Resipi Apam Kampung Ikut Cara Che Nom, Mudah Disediakan Dan Confirm Sedap!

Resipi apam kampung dikongsikan ini pasti akan membuka selera anda seisi keluarga. Disaluti kelapa parut ia akan menambah rasa lemaknya.

Apam kampung antara menu klasik yang sering dihidangkan bersama kopi O. Kalau dihidangkan apam kampung ini pasti terkenang memori lama di kampung halaman. Kali ini kami kongsikan resipi apam kampung yang dikongsi Che Nom untuk anda cuba. 

Resipi Apam Kampung

Resipi apam kampung ini sangat mudah disediakan dan bahannya mudah dicari. Jadi tidak susahlah untuk anda sediakan kelengkapannya. 

resipi apam kampung

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula putih
  • 2 cawan air
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 helai daun pandan
  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil yis kering
  • 2 cawan kelapa parut
  • 2 sudu kecil garam

Cara Penyediaan: 

  1. Masukkan gula merah, gula putih, air, garam dan daun pandan dalam periuk dan masak atas api perlahan sehingga gula larut dan mendidih.
  2. Tapis dan sejukkan air gula.
  3. Masukkan tepung gandum dan yis kering dalam mangkuk kemudian kacau sebati.
  4. Tuang masuk air gula sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
  5. Perap adunan anggaran ½ -1 jam sehingga kembang.
  6. Sapu sikit loyang dengan minyak masak.
  7. Pindah masuk adunan yang perap tadi kedalam loyang (jangan kacau adunan).
  8. Tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 40 minit.
  9. Keluarkan dari loyang dan biarkan sejuk sikit.

Cara Penyediaan Kelapa Parut

  1. Parut isi kepala pastikan putih sahaja. Masukkan kelapa parut, daun pandan dan garam dalam bekas.
  2. Kacau sebati dan kukus anggaran 10 minit.
  3. Sejukkan kelapa parut.
  4. Potong apam dan hiaskan dengan kelapa parut.

Tips:

Jika anda beli yis dalam kuantiti yang banyak, boleh pecahkan dan masukkan dalam pek kecil seperti plastik ziplock dan simpan dalam dalam freezer. Yis akan tahan lama dan tidak mudah rosak. Jika menggunakan pengukus klasik, balut penutup dengan kain untuk elak air wap jatuh atas apam dan kalau guna pengukus elektrik tak perlu balut tapi hati-hati bila bukak penutup dan sengetkan untuk air turun ketepi. Untuk lebih berjaga- jaga boleh tutup dengan aluminium foil.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jangan Buang Lebihan Nasi, Boleh Buat Kuih! Resepi Apam Nasi Mudah Ini Boleh Dicuba

Baca juga: Resepi Serawa Durian Pekat & Berkrim, Sedapnya Makan Bersama Keluarga

Baca juga: Bolehkah Makan Durian Ketika Hamil? Ini Yang Para Ibu Perlu Tahu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!