Kehamilan adalah salah satu pengalaman terindah dalam kehidupan seorang wanita. Ia adalah ikatan kasih sayang yang unik dan istimewa bermula sebelum bayi dilahirkan. Perkembangan perut ibu hamil dapat dilihat seiring waktu berlalu.
Dari bentuk perut yang rata, benjolan yang semakin berkembang dari minggu ke minggu pastinya membuatkan ibu ayah berasa tidak sabar menantikan detik kelahiran. Sebab itulah sesetengah wanita akan merakam video dan mengambil gambar bermula beberapa minggu pertama sehinggalah penghujung trimester sebagai kenangan.
Perkembangan perut ibu hamil
Setiap bayi adalah unik. Begitu juga benjolan kehamilan. Benjolan mini yang hampir tidak menunjukkan tanda-tanda kehamilan pada trimester pertama akhirnya membesar menjadi saiz sebiji tembikai atau labu yang besar apabila kehamilan berlangsung.
Perubahan ini menunjukkan perkembangan kehamilan minggu demi minggu. Untuk panduan anda, berikut perkembangan perut ibu hamil dari minggu ke minggu. Kita mulakannya dengan minggu ke-4, iaitu kebiasaannya kehamilan mula disahkan.
kredit: poliklinik azzahra
-
Perut ibu mengandung 4 minggu
Kehidupan baru sahaja bermula. Sel-sel semakin berkembang.
Janin di dalam kandungan begitu kecil, saiznya seperti biji buah epal.
Si kecil kecil seperti biji epal.
Janin sekarang adalah sebesar buah blueberi
Janin telah membessar ke saiz raspberi.
Janin kini menyerupai kacang berbentuk ginjal.
-
Perut ibu mengandung 9 minggu
Janin seperti kacang jeli bergoyang-goyang, tetapi perut masih tidak menampakkan benjolan.
-
Perut ibu hamil 10 minggu
Setakat ini, tidak banyak perubahan fizikal yang dapat dilihat oleh orang lain. Walau bagaimanapun janin sedang membesar dan ia berukuran kira-kira satu setengah inci, dan mungkin saiz prun.
Perut anda masih tidak menunjukkan benjolan.
Sedikit benjolan pada perut juga akan kelihatan minggu ini, tetapi masih boleh disembunyikan dengan pakaian yang longgar.
-
Perut ketika mengandung 12 minggu
Persatuan Kehamilan Amerika mengatakan bahawa rahim pra-kehamilan anda adalah bersaiz oren, dan pada minggu ke-12 kehamilan, “rahim adalah saiz limau gedang dan mula membesar dan keluar dari pelvis anda, tetapi masih muat di dalamnya.”
Sekarang baby bump anda juga sudah mula nampak!
-
Bentuk perut hamil 13 minggu
Ibu-ibu sekarang mula berselera makan kerana alahan biasanya sudah hilang bila memasuki trimester kedua. Jadi jangan pelik kalau tiba-tiba anda makan untuk dua orang atau mungkin tiga!
-
Bentuk perut ibu hamil 14- 15minggu
Janin bersaiz sebesar buah pic.
Tidak boleh berhenti menyentuh perut saya! Bayi semakin membesar, dan benjolan semakin kelihatan apabila rahim semakin membesar.
-
Saiz perut hamil 17 minggu
Janin pada minggu ke-17 biasanya sebesar buah delima. Ibu mungkin dilanda rasa letih dan perlu kerap kencing apabila bayi membesar!
-
Perut ibu hamil 18 minggu
Sudah tiba masanya untuk membeli pakaian baru. Bayi saya memerlukan ruang untuk tumbesaran! Pada minggu ke-18, bayi adalah panjang seperti timun dan mengembang sehingga lebih kurang saiz ubi keledek.
-
Perut ibu mengandung 19 minggu
Perut anda kini akan menjadi sebesar mangga. Orang ramai mula perasan benjolan itu, jadi jangan terkejut apabila mereka mula menawarkan tempat duduk di dalam pengangkutan awam!
Hampir separuh jalan. Tak sabar untuk berjumpa anak kecil saya! Pada minggu ke-20, bayi berukuran kira-kira 22 sentimeter.
Janin dalam kandungan kini sebesar burger. Sekarang, dapatkan saya kentang goreng dengan mayonis tambahan!
