sami
Seperti gula stevia, buah sami ialah pemanis bebas kalori dengan indeks glisemik sifar, yang tidak menyebabkan gula darah anda meningkat dengan cepat serta tidak mengandungi karbohidrat dan kalori.
Ia juga mengandungi antioksidan yang boleh menyokong sistem imun, saluran penghadaman, kelenjar dan sistem pernafasan serta mempunyai ciri anti-radang yang mana penduduk China telah menggunakannya selama beribu-ribu tahun sebagai pemanis semula jadi dan ubat tradisional untuk merawat sakit tekak dan menghilangkan kahak.
Organic Fields Monk Fruit Sweetener with Erythritol sesuai digunakan untuk memasak dan membakar, malah ia juga adalah sebagai pengganti gula putih yang sesuai untuk membuat kopi, pencuci mulut dan hidangan manis yang lain tanpa gula. Rasanya apabila dimasak atau dimasukkan ke dalam minuman sama seperti gula putih.
Apa yang kami suka :
- Diabetic friendly
- Sifar kalori
- Selamat untuk diambil oleh kebanyakan orang termasuklah ibu hamil dan boleh membantu mengurangkan paras gula dalam darah.
- Kuantiti kecil sahaja diperlukan untuk mendapatkan rasa manis.
- Pengganti gula untuk diet
Love Earth Organic Coconut Sugar
Pengganti Gula Terbaik Jenis Gula Kelapa
Gula kelapa adalah sumber nutrien yang tinggi dengan serat, zat besi, zink, kalsium dan kalium. Paras gulanya juga sangat rendah menjadikannya sebagai pengganti sihat terbaik untuk gula putih. Kerana ketumpatan nutrien yang tinggi, gula kelapa sangat baik untuk usus, membantu mengurangkan gula darah, keradangan dan kolesterol.
100 peratus diekstrak dari nira kelapa, ia juga memiliki indeks glikemik lebih rendah daripada gula biasa yang boleh melambatkan pencernaan dan meningkatkan rasa kenyang. Ia juga mengandungi inulin dianggap sebagai pre-biotik kerana ia ditapis di dalam usus dan menjadi makanan untuk bakteria berfaedah.
Tiga perempat kandungan gula kelapa adalah sama dengan gula meja biasa. Oleh itu menggunakannya sebagai pengganti gula tebu bukanlah kaedah terbaik untuk mengurangkan pengambilan gula secara keseluruhan atau mengurangkan kalori dalam diet anda namun ia dipercayai sebagai salah satu pemanis paling sihat yang ada.
Apa yang kami suka :
- Kualiti terjamin 100% semulajadi tanpa bahan kimia dan pengawet
- Paras gula yang rendah
- Sesuai digunakan dalam pembuatan biskut, kek, pencuci mulut, dan pemanis untuk minuman
- Diikitiraf organik oleh Australia NASAA Organic dan halal oleh Jakim
Gulsan Pomegranate Concentrate
Pengganti Gula Terbaik Jenis Pati Buah
Buah delima adalah antara buah yang digemari terutamanya ibu mengandung kerana rasanya yang masam manis. Selain daripada rasanya, buah ini juga sangat baik dimakan kerana mengandungi pelbagai khasiat yang telah dibuktikan oleh kajian.
Di Malaysia ini, agak sukar untuk ibu dapatkan buah delima di pasar jadi antara alternatif yang ada bagi mereka yang memang mencari buah delima ialah pati delima Gulsan yang merupakan 100% pati delima.
Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan 'morning sickness', dapat menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya), menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung) malah kulit bayi yang akan dilahirkan sihat, gebu dan cantik.
Apa yang kami suka :
- Boleh dibuat jus untuk ibu yang craving dengan minuman manis
- Mengandungi ‘potassium’ di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.
- Tinggi zat besi, mengekalkan kesihatan tulang ibu, meningkatkan imuniti tubuh, sumber vitamin C, dan kaya dengan asid folik.
Equal Classic Sweetener
Pengganti Gula Terbaik Jenis Aspartame
Equal adalah antara jenama pengganti gula popular yang sering digunakan di kafe atau restoran.
Diperbuat daripada Aspartame, yang mengandungi dua jenis asid amino iaitu asid aspartat dan fenilalanin yang merupakan bahan penyusun protein. Kandungan bahan ini juga ditemukan secara alami dalam sebahagian besar makanan yang mengandungi protein, termasuklah daging, produk susu, sayuran, dan kekacang.
Bagi ibu yang ingin mengawal berat badan atau mengurangkan kandungan gula, Equal Classic Sweetener dapat digunakan untuk memberikan rasa manis tanpa kalori untuk minuman panas atau sejuk yang larut dengan cepat menjadikannya pilihan sempurna untuk rasa manis.
