X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Resipi Nasi Dagang Terengganu Klasik, Lengkap Dengan Acar Timun Memang Sedap!

5 min bacaan
Resipi Nasi Dagang Terengganu Klasik, Lengkap Dengan Acar Timun Memang Sedap!

Nasi dagang Terengganu asli menggunakan rempahnya tersendiri. Bahan dan cara penyediaannya juga sedikit berbeza dengan nasi dagang Kelantan

Untuk hidangan keluarga, pastinya setiap ibu akan menyediakan makanan yang paling istimewa. Apa kata kali ini anda cuba buat nasi dagang Terengganu pula.

Jangan risau kerana resipi nasi dagang Terengganu ini mudah untuk dibuat. Ikuti sahaja langkah-langkah yang kami kongsikan di bawah. Hasilnya pasti semua puas hati dan makan kenyang-kenyang!

Resipi nasi dagang Terengganu

Seorang pengguna Facebook, Ben Safwan telah berkongsikan resipi nasi dagang Terengganu berserta tips.

Ben nak bagi resepi penuh beserta tips. Biar akak dapat buat resepi Nasi Dagang Terengganu versi orang lama.

Yang ada solok, nenas tu versi Nasi Dagang Terengganu Tekak Kelantan Ben. So ada 2 jenis.  Ini untuk nasi dagang 1kg beras. Ikut sahaja sukatan Ben beri.

Bahan-bahan nasi dagang Terengganu:

resepi nasi dagang

  • 1 kg beras wangi Jasmine sunshine (Rendam 8-9 jam. Kukus 30 minit bila air mendidih)
  • Arong kali pertama dengan 250ml santan segar + 250 ml air. Biar dia meresap. Masuk sikit-sikit
  • Kukus lagi 25 minit.
  • Sementara tu panaskan 450 ml santan pekat dengan 4-5 biji bawang ( setiap satu sebesar guli aja ) dimayang,1 sudu makan halba,2 cmx 5 cm halia yang dipotong halus,1 sudu teh garam,1 sudu makan gula. Kacau bila gula hancur, terus tutup api.

Tips untuk nasi lambat basi, lagi rasa lemak:

Bila dah siap kukus,arong nasi dengan adunan ini. Sama juga masuk sikit-sikit. Dah siap,tekan dalam bekas. Lapik atas dengn daun pisang biarkan nasi rehat.

Resepi gulai ikan aya hitam Terengganu 1kg

nasi dagang terengganu

  • Rebus 1kg ikan ayo dengan hirisan lengkuas segenggam,7-8 asam keping dan 1 keping gula melaka kerek saiz besar,1 1/2 sudu teh garam.
  • Ben letak air 100ml je. Nanti air ikan akan turun. Lapik dasar periuk dengan batang lengkuas/tebu.
  • Elak hangit + lagi sedap. Rebus 25-30 minit api sederhana.

Elok rebus malam ni, rehat dan pagi esok baru gulai. Lagi sedap.

Untuk rempah gulai ikan nasi dagang, Ben guna versi klasik. Sedap sangat.

  • 25 gram serbuk ketumbar
  • 13 gram serbuk jintan manis
  • 30 gram lengkuas
  • 5 gram kunyit hidup
  • 10 gram halia
  • 4 ulas besar bawang putih
  • 2 kerek gula melaka saiz besar
  • 300 gram bawang merah
  • 100 gram kerisik
  • 1.5 kg santan pekat segar
  • 130 gram cili kisar
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Garam gula kalau perlu.

Sukatan ni boleh muat untuk 1-1.5 ikan + 8-10 telur rebus. TAK GUNA MINYAK. MASAK KENA 2.30-3 JAM baru sedappp. Lebih sedap masak malam,makan keesokkan.

  1. Didihkan 1.5 kg santan hingga mulai keluar minyak. Kacau 3-4 minit sekali. Guna santan segar je semua. Jangan sesekali guna santan kotak. Nanti tak pecah minyak.
  2. Bila minyak dah pecah, dah tinggal separuh,masukkan bahan kisar (bawang merah,putih,kunyit hidup,lengkuas ) dan kulit kayu manis. Bagi pecah minyak lagi dan lagi.
  3. Tambah pula serbuk ketumbar, serbuk jintan manis yang disangai seketika. Sangai akan jadikan serbuk bertambah wangi.
  4. Bila pecah minyak, masukkan cili kisar. Pecah minyak lagi tambah air 500 ml bersama kerisik, gula Melaka.
  5. Masaklah sampai pecah minyak, jika kuah berkurang,tambah lagi 500ml air. Sama je ulang. Dah 2 jam 30 lebih, pecah minyak cantik,
  6. Masukkan ikan ayo hitam rebus tadi bersama separuh air rebusan ikan.
  7. Kepala ikan masuk last 5 minit sebelum tutup api. Nanti hancur kalau masuk awal.
  8. Bila dah napak sebati, pekat elok, sesuaikan rasa dan masukkan telur rebus bersama kepala ikan.
  9. Dah siap, tutup api dan taburkan cili hijau dan merah.
  10. Ini lah versi klasik. Versi olahan ada banyak. Guna rempah cap rose,masuk belimbing buluh dan sebagainya.
  11. Siap untuk dimakan bersama acar. Aduhh sedapp.

Tips buat nasi dagang jadi sedap

nasi dagang

Oh ya Ben nak bagi tips super mahal juga pada akak yang belum tahu.

  1. Untuk arong kali kedua, panaskan santan seketika. Tujuan untuk elak nasi cepat basi. Ini tips orang lama. Ben panaskan sekali dengan santan, bawang, halba, halia, gula dan garam. Bila santan dah mulai panas sikit,tutup api.
  2. Semasa proses arong nasi,kali kedua tu jangan masukkan semua santan. Tapi sikit demi sikit. Balikkan nasi dengan berhati-hati untuk elak pecah butir nasi.
  3. Dah siap arong,tekan nasi. Biarkan dia rehat setengah jam supaya masak secara perlahan. Kalau guna santan asli tak perlu petak minyak dalam nasi. Santan tu sendiri akan keluarkan minyak. Gitulah kira-kiranya tertibnya.
  4. Mesti ada solok ladaaaa untuk versi kedua Ben. Haa. Solok yang dibuat istimewa dan dimasak agar hasilkan kepala santan atas tu.
  5. Jangan sesekali guna santan kotak kalau nak masak sedap. Guna santan segar ya. Santan kotak takkan hasilkan kepala santan seperti itu,takkan pecah minyak untuk menggulai.
  6. Ingat tips super mahal ni. Ini yang bezakan kualiti hasil masakan. 
  7. Gulai Terengganu versi orang lama 1 dia xde masuk minyak dan tumis bahan. Minyak terhasil dari proses renehan. Alah,macam kita reneh sup singgang sampai keluar minyak. Macam itu, guna api kecil sahaja.
  8. Gulai ikan nasi dagang Terengganu mestilah menggunakan ikan aya hitam. Lebih sedap ikan direbus malam dan gulai keesokan hari. 

Semoga bermanfaat!

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

Ben Safwan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  7 Resipi Rendang Yang Wajib Ada Di Pagi Hari Raya, Tak Sabarnya Nak Cuba!

Baca juga: 7 Resepi Air Sedap & Segar Untuk Dihidangkan Ketika Hari Raya, Tetamu Mesti Suka!

Baca juga: Antara Kenangan Raya Dulu-dulu Ini, Mana Satu Yang Anda Rindu? Ini Betul Menggamit Memori!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Hidangan
  • /
  • Resipi Nasi Dagang Terengganu Klasik, Lengkap Dengan Acar Timun Memang Sedap!
Kongsikan:
  • Cara Cerai Susu Badan/ Putus Susu Anak Yang Berkesan, Panduan Berguna Untuk Para Ibu

    Cara Cerai Susu Badan/ Putus Susu Anak Yang Berkesan, Panduan Berguna Untuk Para Ibu

  • Minum Petang Dengan Kuih Pasti Nikmat! Boleh Cuba Resepi Donut Gebu Mudah Guna Cawan Sahaja Ini Di Rumah

    Minum Petang Dengan Kuih Pasti Nikmat! Boleh Cuba Resepi Donut Gebu Mudah Guna Cawan Sahaja Ini Di Rumah

  • Coach Kongsi 17 Menu Makanan Untuk Diet Sihat & Sedap, Bantu Turunkan Berat Dengan Mudah

    Coach Kongsi 17 Menu Makanan Untuk Diet Sihat & Sedap, Bantu Turunkan Berat Dengan Mudah

  • Cara Cerai Susu Badan/ Putus Susu Anak Yang Berkesan, Panduan Berguna Untuk Para Ibu

    Cara Cerai Susu Badan/ Putus Susu Anak Yang Berkesan, Panduan Berguna Untuk Para Ibu

  • Minum Petang Dengan Kuih Pasti Nikmat! Boleh Cuba Resepi Donut Gebu Mudah Guna Cawan Sahaja Ini Di Rumah

    Minum Petang Dengan Kuih Pasti Nikmat! Boleh Cuba Resepi Donut Gebu Mudah Guna Cawan Sahaja Ini Di Rumah

  • Coach Kongsi 17 Menu Makanan Untuk Diet Sihat & Sedap, Bantu Turunkan Berat Dengan Mudah

    Coach Kongsi 17 Menu Makanan Untuk Diet Sihat & Sedap, Bantu Turunkan Berat Dengan Mudah

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.