X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Menu Raya Haji 2024 Yang Best Untuk Tetamu Pilihan theAsianparent Malaysia, Wajib Cuba!

3 min bacaan
Menu Raya Haji 2024 Yang Best Untuk Tetamu Pilihan theAsianparent Malaysia, Wajib Cuba!

Tak lengkap raya tanpa hidangan berasaskan daging hasil ibadah korban, ini antara menu Raya Haji 2024 yang menarik untuk tetamu pilihan kami.

Sempena Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelang tidak lama lagi, kami kongsikan beberapa idea menu Raya Haji 2024 istimewa untuk tetamu pilihan theAsianparent Malaysia yang wajib dihidangkan di atas meja pada pagi hari raya.

Menu Raya Haji 2024 Yang Best & Sedap

1. Sup Gear Box

Sup gear box antara menu yang senang untuk disediakan di dalam kuantiti yang banyak. Hidangan ini digemari ramai kerana menggunakan tulang lembu (gear box) yang memberikan rasa yang tersendiri dan berlemak.

Tidak hairanlah jika sup gear box menjadi pilihan utama tetamu. Ia bukan sahaja lazat malah boleh menggunakan bahagian daging korban yang sedia ada.

2. Rendang Daging

Rendang daging adalah salah satu simbolik hari raya. Walaupun bahan-bahannya agak renyah untuk disediakan tetapi berbaloi dimasak dengan tempoh yang begitu lama kerana sajian Istimewa ini boleh digandingkan dengan hidangan sampingan seperti ketupat dan lemang.

3. Daging Dendeng

Selain sup dan rendang, menu lain yang berasaskan daging pilihan theAsianparent Malaysia adalah daging dendeng. Ia merupakan sajian autentik yang terkenal dengan rasanya yang pedas dengan aroma rempah yang kaya dan kuah yang pekat.

Daging dendeng biasanya diketuk sehingga racik dan dimasak dengan sempurna menggunakan bahan yang mudah seperti kicap, bawang, cili dan serai. Penyediaannya cukup mudah dan cepat disediakan untuk para tetamu yang berkunjung ke rumah.

4. Ayam Masak Merah

Siapa yang tak suka makan ayam masak merah? Ia  merupakan hidangan masak sambal yang boleh dimasak selain menu yang berasaskan daging.

Ayam masak merah mempunyai rasa yang pedas, manis dan masam yang dapat membangkitkan selera makan dengan wangian aroma rempah dan daun kari.

5. Lemang

Pagi raya haji tidak lengkap tanpa lemang di atas meja. Lemang merupakan hidangan tradisional yang sedap dimakan bersama dengan rendang daging atau serunding.

Proses pembuatannya sangat memerlukan kesabaran dan kemahiran supaya pulut dimasak dengan sempurna tanpa melekat pada buluh. Kalau tak pandai buat, beli Sahaja lemang di tepi jalan. Tentu banyak dijual musim perayaan ini.

Dengan hidangan yang pelbagai ini, pasti tetamu anda akan merasa puas dan gembira menyambut Hari Raya Haji bersama-sama.

Selamat Hari Raya Aidiladha!

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Raya Haji 2024 & Tarikh Cuti Sekolah 2024 KPM Sempena Aidiladha, Jom Bawa Anak Balik Kampung!

Baca juga: 1 Bahagian Korban Untuk Satu Keluarga, Boleh Atau Tidak? Mengikut Hukum, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Baca juga: Pantang Larang Korban Untuk Pelaku, 3 Perkara Ini Perlu Dielakkan Semasa Melakukan Ibadah Korban

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Hidangan
  • /
  • Menu Raya Haji 2024 Yang Best Untuk Tetamu Pilihan theAsianparent Malaysia, Wajib Cuba!
Kongsikan:
  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • 15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

    15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • 15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

    15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham