Kaki ayam antara makanan digemari kerana ia kaya dengan kolagen yang baik untuk kulit dan merangsang pertumbuhan kulit yang sihat. Berikut adalah resipi kerabu kaki ayam ala Thai yang anda boleh cuba di rumah.
Isi Kandungan
Resipi Kerabu Kaki Ayam Ala Thai
Bahan-Bahan:
- 500 gram kaki ayam – potong hujung jari cuci bersih
- 1 peket kecil suhun – rendam dan celur
Bahan Dihiris :
- 3 biji tomato
- 2 labu bawang besar
- 2 batang serai – hiris betul-betul nipis
- 6-7 biji cili padi
- 1/2 biji lobak merah
- 2/3 batang daun ketumbar
Bahan Perasa :
- 1 sudu besar Maggi cukup rasa
- 1 sudu besar sos ikan
2 sudu besar gula merah - 1 sudu besar jus limau nipis
- 1 sudu teh serbuk lada putih Ajishio
Cara Penyediaan
- Potong semua hujung jari dan buangkan kulit di bawah tapak kaki, rendam dan cuci dengan tepung gandum dan limau. Bilas bersih dan toskan.
- Didihkan air, masukkan serai, halia dan bawang putih. Apabila sudah mendidih masukkan kaki ayam masak selama 10 minit.
- Selepas 10 minit angkat semua kaki ayam rendam dalam air yang berisi ketulan ais. Rendam selama 30 minit kemudian toskan dan simpan dalam peti sejuk lebih kurang 1 jam untuk keraskan sedikit tekstur kulit kaki ayam tu. Jadi bila proses buang tulang tidaklah hancur. Jika mahu jimat masa, tidak perlu letak dalam peti ais. Boleh teruskan proses buang tulang kaki ayam.
- Selepas itu bolehlah dibuang tulang dari kaki ayam satu persatu.
- Dalam bekas lain masukkan semua bahan yang dihiris nipis.
- Masukkan suhun dan daun ketumbar gaul semua hingga sekata. Seimbangkan rasa masam masin dan manis yang sesuai dengan selera sendiri.
- Masukkan kaki ayam yang sudah dipotong kecil-kecil. Sedia untuk dihidang.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Sos Vietnam Roll Yang Mudah & Lazat, Buat Sapuan Roti Sandwich Pun Sedap!
Baca juga: Resepi Jamu Asam Kunyit Untuk Kecergasan Tubuh & Hilangkan Sakit Badan Wanita
Baca juga: Resepi Nasi Minyak Terengganu Asli, Lengkap Dengan Lauk Kurma Daging Memang Sedap