Resepi Soto Ayam Istimewa, Ini Rahsia Kuah Sedap, Pekat & Likat

Tak tahu nak masak apa untuk jamuan rumah terbuka hari raya? Kami kongsikan resepi soto ayam istimewa. Tengok pun dah kecur air liur!

Buat anda yang bakal mengadakan rumah terbuka, apa kata cuba resepi soto ayam istimewa ini perkongsian dari Fara Lome menerusi grup Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN). Lengkap dengan begedil serta sambal kicap yang pasti membuatkan tetamu terliur dan menambah tanpa sedar.

Resepi Soto Ayam Istimewa

Resipi ni untuk 6 org makan. Boleh sesuaikan mengikut berapa bilangan orang.

Bahan-bahan:

  • lengkuas 1 inci*dikisar
  • halia 1 inci* dikisar
  • bawang merah besar 4 biji * dikisar
  • bawang putih 1 ulas* dikisar
  • buah keras 1 biji* dikisar
  • Ayam potong besar
  • Serai 2 batang (ketuk)
  • minyak untuk menumis
  • ½ Serbuk sup adabi
  • ½ Serbuk kurma adabi
  • 1 kiub ayam
  • Akar daun sup
  • air 2 liter/ sejug

Kalau tak mahu guna serbuk sup atau kurma boleh gantikan dengan rempah soto. Tak kisah apa-apa jenama asalkan kuah boleh jadi pekat.

Cara memasak:

  1. Tumis bahan kisar, serai dan akar daun sup sehingga naik bau atau betul-betul masak dan sedikit garing.
  2. Masukkan serbuk sup dan kurma atau rempah soto.
  3. Masukkan ayam. Agak-agak air ayam dah hampir kering baru masukkan air.
  4. Masukkan kiub ayam, perasakan gula garam.
  5. Renehkan sehingga ayam masak elok.
  6. Angkat ayam dan toskan.
  7. Siap!

Resipi Begedil Kentang

Bahan-bahan:

  • 5/6 biji Ubi kentang. Potong kecil
  • Telur 1 biji
  • Lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • Hirisan daun sup
  • Bawang goreng

Cara-cara:

  1. Lenyekkan kentang yang telah direbus.
  2. Masukkan hirisan daun sup dan bawang goreng.
  3. Bulat-bulatkan kemudian leperkan sedikit.
  4. Pecahkan telur, masukkan garam dan lada sulah. Godek laju supaya bila goreng nanti jadi macam bersarang.
  5. Cara goreng begedil supaya tak hancur, panaskan minyak sehingga tenggelam separuh begedil.
  6. Panaskan dgn api yang kecil sehingga betul-betul panas.
  7. Celup begedil dalam bancuhan telur kemudian digoreng.
  8. Jangan rajin nak terbalikkan selagi yang sebelah kena minyak tu belum garing/kekuningan.
  9. Jika sudah garing baru terbalikkan supaya begedil tidak pecah.

Resepi Sambal Kicap

resepi soto ayam dan sambal kicap

 Bahan-bahan:

  • Seulas bawang putih
  • Segenggam cili padi ikut citarasa
  • Gula
  • Sos cili
  • Kicap

Cara Penyediaan:

  1. Tumbuk bawang putih.
  2. Goreng bawang putih tadi dengan segenggam cili padi.
  3. Angkat dan jangan buang minyak.
  4. Kemudian, tumbuk semua bahan tadi.
  5. Perasakan dengan gula, sos cili dan kicap.
  6. Masukkan satu sudu minyak bawang putih yang goreng tado.
  7. Gaul rata.

Tak perlu letak garam sebab sos dan kicap sudah sedia masin. 

Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jemu Dengan Lemang, Ketupat Dan Rendang, Resepi Mee Bandung Yang Mudah & Sedap Ini Sesuai Untuk 'Open House'!

Baca juga: Perlu Idea Untuk Menu Menjamu Tetamu Raya Ini? Boleh Cuba Resepi Laksa Yang Pelbagai Variasi Ini

Baca juga: Resepi Bihun Goreng Singapore, Tak Pedas Sesuai Bawa Ke Jamuan Sekolah Anak!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!