Resipi Paprik Campur Seafood Ala Thai Yang Mudah Dan Gerenti Sedap

Resipi paprik campur seafood ala thai ini sesuai dihidangkan panas-panas bersama nasi putih. Sesuai untuk dijadikan hidangan seisi keluarga.

Resipi paprik campur seafood ala thai adalah salah satu hidangan popular dalam masakan Thai yang telah diolah mengikut citarasa tempatan di Malaysia. Hidangan ini biasanya terdiri daripada campuran daging dan sayur-sayuran yang dimasak dalam sos pedas dan manis.

Resipi Paprik Campur Seafood Ala Thai Yang Mudah & Sedap

Bahan-bahan:

  • 4-5 ekor sotong, potong bulat
  • 8 ekor udang, bersihkan dan buang kulit
  • 3 ulas bawang putih, ketuk dan cincang kasar
  • 2 inci halia, potong mancis
  • 1 batang serai, ketuk
  • 3 sudu besar cili kisar, carikkan
  • 4 helai daun limau purut
  • 6 biji cili padi, tumbuk bagi pecah
  • Kacang Panjang
  • Jagung kecil
  • Bunga kubis
  • Lobak
  • sedikit minyak, untuk menumis

Bahan untuk sos:

  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1-2 sudu besar kicap pekat manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih anjang halia. Kemudian masukkan serai dan cili kisar.
  2. Apabila pecah minyak dan naik bau, masukkan udang dan sotong.
  3. Masukkan daun limau purut, cili padi dan sayuran seperti kacang anjang, kubis bunga, jagung kecil dan lobak.
  4. Masukkan bahan sos dan kacau sehingga masak. Tambah air jika kuah agak kering.

Tips Masak Paprik Campur:

  1. Jangan lupa guna sos ikan dalam masakan kerana itulah bahan utama yang digunakan oleh tukang masak Thai.
  2. Guna makanan laut yang segar supaya dapat menghasilkan rasa yang lazat dan berbau semerbak.
  3. Anda boleh sesuaikan bahan untuk sos dengan mengagak berdasarkan kuantiti seafood yang ingin dimasak. Jika kuah terlalu sedikit, boleh tambah lagi sos.
  4. Jangan terlalu lama masak hidangan seafood kerana boleh menyebabkan terlebih masak dan keras apabila dimakan.

Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Lengkap Cara Buat Mee Celup Ala Thai, Betul-Betul Rasa ‘High Level’ Punya!

Baca juga: Resepi Soto Ayam Istimewa, Ini Rahsia Kuah Sedap, Pekat & Likat

Baca juga: Resepi Lontong Dan Kuah Lodeh Ikut Cara Che Nom, Mudah & Menjadi!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!