X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Halia Punca Kuning Bayi Lambat Turun, Adakah Ibu Boleh Ambil Ketika Berpantang?

5 min bacaan
Halia Punca Kuning Bayi Lambat Turun, Adakah Ibu Boleh Ambil Ketika Berpantang?

Khasiat halia sering dijadikan bahan dalam masakan. Selain itu ada yang mengolah menjadi serunding halia bagi menyedapkan menu berpantang

Selepas bersalin, kebanyakan ibu dihalang untuk mengambil sebarang herba bagi mengelakkan kuning bayi semakin teruk. Namun bagaimana pula dengan khasiat halia, bolehkah ibu menikmati serunding halia sewaktu berpantang?

Sebenarnya, tiada bukti bahawa halia atau apa-apa makanan yang diambil oleh ibu menyusu akan menyebabkan bayi kuning.

▲▼Isi Kandungan

  • Khasiat halia boleh jadi punca bayi kuning?
  • Khasiat halia untuk ibu menyusu
  • Ambil halia dalam kuantiti sederhana

Khasiat halia boleh jadi punca bayi kuning?

halia punca bayi kuning

Menurut Perunding Pediatrik dan Pakar Laktasi Pusat Rawatan Pakar Kanak-kanak Johor Bahru, Dr Hairin Anisa Tajuddin berkata, penyakit kuning atau jaundis neonatal biasanya menyerang bayi pada minggu pertama kelahirannya.

Masalah ini terjadi disebabkan sel darah merah bayi mengandungi hemoglobin janin (HbF) mengalami pemecahan semula jadi iaitu hemolisis. 

Oleh kerana hati bayi baru lahir belum matang, pemecahan bilirubin adalah perlahan, seterusnya membawa kepada pengumpulan dan ciri warna kuning pada kulit dan mata bayi.

Halia dianggap sebagai herba atau rempah ratus, dan ia merupakan perasa makanan dan ubat semula jadi. Oleh kerana rasa yang berbeza, ia adalah bahan biasa dalam banyak hidangan utama, barangan bakar dan teh.

Ia juga merupakan perisa minuman ringan kegemaran. Sebagai ubat, banyak budaya Asia dan Timur Tengah telah menganggap halia sebagai penawar-semua jadi selama beribu-ribu tahun.

Halia dipercayai menyokong sistem imun, mengurangkan keradangan dalam badan, melegakan loya, dan meningkatkan pengeluaran susu ibu.

Khasiat halia untuk ibu menyusu

#1. Memperbanyakkan susu 

Di beberapa kawasan di dunia, wanita diberi halia sejurus selepas melahirkan anak. Halia dipercayai dapat membantu ibu sembuh selepas bersalin. Ia juga dianggap sebagai galaktagog yang merangsang pengeluaran susu.

Satu kajian yang diterbit pada tahun 2016 menyimpulkan bahawa penggunaan halia adalah berkesan sebagai kaedah semula jadi membantu meningkatkan susu ibu ketika awal kelahiran bayi.

Sudah tentu, lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan sama ada dan bagaimana halia secara semulajadi boleh meningkatkan pengeluaran susu ibu.

#2. Membuatkan rasa susu ibu lebih sedap

halia punca bayi jaundice

Perisa makanan yang anda makan mempengaruhi rasa susu badan. Kajian menunjukkan bahawa apabila ibu yang mengambil makanan dengan rasa yang kuat seperti bawang putih atau halia, ia mampu mengelakkan anak menjadi cerewet terhadap makanan tersebut.

Walaupun kebanyakan bayi tidak kisah dengan variasi rasa susu ibu, sesetengah kanak-kanak lebih sensitif terhadap perubahan dan mungkin enggan menyusu.

Jika anak mula tidak menyusu dengan baik selepas makan halia, ibu perlu pertimbang untuk menghentikan pengambilan halia buat seketika untuk melihat sama ada ia menjadi puncanya.

#3. Membantu proses penyembuhan selepas bersalin

Dalam Ayurveda dan perubatan tradisional Cina, halia dianggap sebagai ‘makanan memanaskan’. Ia biasanya diberikan kepada wanita dalam tempoh awal selepas bersalin untuk mempercepatkan proses penyembuhan.