Apa yang kami suka :
- Mudah digunakan, dipek dalam sachet dan tablet
- Mudah didapati, dijual di seluruh pasar raya utama
- Harganya murah
- Sifar kalori
Perbandingan Harga Pengganti Gula Terbaik Untuk Ibu Hamil
Jenama |
Kuantiti |
Harga |
Alshifa Natural Honey |
500 g |
RM19.95 |
NytureVia Stevia |
20 sachet |
RM7.90 |
Organic Fields Monk Fruit Sweetener with Erythritol |
200 g |
RM12.90 |
Love Earth Organic Coconut Sugar |
400 g |
RM16.90 |
Gulsan Pomegranate Concentrate |
250 ml |
RM11.20 |
Equal Classic Sweetener |
100 sachet |
RM10.49 |
Tip Untuk Kekalkan Bacaan Gula Normal
Menurut Pakar Perbidanan & Sakit Puan Columbia Asia Seremban, Dr. Norintan Zainal Abidin Shah, tahap glukos yang tinggi semasa hamil akan menyebabkan pelbagai masalah di dalam janin misalnya, masalah jantung pada bayi dalam kandungan.
Jadi berikut adalah 6 cara yang dikongsikan doktor pakar ini yang boleh membantu mengekalkan bacaan gula normal buat ibu hamil terutama yang menghidap GDM.
1. Senaman ringan
Tahap glukos dikawal oleh insulin. Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas supaya tahap glukos terkawal dan tidak kekal tinggi serta pastikan bacaan gula normal ibu hamil. Dalam kalangan wanita yang hamil pula, hormon-hormon yang dihasilkan ketika hamil akan berlawan dengan insulin.
Ini menyebabkan paras glukos wanita hamil mudah meningkat naik. Pesakit GDM selalunya mengamalkan pemakanan yang seimbang tetapi tidak melakukan senaman, tahap gula atau glukos selalunya akan kekal tinggi.
Senaman yang dimaksudkan adalah senaman sederhana seperti berjalan kaki selama 30 hingga 45 minit setiap hari.
2. Elak simpan makanan ringan di rumah
Misalnya, jika ibu tidak dibenarkan minum minuman bergula, jangan beli atau simpan apa-apa minuman berkarbonat misalnya di rumah. Semua ahli keluarga yang lain termasuklah suami hendaklah bekerjasama dalam hal ini.
3. Makan makanan berserat tinggi
Ganti beras, mi, mihun, pasta, roti biasa dengan bahan-bahan karbohidrat berserat tinggi. Beras putih boleh digantikan dengan beras perang. Roti putih boleh digantikan dengan roti wholemeal. Mihun dari beras merah ada dijual di pasaran. Pasta yang diperbuat dari wholemeal flour juga mudah didapati di pasaran.
4. Makan dalam kuantiti kecil tapi kerap
Waktu makan utama iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam dikekalkan tapi ambil snek antara waktu makan berat. Antara masa sarapan dan makan tengah hari ambil snek pagi. Di antara makan tengah hari dan makan malam pula ambil snek petang.
5. Amalkan diet disaran pakar pemakanan
Bagi sarapan, makan tengah hari dan malam; amalkan diet yang disarankan oleh pakar pemakanan anda. Hafal piramid makanan dan pastikan anda ikut. Ia penting bagi memastikan anda makan ikut kuantiti yang sepatutnya. Hamil bukan bermakna anda perlu makan untuk dua orang, ia adalah tanggapan yang salah sama sekali.
6. Makan makanan yang anda suka tetapi pada kuantiti bersesuaian
Kegagalan diet yang disarankan oleh pakar pemakanan akan berlaku jika diet dan jenis makanan tidak menepati selera seseorang pesakit itu. Jadi, makan makanan yang anda suka. Misalnya, jika sarapan yang dicadangkan ialah sandwich telur tetapi ibu tidak menyukainya, jadi ibu bolehlah gantikan dengan sekeping capati atau secawan mihun goreng.
Tapi pastikan kuantiti yang bersesuaian. Pastikan makanan yang diambil adalah bersesuaian dengan kuantiti walaupun ia adalah makanan yang anda suka. Pastikan ia tidak berlebihan kerana ia mungkin boleh menganggu usaha untuk mengekalkan bacaan gula normal si ibu hamil.
Semoga artikel ini bermanfaat!
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 17 Petua Turunkan Gula Dalam Darah Dengan Pantas & Berkesan
Baca juga: Waspada Diabetes Ketika Hamil, Ini Senarai Makanan Kononnya "Sihat" Tapi Gula Tinggi!
Baca juga: Bacaan Kadar Gula Dalam Darah Boleh Jadi TIDAK TEPAT Jika Ibu Lakukan 5 Kesilapan Ini