Resepi Roti Puri Yang Sedap Dan Mudah Guna Tepung Gandum Tanpa Yis

Resepi roti puri ini menggunakan tepung gandum dan tidak menggunakan yis. Jom cuba boleh buat minum petang seisi keluarga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Resepi roti puri biasanya menggunakan yis. Namun resepi roti puri yang kami kongsikan ini menggunakan tepung gandum dan tidak menggunakan yis. Jom cuba boleh buat minum petang seisi keluarga.

Resepi Roti Puri

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum 3 cawan
  • Gula 1 sudu besar
  • Garam 1 sudu kecik
  • Marjerin 1 sudu kecik
  • Air suam 1 cawan
  • Minyak masak

Cara penyediaan:

  1. Masukkan tepung, garam, marjerin dan gula. Gaul rata.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli. Asalkan jangan lembik.
  3. Uli sampai doh tak lekat di tangan
  4. Biar kejap dalam 10-15 minit untuk bagi doh rehat.
  5. Kemudian tarik doh buat bulat bulat kecik.
  6. Canai leper dan masuk dalam minyak yang betul-betul panas. Api sederhana.
  7. Tengah goreng tu siramlah minyak panas atas puri biar gemuks mengembung. Angkat dan hidangkan.

Boleh dimakan dengan cara cicah kari, sambal tumis ikan bilis, sardin atau sang kaya. Confirm sedap!

Tips Roti Puri Kembung

  1. Minyak mesti betul-betul panas. Bukan panas macam baru bukak api.
  2. Waktu goreng, guna api sederhana.
  3. Sambil goreng, curah minyak panas banyak kali ke atas roti Puri sampai dia kembung sendiri.
  4. Tidak perlu canai terlalu nipis. 

Resepi Sambal Sardin

Bahan-bahan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 1 tin sardin (kira-kira 425 gram), toskan dan simpan minyaknya
  • 2 sudu besar minyak masak (gunakan minyak dari sardin jika mahu)
  • 2 biji bawang besar, hiris halus
  • 4 ulas bawang putih, cincang halus
  • 2 batang cili merah besar, hiris halus
  • 2 sudu besar cili kering kisar (atau mengikut tahap kepedasan yang dikehendaki)
  • 1 sudu kecil halia cincang
  • 1 sudu kecil kunyit serbuk
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar asam jawa (boleh digantikan dengan jus limau nipis)
  • Garam secukup rasa
  • 1 cawan air (boleh tambah jika perlu)

Cara penyediaan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Dalam kuali, panaskan minyak pada api sederhana.
  2. Masukkan hirisan bawang besar, bawang putih, dan halia ke dalam kuali. Tumis sehingga bawang menjadi lembut dan sedikit keperangan.
  3. Tambahkan cili merah hiris, cili kering kisar, dan kunyit serbuk. Tumis semua bahan ini sehingga cili masak dan aroma sambal mula naik.
  4. Masukkan sardin ke dalam kuali bersama dengan minyak yang disimpan. Kacau perlahan-lahan supaya sardin tidak hancur terlalu banyak.
  5. Tambahkan gula, asam jawa, dan garam. Kacau rata dan biarkan sambal mendidih sehingga kuahnya sedikit pekat. Jika sambal terlalu pekat, boleh tambah sedikit air.
  6. Biarkan sambal masak dengan api perlahan selama 5-10 minit, kacau sekali-sekala, sehingga semua bahan sebati dan sardin benar-benar meresap dengan sambal.

Selamat mencuba!

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bila Bayi Boleh Mula Makan Roti? Perkenalkan Roti Untuk Bayi Dengan 5 Resipi Lazat Ini!

Baca juga: Variasi 5 resepi roti yang mudah dibuat, anak pasti suka nak makan

Baca juga: Boleh Ke Letak Kicap Dalam Makanan Bayi? Ibu Ayah Wajib Tahu

Penulis

Lala Annuar