X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

BAHAYA Bayi Melintang Dalam Rahim: Boleh Patah Anggota Badan Jika Tak Terus Czer!

4 min bacaan
BAHAYA Bayi Melintang Dalam Rahim: Boleh Patah Anggota Badan Jika Tak Terus Czer!

Posisi bayi melintang adalah berlainan sama sekali dengan bayi songsang, terutama risikonya. Apakah risiko bayi melintang semasa proses bersalin?

Kebanyakkan ibu hamil pastinya ingin bersalin secara normal, namun ada sesetengah keadaan membuatkan impian si ibu untuk bersalin normal tidak dapat dipenuhi.

Posisi bayi melintang atau dikenali sebagai tranverse lie merupakan salah satu faktor yang menyebabkan ibu perlu dibedah untuk melahirkan kerana keadaan ini boleh membahayakan bayi semasa proses melahirkan.

Dr Anna Liza Roslani, seorang pakar O&G berkongsi pengalaman beliau menguruskan seorang wanita hamil dengan posisi bayi melintang, dan beberapa komplikasi yang mungkin berlaku.

Semoga perkongsian ini menjadi pengajaran buat bakal ibu yang mengalami keadaan yang sama.

Posisi Bayi Melintang, Wanita Enggan Menjalani Pembedahan Caesarian

posisi bayi melintang, posisi bayi melintang usia 8 bulan, ciri gerakan janin melintang, kedudukan bayi melintang, bayi kedudukan bayi melintang, membetulkan kedudukan bayi dalam rahim, posisi bayi dalam rahim, posisi bayi, bayi melintang bersalin normal, kedudukan bayi songsang, sebab bayi melintang dalam kandungan, doa bayi melintang,  bayi melintang 36 minggu, bayi melintang 38 minggu

“Seorang wanita hamil 38 minggu pergi ke hospital swasta. Dia telah dimaklumkan oleh hospital kerajaan yang dia perlu melalui kelahiran secara pembedahan, kerana bayi dalam kandungannya berkedudukan melintang.

Wanita tersebut tidak bersetuju, dan `lari’ ke hospital swasta dengan harapan doktor swasta akan membenarkan dia bersalin secara normal. Malangnya untuk wanita tersebut, doktor di hospital swasta juga menyarankan bersalin secara pembedahan. Hanya itu cara untuk mempastikan keselamatan ibu dan bayi, ujar doktor tersebut. Wanita itu masih enggan menerima hakikat pembedahan. Dia pulang ke rumah. Dua minggu kemudian, dia muncul di labour room hospital swasta, mengadu mengalami kontraksi dan air ketubannya telah pecah. Doktor memeriksa dirinya dan mendapati kedudukan bayi masih melintang, pintu rahimnya telah buka sebesar 6cm, dan tangan bayi telah terjulur keluar menerusi pintu rahim. Emergency!!!! Hand prolapse!!!!! Nasib baik tali pusat tidak terjulur keluar!”

posisi bayi melintang, posisi bayi melintang usia 8 bulan, ciri gerakan janin melintang, kedudukan bayi melintang, bayi kedudukan bayi melintang, membetulkan kedudukan bayi dalam rahim, posisi bayi dalam rahim, posisi bayi, bayi melintang bersalin normal, kedudukan bayi songsang, sebab bayi melintang dalam kandungan, doa bayi melintang,  bayi melintang 36 minggu, bayi melintang 38 minggu

“Wanita itu dibawa segera ke dewan bedah untuk pembedahan caesarean. Doktor memberi suntikan bius `spinal’ dan pembedahan dimulakan. Potongan di kulit dilakukan di bahagian bawah abdomen.

Potongan di rahim juga dibuat di bahagian bawah rahim (low transverse incision). Potongan-potongan begini adalah kebiasaan untuk pembedahan caesarean.:

Doktor Terpaksa Buat Potongan Tambahan Untuk Mengeluarkan Bayi!

“Akan tetapi, disebabkan wanita itu sudah mengalami kontraksi kuat (yang menghimpit dan `mencengkam’ bayi), air ketuban sudah pun pecah, dan kedudukan bayi yang melintang, doktor mengalami kesukaran untuk mengeluarkan bayi daripada potongan transverse di rahim.