#4. Menghilangkan rasa loya

Sebilangan kecil ibu menyusu mengadu tentang loya semasa sesi penyusuan dalam beberapa hari pertama.

Mengambil halia boleh membantu melegakan loya kerana ia mampu meningkatkan pengeluaran air liur dan enzim pencernaan.

#5. Melegakan gejala kolik

Usus bayi yang belum matang mungkin mendapat manfaat daripada pengambilan halia semasa menyusu badan.

Hal ini kerana enzim pencernaan yang disalurkan kepada bayi melalui susu ibu boleh membantu penghadaman dan sekaligus melegakan gejala kolik pada bayi.

#6. Mengurangkan angin 

Kebanyakan wanita yang bersalin secara normal atau menjalani pembedahan c-section, mengalami kembung dan perut berangin.

makan halia ketika berpantang

Jika anda tidak dapat mengeluarkan gas, ia boleh menyebabkan kekejangan di bahagian perut. Justeru dengan minum teh halia boleh membantu mengurangkan gas dan kembung dengan cara yang sama untuk merawat loya.

Air liur mengandungi enzim amilase pencernaan dan halia mengandungi enzim zingibain. Enzim ini membantu mencerna dan memindahkan makanan dengan lebih cepat dari saluran penghadaman. Ia sekaligus membantu mengurangkan gas dan kekejangan di perut.

Ambil halia dalam kuantiti sederhana

Apabila ia digunakan sebagai perasa atau dalam bentuk akar segarnya, halia tidak mendatangkan bahaya.

Tetapi dalam jumlah yang banyak ia boleh mendatangkan kesan terutamanya jika anda mempunyai masalah kesihatan tertentu.

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian sebelum mengambil halia:

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Childbirth aftermath – Get back in shape
Childbirth aftermath – Get back in shape
  1. Kesan sampingan yang ringan seperti sakit perut, berangin dan cirit-birit adalah mungkin.
  2. Dalam jumlah yang banyak, halia boleh meningkatkan risiko pendarahan. Jika anda mengalami masalah pendarahan atau anda kehilangan banyak darah semasa bersalin, anda tidak boleh menggunakan halia melainkan anda berbincang dengan doktor terlebih dahulu.
  3. Bercakap dengan doktor sebelum mendapatkan khasiat halia jika anda mengambil ubat tertentu seperti ubat pencair darah preskripsi, ubat jantung dan tekanan darah dan aspirin. Halia boleh mengganggu rawatan ini.
  4. Jangan mengambil halia tanpa berunding dengan doktor jika anda mengambil ubat untuk diabetes. Halia boleh menurunkan gula darah anda ke paras berbahaya.
  5. Jangan ambil halia jika anda mempunyai alahan. Dan, jika bayi mengalami alahan seperti ruam atau cirit-birit selepas anda mengambil halia, maka berhenti mengambilnya dengan serta-merta.

Semoga bermanfaat!

Very Well Family, Empirical Mama

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bayi Kuning/Jaundis Boleh Berterusan Lebih 30 Hari, Begini Panduan Yang Betul Mengatasinya!

Baca juga: ‘Breastmilk Jaundice’ Antara Punca Penyakit Kuning Bayi Berlanjutan,Bolehkah Teruskan Menyusu?

Baca juga: Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Penjagaan pantang dan selepas bersalin
  • /
  • Halia Punca Kuning Bayi Lambat Turun, Adakah Ibu Boleh Ambil Ketika Berpantang?
Kongsikan:
  • Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

    Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

  • Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

    Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

  • Bertangas Selepas Bersalin, Manfaat Dan Cara Melakukannya Dengan Betul

    Bertangas Selepas Bersalin, Manfaat Dan Cara Melakukannya Dengan Betul

  • Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

    Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

  • Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

    Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

  • Bertangas Selepas Bersalin, Manfaat Dan Cara Melakukannya Dengan Betul

    Bertangas Selepas Bersalin, Manfaat Dan Cara Melakukannya Dengan Betul

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham