Resipi Biskut Laktasi Chip Coklat

Resipi Biskut Laktasi Penambah susu!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seringkali ibu menyusu yang bakal kembali bekerja akan berusaha untuk menambah susu badan dengan memakan makanan seperti kurma, durian, sup betik atau ikan. Sesetengah ibu menyusu mensyorkan minuman Teh Susu Chatime sangat berkesan, lain pula lebih suka Frappucino Starbucks, makan oat semalam dan minuman teh halba.

Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan susu badan berkurang:

  • kesibukan bekerja,
  • tekanan emosi,
  • badan yang letih disebabkan kekurangan tidur dan rehat
  • penggunaan pil perancang
  • tidak mengepam susu badan mengikut masa

Biskut laktasi chip coklat yang lazat ini penuh dengan bahan-bahan berkhasiat seperti kurma, biji flaxseed organik yang mempunyai kandungan omega-3 yang tinggi, serbuk halba, minyak kelapa (VCO) dan "brewer's yeast". Biskut ini adalah pilihan yang baik untuk ibu-ibu yang tiada masa untuk menyediakan makanan untuk menambah susu badan mereka.

Bahan-bahan yang diperlukan

2 sudu besar biji Flaxseed/tepung Flaxseed

4 sudu besar air

1/2 cawan mentega

1/3  cawan minyak kelapa (VCO)

1 1/2  cawan gula perang

2 biji telur

2 cawan tepung gandum

3 sudu besar "brewers yeast"

1 sudu kecil serbuk penaik

1/2 sudu kecil garam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1 sudu besar biji halba yang telah dikisar

3 cawan rolled oats

1/2 cawan kurma di potong kecil-kecil.

3/4 cawan chip coklat

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Langkah-langkah

  1. Panaskan ketuhar anda kepada 175 darjah Celcious.
  2. Campurkan biji flaxseed dengan 4 sudu besar air dalam mangkuk kecil dan ketepikan. Air dalam mangkuk itu akan bertukar menjadi lendir selepas 3-5 minit.
  3. Kacau mentega, gula dan minyak kelapa sehingga menjadi ringan dan gebu.
  4. Tambahkan telur satu demi satu dan campur hingga sekata.
  5. Tuangkan campuran air dengan biji flaxseed tadi.
  6. Dalam mangkuk yang berasingan, tapiskan tepung, garam, brewer's yeast dan serbuk penaik. Masukan serbuk halba dan gaul hingga rata.
  7. Campurkan bahan-bahan kering dengan bahan-bahan basah sedikit demi sedikit dan gaulkan dalam mesin pengacau pada kelajuan yang lebih rendah.
  8. Tambahkan oat, cip coklat / kekacang / kurma / buah-buahan kering pilihan dan gaulkan. 
  9. Sendukkan adunan biskut dengan menggunakan sudu ais krim agar semua bersaiz sama.
  10. Biskut ini tidak mengembang dengan banyak. Berikan jarak kira-kira satu sentimenter diantara setiap longokkan adunan biskut
  11. Bakar selama 15-20 minit atau sehingga perang keemasan.
  12. Ketepikan biskut laktasi yang siap dibakar hingga sejuk dan simpankan ke dalam bekas yang ketat udara.

 

Selamat Mencuba!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Resipi diilhamkan dari : dessertnowdinnerlater

Penulis

Rosanna Chio