Kaki bayi sudah ada dalam genggaman doktor. Tetapi walaupun di tarik, kaki sebelah lagi dan badan bayi tidak turun dek cengkaman kontraksi rahim. Kalau ditarik lebih kuat, nanti kaki patah pula. Doktor O&G meminta bantuan daripada doktor bius, `Boleh tak awak beri patient ubat untuk kurangkan kontraksi, supaya lebih mudah untuk saya keluarkan bayi?’ Doktor bius menjawab, `Tak boleh doktor. Kalau nak, saya terpaksa bagi patient bius penuh terdahulu. Tetapi patient ni baru sahaja makan 2 keping roti canai (🤦🏼‍♀️) sebelum datang hospital. Nanti dia mati tersedak kalau saya bagi dia bius penuh.’ Doktor O&G tiada pilihan lain. Dia melakukan potongan tambahan pada rahim wanita itu, untuk membesarkan ruang supaya bayi boleh ditarik keluar. Potongan tambahan ini diistilahkan `T-incision’ kerana rupanya seakan huruf T. Alhamdulillah bayi berjaya ditarik keluar, tanpa patah tulang kaki mahupun tangan. Potongan `T’ itu dijahit sebaik mungkin, dan alhamdulillah sekali lagi, tiada pertumpahan darah berlaku.

Apakah Itu Posisi Bayi Melintang (Tranverse Lie)?

posisi bayi melintang, posisi bayi melintang usia 8 bulan, ciri gerakan janin melintang, kedudukan bayi melintang, bayi kedudukan bayi melintang, membetulkan kedudukan bayi dalam rahim, posisi bayi dalam rahim, posisi bayi, bayi melintang bersalin normal, kedudukan bayi songsang, sebab bayi melintang dalam kandungan, doa bayi melintang,  bayi melintang 36 minggu, bayi melintang 38 minggu

`Transverse lie’ atau `bayi melintang’ kerap berlaku sebelum usia kandungan 37 minggu. Selepas 37 minggu kehamilan, kebanyakkan bayi melintang telah pun berpusing dan kepalanya menghala ke bawah.

Hanya 0.3% daripada kehamilan akan terus melintang selepas 37 minggu. Bayi melintang mesti dilahirkan melalui pembedahan kerana secara fizikalnya, badan berukuran 30cm tidak akan dapat melalui pembukaan pintu rahim sebesar 10cm.

Bayi melintang tidak sama dengan bayi songsang. Bayi songsang masih boleh bersalin secara normal kerana diameter punggung kurang daripada 10cm.

Selain dari itu, jika air ketuban pecah, risiko untuk `cord prolapse’ atau tali pusat terjulur keluar adalah sangat tinggi. Cord prolapse boleh menyebabkan kematian bayi dalam sekelip mata.

Wanita tersebut sangat bernasib baik kerana tidak mengalami komplikasi berikut:

1. Cord prolapse.
2. Bayi patah tangan atau kaki.
3. Bayi lemas atau mati.
4. Tumpah darah.
5. Pembedahan buang Rahim (Post partum hysterectomy)
6. Koyak pada pundi kencing (Bladder injury)
7. Aspiration pneumonia

Komplikasi yang beliau alami ialah `T-incision’ di mana beliau harus melalui kelahiran pembedahan untuk setiap kandungan yang akan datang. Jika beliau cuba bersalin biasa, risiko rahim pecah melebihi 5%.

Janganlah kerana anda takut atau tidak suka melalui pembedahan, anda sanggup menjejaskan nyawa anda sendiri dan nyawa bayi. Dengarlah nasihat doktor pakar.

PS. Sesedap mana roti canai, janganlah makan berat-berat sewaktu hendak bersalin.😅

Dr Anna Liza Roslani
Pakar O&G

Suarakan pendapat anda!

Keadaan bayi masih melintang, ada sesiapa boleh berkongsi pengalaman?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Facebook Anna Liza Roslani

Baca juga: 

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

https://my.theasianparent.comkedudukan-bayi-songsang

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Beto Rahman

Disunting oleh:

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Trimester 3
  • /
  • BAHAYA Bayi Melintang Dalam Rahim: Boleh Patah Anggota Badan Jika Tak Terus Czer!
Kongsikan:
  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham