Kuat berpeluh atau hiperhidrosis merupakan suatu keadaan di mana seseorang itu mengeluarkan peluh dengan begitu banyak daripada mana-mana bahagian anggota badan.
Hiperhidrosis boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada individu termasuklah berasa kurang yakin apabila berada dekat dengan orang lain.
Kuat berpeluh dan panas pada wanita mengandung
Masalah kuat berpeluh ini juga kerap berlaku pada wanita mengandung. Orang mengandung akan lebih cepat berpeluh disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon dalam badan.
Namun, terdapat juga punca lain yang boleh menyebabkan wanita mengandung mengalami masalah hiperhidrosis.
Kuat berpeluh atau hiperhidrosis ketika sedang mengandung adalah normal dan merupakan salah satu gejala biasa kehamilan.
Pada umumnya, orang mengandung akan sering mengalami rasa panas dan kuat berpeluh bermula dari enam minggu pertama kehamilan dan mungkin menjadi lebih serius apabila usia kandungan menjangkau 32 minggu.
Bagaimanapun biasanya, gejala ini lebih kerap berlaku pada trimester kedua dan ketiga kehamilan.
Paras hormon yang berubah-ubah, terutamanya penurunan estrogen serta kadar metabolisme yang meningkat semasa kehamilan boleh menyebabkan anda lebih mudah terasa panas, walaupun ketika sedang tidur waktu malam.
Kajian menunjukkan wanita yang mengalami berat badan berlebihan atau obesiti ketika hamil akan lebih mudah mengalami masalah kuat berpeluh semasa kehamilan.
Punca wanita mengandung kuat berpeluh
Sesetengah orang mengandung mengalami masalah kuat berpeluh pada waktu siang dan ada juga mengalami peluh berlebihan pada waktu malam.
Malah ada segelintir wanita mengandung berdepan masalah kuat berpeluh atau hiperhidrosis di kedua-dua waktu siang dan malam.
#1. Perubahan hormon
Perubahan hormon biasanya menjadi sebab utama gejala ini sering berlaku pada wanita yang berbadan dua.
Peralihan hormon berlaku apabila sperma bertemu dengan telur ‘mengelirukan’ hipotalamus (kawasan otak yang membantu mengawal suhu badan) dan menyebabkan ia merasakan seperti haba meskipun suhunya nyaman di luar.
Keadaan ini seterusnya menyebabkan refleks berpeluh pada badan ibu mengandung yang mana ia direka untuk menyejukkan badan mereka apabila suhu sebenarnya semakin panas.
#2. BMI berlebihan
Selain itu, BMI yang berlebihan juga boleh menyebabkan orang mengandung berdepan masalah kuat berpeluh sepanjang tempoh mengandung.
Sebaiknya, pastikan penambahan berat badan ketika kehamilan adalah mengikut jumlah yang disyorkan oleh doktor pakar anda bagi mengurangkan gejala hiperhidrosis ini.
Punca badan panas pada waktu malam
Sesetengah orang mengandung berasa bahang dan tidak selesa badan ketika waktu malam. Ada beberapa kemungkinan punca badan panas pada waktu malam iaitu:
-
Kadar gula dalam darah yang rendah
Punca badan panas pada waktu malam ketika tempoh mengandung mungkin disebabkan kadar gula dalam darah yang rendah.
Ia dipanggil sebagai hypoglycemia semasa mengandung boleh menyebabkan anda berpleuh secara berlebihan.
-
Hormon progesteron yang tinggi
Punca badan panas pada waktu malam yang lain adalah kerana hormon progesteron.
Semasa tempoh mengandung, tahap hormon progesteron di dalam badan akan meningkat. Hal ini akan menyebabkan berlakunya peningkatan terhadap suhu badan yang membuatkan anda mudah berpeluh.
Selain itu segelintir orang mengandung cenderung untuk mengidam dan menyukai makanan pedas ketika hamil. Ia boleh menjadi punca badan panas pada waktu malam.
Makan pedas ketika hamil atau mengambil minuman berkafein boleh meletihkan tubuh sehingga menggalakkan proses peluh berlebihan.
Pengambilan seperti acetaminophen atau aspirin turut dikatakan punca badan panas pada waktu malam atau siang.
Hal ini kerana ia dapat mengurangkan tahap glukosa, demam, antipiretik atau anti hipertensi boleh mengakibatkan anda mengalami masalah peluh yang banyak.
Tubuh memerlukan lebih banyak tenaga untuk menyokong janin yang semakin membesar sehingga menyebabkan berlakunya peningkatan kadar metabolism.
Hal ini sekaligus akan mengaktifkan kelenjar peluh anda yang menyebabkan penghasilan peluh dengan lebih banyak.
Cara mengatasi peluh berlebihan ketika tempoh mengandung
Masalah kuat berpeluh atau peluh berlebihan tidak boleh dirawat dalam sekelip mata. Namun, terdapat beberapa cara yang boleh membuatkan ibu hamil berasa lebih selesa:
#1. Kekal hidrat
Kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan peluh berlebihan dan seterusnya membuatkan anda sering berasa pening dan ingin pengsan.
Anda dinasihatkan untuk banyak mengambil air kosong, iaitu di antara 8 hingga 12 gelas sehari untuk membantu badan mengawal suhunya.
Selain air mineral, anda juga boleh mengambil minuman berkhasiat lain seperti susu, jus buah-buahan semula jadi dan teh ais herba.
Namun dinasihatkan supaya mengurangkan minuman manis dan berkarbonat untuk mengelakkan kalori kosong yang boleh menyebabkan penambahan berat badan.
#2. Elak cuaca panas
Sama ada waktu siang atau malam, kipas tidak membantu apabila suhu 90°F dan berkeadaan lembap!
Elakkan berada ruang panas seperti sauna atau tab mandi panas yang sememangnya dilarang semasa mengandung.
#3. Elak bersenam dalam cuaca panas
Bersenamlah pada waktu awal pagi atau petang di gimnasium yang berhawa dingin mahupun berenang di kolam renang kerana aktiviti kolam renang juga boleh membantu melegakan bengkak pada kaki dan buku lali anda!
#4. Pakai pakaian yang longgar dan material kain yang sejuk
Cara mengatasi masalah peluh berlebihan atau kuat berpeluh yang seterusnya adalah memakai pakaian longgar.
Elak memakai pakaian yang ketat ketika sedang hamil lebih-lebih jika anda sedang sarat. Selain boleh mengurangkan masalah, berpeluh ia juga membantu anda untuk bergerak dengan lebih selesa dan selamat.
#5. Lapik tilam dengan selimut
Cara ini boleh membantu anda untuk mendapatkan suhu badan yang sepatutnya ketika tidur pada waktu malam.
#6. Tidur dengan tuala
Tuala akan membantu menyerap peluh berlebihan ketika anda sedang tidur.
#7. Elak minuman panas dan makanan pedas
Ia menyebabkan refleks peluh pada badan anda apabila anda mengambilnya sama ada dalam kuantiti yang sedikit atau banyak.
#8. Bawa kipas mini
Mengipas diri sendiri akan membantu menyejat lebihan peluh serta menyejukkan kulit anda.
#9. Gunakan bedak bebas talkum
Sedikit bedak boleh membantu menyerap kelembapan berlebihan dan mengelakkan ruam akibat haba semasa kehamilan.
Kuat berpeluh tanda penyakit hiperhidrosis
Peluh merupakan cecair yang dihasilkan oleh kelenjar peluh ekrin yang terdapat di seluruh kulit terutama dibahagian tapak tangan dan tapak kaki.
Fungsi peluh adalah sebagai mekanisma bagi menyejukkan. Kawasan yang berpeluh menjadikan kulit kelihatan basah dan terdedah kepada jangkitan.
Kuat berpeluh tanda penyakit hiperhidrosis adalah:
- berpeluh berlebihan yang berlaku sekurang-kurangnya enam bulan tanpa sebab yang jelas
- peluh yang berlaku di kedua-dua belah badan anda dengan jumlah yang sama
- Kuat berpeluh tanda penyakit terjadi sekurang-kurangnya sekali seminggu
- berpeluh yang mengganggu aktiviti harian anda
- Kuat berpeluh tanda penyakit: tapak tangan dan tapak kaki basah
- kesan peluh yang kelihatan pada pakaian
- Kuat berpeluh tanda penyakit: Sentiasa mengelakkan hubungan seksual
- cuba mengelakkan untuk bersosial
- Kuat berpeluh tanda penyakit: kemurungan
Badan berpeluh secara tiba tiba
Badan berpeluh secara tiba-tiba ketika cuaca tidak panas atau tanpa melakukan sebarang aktiviti melibatkan fizikal dipanggil sebagai ‘peluh sejuk’.
Istilah perubatan untuk peluh sejuk adalah diaforesis. Badan berpeluh secara tiba-tiba adalah tindak balas tubuh terhadap tekanan.
Punca badan berpeluh secara tiba-tiba:
- Jangkitan dan demam
- Badan berpeluh secara tiba-tiba kerana adanya kejutan
- Serangan jantung
- Sesak nafas
- Badan berpeluh secara tiba-tiba kerana rasa takut dan bimbang
Masalah tangan berpeluh
Masalah tangan berpeluh atau kaki berpeluh atau dikenali sebagai Hyperhidrosis adalah masalah dimana seseorang individu menghasilkan peluh yang lebih banyak berbanding dengan mereka yang normal sehingga boleh mengganggu aktiviti harian.
Kenapa tangan berpeluh atau kaki berpeluh? Masalah ini mungkin berpunca daripada faktor keturunan. Mereka yang mempunyai masalah tangan ini selalunya mengalami simptom ini bermula pada peringkat usia kanak-kanak atau remaja.
Punca tangan berpeluh atau seluruh badan berpeluh berkait dengan masalah saraf autonomi iaitu yang melibatkan saraf sympathetic.
Masalah tangan berpeluh dan kaki berpeluh juga berpunca daripada masalah-masalah lain seperti :
1. Tangan berpeluh kerana demam
2. Kanser
3. Punca tangan berpeluh: Lemah jantung
4. Masalah kerisauan (Anxiety problem)
5. Tangan berpeluh kerana masalah metabolik seperti hipertiroid, hipoglisemia, gout
6. Kenapa tangan berpeluh? Pengambilan ubat seperti propanolol, physostigmnine, pilocarpine dan lain-lain lagi
7. Punca tangan berpeluh kerana pengambilan alkohol
Mengatasi penyakit tangan berpeluh
Bagi ibu mengandung, penyakit tangan berpeluh boleh diatasi dengan penggunaan ubat sapuan yang mengandungi aluminium chloride hexahydrate.
Ubat ini perlu disapu pada kawasan yang mempunyai masalah penyakit tangan berpeluh ketika sebelum tidur.
Sapuan bagi mengatasi penyakit tangan berpeluh ini hendaklah dibilas setelah bangun daripada tidur untuk mengelakkan berlaku iritasi (kerengsaan).
Adakah ibu boleh menghalang peluh berlebihan ketika tempoh mengandung?
Masalah kuat berpeluh mungkin akan hilang secara perlahan-lahan apabila hormon anda sudah terkawal, iaitu kira-kira ketika ovulasi bermula semula beberapa bulan selepas bersalin. Selepas bersalin, suhu asal anda sepatutnya akan kembali normal.
Tetapi, ramai wanita mengatakan bahawa mereka tidak pernah mendapatkan suhu yang sama seperti sebelum hamil. Namun, anda tidaklah perlu begitu risau keran ia bukanlah suatu perkara yang serius, malah mungkin suatu berita baik untuk anda yang selalu terkena selesema ketika sebelum hamil!
Bila perlu berjumpa doktor
Sila segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami gejala kelenjar peluh di bawah ini:
- Kerap berpeluh pada waktu malam – sekiranya anda terbangun dalam keadaan berpeluh atau mendapati sarung bantal seperti kebasahan/ lembab pada waktu pagi.
- Alami peluh pada seluruh badan – jika kelenjar peluh menghasilkan peluh berlebihan seluruh badan dan bukannya hanya daripada kepala, muka, ketiak, pangkal paha, tangan, kaki atau mana-mana anggota badan anda.
- Berpeluh asimetris – jika anda hanya berpeluh daripada satu sisi badan anda, seperti sebelah ketiak sahaja.
- Alamai perubahan mendadak – jika anda mengeluarkan kelenjar peluh yang terlalu banyak secara tiba-tiba.
- Berpeluh melampau ketika sudah berusia – anda mengalami masalah peluh berlebihan sewaktu pertengahan umur atau lebih tua.
- Mula berpeluh dengan banyak selepas tukar ubat: Jika anda terpaksa tukar ubat dan perasan sering kuat berpeluh
- Mengalami peluh berlebihan disertai dengan gejala lain, seperti keletihan, insomnia, kerap dahaga, atau batuk.
Semoga bermanfaat!
- What to Expect (oCT 5, 2020). Sweating During Pregnancy. www.whattoexpect.com/pregnancy/sweating
- Baby Center (Nov 29, 2021). Is it normal to have hot flashes during pregnancy?. www.babycenter.com/pregnancy/your-body/is-it-normal-to-have-hot-flashes-during-pregnancy_3659303
- Healthline (Dec 20, 2019). Pregnancy and All Things Heat-Related (You, the Weather, Your Bath Water, and More). www.healthline.com/health/pregnancy/hot-pregnant#see-a-doctor
- Doctoroncall (Jun 9, 2020). Kenapa saya sangat kuat berpeluh (Hyperhidrosis) dan bagaimana cara mengatasinya?. www.doctoroncall.com.my/soalan/kuat-berpeluh
- Poliklinik Azzaara (December 10, 2020). BADAN KERAP BERPELUH KETIKA MENGANDUNG, ADAKAH IA SELAMAT?. article.poliklinikazzaara.com.my/badan-kerap-berpeluh-ketika-mengandung-adakah-ia-selamat/
- Dr Zubaidi (Mei 31, 2020). MASALAH TANGAN BERPELUH. www.facebook.com/DrZubaidiHjAhmad/photos/a.246133765406706/3102951503058237/?type=3
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Cara Cara Mengatasi Masalah Badan Berbau Ketika Hamil : Pastikan Anda Cukup Minum Air
Baca juga: Ibu Berpantang Berpeluh-Peluh Terutama Di Waktu Malam, Menurut Doktor Ini Yang Anda Perlu Tahu!
Baca juga: Kejang Perut Melampau Awal Kehamilan, Salah Satu Tanda Hamil Ectopic Atau Luar Rahim!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!