Janin terus membesar pada minggu ke-22, begitu juga dengan perut, tetapi saiznya kekal hampir sama besar seperti pada minggu ke-20 atau 21.
Ibu boleh rasa perut meregang. Perut juga berukuran kira-kira 21 hingga 25 sentimeter dari bahagian atas rahim hingga ke tulang. Perut semakin lebih kelihatan kerana berat kehamilan juga meningkat.
Anda juga menyedari seluar atau kain sudah mula tidak muat pada bahagian perut dan pinggul. Hal ini kerana pada minggu ke-24, saiz janin lebih kurang sebiji buah tembikai!
Tanda regangan semakin meningkat. Apabila perut membesar, anda juga boleh mengalami sakit belakang akibat pertambahan saiz tersebut.
-
Perut ibu mengandung 26 minggu
Baju baru! Kini anda perlukan baju baru lagi kerana sudah menghampiri trimester ketiga. Saiz janin adalah lebih kurang 14 inci.
-
Perut ketika mengandung 27 minggu
Kulit cerah berseri, dan ibu sedang menunggu ketibaan anak kecilnya. Perut tidak akan kelihatan lebih besar daripada perut pada minggu ke-26.
-
Perut ketika hamil 28 minggu
Perut kelihatan seperti tembikai. Sebiji tembikai besar! Perut semakin membesar kerana janin kini sedang bersiap untuk memasuki dunia.
-
Perut ketika hamil 29 minggu
Janin dalam perut semakin aktif. Anda mungkin lebih kerap merasakan pergerakan dan pusingannya. Saiz janin ketika ini adalah kira-kira 16 inci panjang.
-
Perut ketika hamil 30 minggu
Sudah tiba masanya untuk mempercepatkan kerja menyediakan bilik ibu berpantang dengan berhati-hati. Perut berukuran 28 hingga 32 sentimeter memerlukan anda bergerak perlahan untuk mengelakkan kemalangan.
Imbasan menunjukkan bayi sebesar asparagus (lebih sedikit 16 inci).
Terasa seperti membawa tembikai! Perut ibu mengandung kini kelihatan sedikit lebih rendah, dan saiznya jauh lebih besar daripada beberapa minggu lalu (32 hingga 34 sentimeter).
-
Perut ibu hamil 33 minggu
Bayi kini sebesar kubis Napa. Perut mama juga lebih besar!
-
Perut ibu mengandung 34 minggu
Pada waktu ini perut ibu mengandung berukuran 32 hingga 36 sentimeter dan anda kelihatan sarat mengandung.
-
Perut ibu hamil 35 minggu
Janin dalam kandungan sudah besar seperti butternut squash!
-
Perut ibu hamil 36 minggu
Anda mungkin perlu sapukan perut dengan sedikit minyak badam. Ia meregang dan gatal! Janin kini berukuran lebih kurang 19 inci panjang.
-
Perut ketika hamil 37 minggu
Yay! Andda mungkin tidak boleh berhenti mengambil gambar kenangan dengan perut yang kini lebih besar. Janin juga sedang bersedia untuk memasuki dunia.
Bayi akan lahir pada bila-bila masa sekarang! Ia lebih kurang 35 sentimeter dan beratnya kira-kira 3 kilogram.
Ketika ini ibu-ibu rasa berdebar untuk masuk ke bilik bersalin tepat pada masanya! Berat bayi telah meningkat sedikit (kira-kira 3.6 kilogram) dan berukuran kira-kira 21 inci panjang.
-
Perut ibu hamil 40 minggu
Menunggu untuk memegang awak dalam pelukan saya! Bayi kini berukuran kira-kira 22 inci panjang.
Perjalanan sepanjang tempoh kehamilan setiap anak adalah tidak sama. Justeru ibu nikmatilah kenangan berbadan dua ini, dan pastikan sentiasa menjaga pemakanan yang berkhasiat agar janin memperoleh nutrisi lengkap untuk membesar.
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Kuat Berpeluh, Panas Ketika Hamil Buat Ibu Tidak Selesa, Ketahui Punca & Cara Mengatasinya
Baca juga: Adakah Setitik Air Mani Boleh Mengandung? Suami Jangan Salahkan Isteri Bila ‘Lekat’
Baca juga: Sudah Ikat Peranakan (BTL) Tapi Masih ‘Lekat’, Ibu Terkejut Dapat Tahu Mengandung 6 Bulan
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!