X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Antara Kenangan Raya Dulu-dulu Ini, Mana Satu Yang Anda Rindu? Ini Betul Menggamit Memori!

4 min bacaan
Antara Kenangan Raya Dulu-dulu Ini, Mana Satu Yang Anda Rindu? Ini Betul Menggamit Memori!

Kalau difikirkan, banyak sebenarnya kenangan raya dulu-dulu yang sekarang ini sudah hilang ditelan zaman. Yang mana satu anda rindukan?

Boleh kata yang raya dulu dengan sekarang sudah tidak sama lagi. Kemeriahannya juga berkurang tidak seperti dahulu kala. Yang paling tak boleh lupa adalah kenangan raya yang sangat menggamit memori.

Kalau diingat semula, sambutan Aidilfitri pada zaman dahulu cukup meriah dan boleh kata setiap kali Syawal nak tiba, keterujaan itu membuak-buak terasa. Di dalam sedihnya untuk Ramadan meninggalkan kita, tetapi ada juga rasa tak sabar untuk menanti Syawal.

Namun tidak sama seperti sekarang ini, yang mana pemergian Ramadan itu lebih menyedihkan dan sambutan Syawal itu pun hanya biasa-biasa sahaja. 

Antara kenangan raya dulu-dulu yang paling tidak boleh diingatkan kami adalah seperti berikut:

1. Kad raya

kenangan raya dulu

Siapa dulu rajin bagi kad raya? Adanya kawan sekelas atau sepejabat pun kita berikan kad raya. Ia satu kenangan yang mana tatkala hampir tibanya Syawal, kad raya pasti akan menjadi permintaan ramai di kedai-kedai buku. Ia ibarat pengganti diri untuk memohon ampun dan maaf sekiranya ada melakukan kesilapan kepada penerimanya serta diakhiri dengan ucapan “Selamat Hari Raya.”

Kadang-kala, kad raya ini juga menjadi satu jemputan rasmi dari pengirim kepada penerima untuk menghadiri rumah terbuka yang bakal diadakan dalam meraikan Syawal yang tiba. Yang menariknya lagi, ada di antara kad raya yang bukan hanya sekeping kad semata, tetapi ada juga yang dibuat dengan irama muzik tatkala penerima membukanya. Sangat menggamit memori!

Sedihnya kini kad raya sudah semakin dilupakan selepas adanya media sosial dan teknologi digital terkini yang menghubungkan seseorang itu tidak kira di mana jua.

2. Takbir malam raya

kenangan raya

Satu lagi kenangan raya zaman dulu yang tidak boleh dilupakan; takbir malam raya di keliling kampung. Ia satu aktiviti di mana sekumpulan orang kampung akan bergerak dari rumah ke rumah untuk bertakbir pada malam raya. Biasanya aktiviti ini dilakukan di kampung dan tuan rumah akan menyajikan juadah untuk yang hadir.

Malangnya, aktiviti ini kian hilang ditelan zaman, lebih-lebih lagi selepas berlakunya pandemik yang mengubah seluruh dunia.

3. Buat kuih malam raya

kenangan raya

Bila ingat semula, malam raya untuk kaum wanita zaman dulu akan diisi dengan masa di dapur untuk memasak juadah hari raya pada keesokan harinya. Pada masa ini juga biasanya ramai kaum wanita yang akan sibuk membuat kuih raya atau kek lapis. 

Tatkala inilah suasana kemeriahan raya itu sangat terasa, ditambah pula apabila kedengaran takbir raya yang berkumandang di kaca TV dan radio. Berbeza dengan sekarang ini, majoriti kini ramai ketiadaan masa untuk melakukan tradisi ini semua dan sebaliknya memilih untuk membuat tempahan kuih raya secara atas talian atau membeli sahaja di bazar raya.

4. Main meriam buluh

kenangan raya

Dulu-dulu masa beraya di kampung, tak sah kalau tidak kedengaran bunyi meriam buluh. Meskipun ia satu aktiviti yang merbahaya dan dilarang serta kesalahan di bawah Undang-undang Senjata 1960, tetapi ia tetap menjadi pilihan orang muda di kampung, lebih-lebih lagi apabila berlawan letupan meriam buluh siapa yang paling kuat di antara kampung-kampung sebelah. Kunci kepada keselamatan bermain meriam buluh adalah dari segi pemilihan buluh terbaik sebelum ia dipotong pendek.

Bagi mereka yang sudah pandai dalam mengendali meriam buluh ini juga kena peka dan berhati-hati agar tidak ada kecederaan yang berlaku. Namun aktiviti ini kian lenyap sekarang ini, rata-rata ramai memilih untuk membakar mercun yang dibeli di pasaran atau bazar.

5. Tidur longgok

Antara Kenangan Raya Dulu-dulu Ini, Mana Satu Yang Anda Rindu? Ini Betul Menggamit Memori!

Satu lagi tradisi yang tak boleh dilupakan tatkala raya dulu-dulu di kampung adalah tidur longgok. Ia kebiasaannya yang tidur berlonggok ini dianggotai oleh kanak-kanak, remaja lelaki dan kaum lelaki. Tidak dinafikan yang ia membuatkan suasana raya itu lebih meriah dengan jalinan silaturrahim antara keluarga itu lebih erat.

Tidak lagi seperti sekarang ini. Rata-rata lebih memilih untuk tidur di bilik demi menjaga privasi keluarga masing-masing lebih-lebih lagi kaum wanita yang perlu menjaga aurat. Adanya sekarang ini sehinggakan perlu menempah hotel untuk keselesaan masing-masing. Apa pun itu adalah pilihan masing-masing, yang penting hari raya ini menjadi masa untuk kita bermaafan antara satu sama lain.

Jadi, kenangan raya dulu-dulu yang mana paling anda rindukan? Selamat hari raya!

Gempak.com Ohbulan

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Elak Datang Beraya Secara Mengejut, Ini 15 Perkara Anda Kena ELAK Bila Jadi Tetamu

Baca juga: Ibu Ayah Jangan Ajar Anak Minta Duit Raya Ya! Hukumnya Berdosa Dan Dilarang Di Sisi Agama

Baca juga: Tips beraya dengan anak-anak!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Farhana Fuad

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Antara Kenangan Raya Dulu-dulu Ini, Mana Satu Yang Anda Rindu? Ini Betul Menggamit Memori!
Kongsikan:
  • Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

    Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

    Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham