Resepi Nasi Kerabu Bunga Telang, Lengkap & Asli Dari Kelantan, Latih Anak Makan Ulam
Resepi nasi kerabu asli dari Kelantan sangat mudah disediakan. Ikuti langkah yang kami kongsikan ini. Confirm tak menyesal.
Teringin pula makan nasi kerabu rasa asli Kelantan? Kali ini kami kongsikan resepi nasi kerabu untuk anda cuba. Boleh makan puas-puas di rumah seisi keluarga.
Resepi Nasi Kerabu
Walaupun pembuatannya sedikit rumit, tetapi rasanya yang enak akan membuatkan anda lupa kepenatan menyediakannya. Nasi kerabu terdiri daripada beberapa bahan utama seperti kuah sambal tumis, sambal ikan kelapa, solok lada, sambal cili, ulam-ulaman dan nasi.
Bahan Kuah Sambal Tumis – Resepi Nasi Kerabu
- 10 cili kering
- 3 ulas bawang merah
- 1 biji bawang besar
- 1/2 labu bawang putih
- 1/2 inci halia
- 200 gm santan pekat
- 3 batang serai – ketuk
- 2 keping asam keping
- 1 1/2 sudu besar gula
- 2 sudu kecil garam bukit halus
- 2 sudu besar budu
- Minyak masak
Cara penyediaan:
1.Kisar cili, bawang bawang dan halia. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan 1 1/2 cawan air. Masukkan santan. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.
2.Masukkan serai, asam. Bila mendidih, masukkan budu dan gula. Rasakan sebelum dimasukkan garam supaya tidak terlebih masin. Kacau sehingga pecah minyak dan bolehlah ditutup api.
Tips: Kuah biar pekat dan masin serta manis sedikit
Bahan Sambal Ikan Kelapa – Resepi Nasi Kerabu
- 1 biji kelapa parut – goreng api perlahan supaya tidak keperangan & tumbuk kasar
- 7 ekor ikan selayang – rebus, ambil isi & tumbuk
- 5 ulas bawang merah
- Nise @ gula melaka (kalau guna nise, cincang halus)
- Garam secukup rasa
- 4 batang serai
- 1 sudu kecil lada hitam – tumbuk
Cara penyediaan:
1.Tumbuk serai hingga hancur dan masukkan bawang merah. Tumbuk lagi. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
2.Masukkan isi ikan dan kelapa goreng yang telah ditumbuk. Gaul rata rata. Masak sekejap untuk tahan lebih lama.
Bahan Solok Lada
- 100g kelapa parut
- 3 ekor ikan selayang – rebus, ambil isi dan tumbuk kasar
- Cili hijau – belah buang biji
- 3 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 sudu kecik lada hitam – ditumbuk
- Garam dan gula
Cara penyediaan:
1.Kisar bawang. Kemudian masukkan ke dalam kelapa bersama isi ikan. Gaul sebati. Kemudian sumbat ke dalam cili hijau.
2.Susun ke dalam kuali leper dan masukkan santan. Masak sehingga santan hampir kering.
Bahan Sambal Cili
- Cili merah
- Cili hijau
- Cili besar – jika tak mahu pedas
- Garam
- Gula
- Cuka
Cara penyediaan:
1.Kisar kesemuanya. Apabila siap kisar, keluarkan dan hidang di dalam mangkuk.
Bahan Ulam-Ulaman
- Kobis
- Taugeh
- Kacang panjang
- Bunga kantan
- Daun serai kayu
- Pucuk selom
Cara penyediaan:
Hiris halus-halus dan sedia untuk dihidangkan.
Bahan Untuk Nasi
- 4 pot beras
- Air secukupnya
- Segengam bunga telang untuk nasi kerabu berwarna biru – rendam semalaman dan kisar
- Serai – diketuk
- Daun limau purut
Bahan sampingan lain:
- Keropok goreng
- Telur masin
Cara Ajar Anak Makan Ulam-Ulaman
- Mulakan secara perlahan dan beri ulam dalam bentuk kecil atau dicampur dengan makanan kegemaran anak.
- Jadikan ulam menarik dengan hiasan atau sambal.
- Libatkan anak dalam penyediaan dan makan bersama untuk memberi contoh.
- Pilih ulam yang mudah dimakan dan sesuaikan dengan cita rasa anak.
- Puji dan beri galakan apabila anak mencuba ulam.
Selamat mencuba!
rasa.my
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 7 Resepi Menu Berbuka Puasa Berasaskan Ayam Yang Simple & Sedap, Anak Mesti Suka!
Baca juga: Petang Ni Boleh Cuba RESEPI KERABU Untuk Buka Puasa, Nampak Menyelerakan&Berkhasiat!
Baca juga: Resepi Berbuka Puasa Untuk Ibu Hamil Cuba, Mudah & Cepat Disediakan, Tak Perlu Berdiri Lama