Sesekali tekak rasa teringin nak makan mee celup yang sedap dengan rasanya yang masam dan pedas. Sedapnya! Mungkin ada yang pernah makan hidangan ini dan sesetengah tidak mengetahui mee celup ini antara hidangan ‘viral’ dan merupakan menu yang wajib dipesan kalau singgah di restoran masakan panas di negeri Cik Siti Wan Kembang.
Hidangan ini juga seakan-akan mee sup namun yang membezakannya adalah mee celup dicampurkan ke dalam kuah sup manakala mee sup hanya dicelur dengan air biasa sahaja.
Untuk rasa yang lebih sedap, rebus tulang lebih lama supaya menghasilkan kuah sup yang lebih pekat
Seperti perkongsian resepi oleh Ben Safwan menerusi grup Masak Apa Hari Ni (MAHN), sila ikut tips penyediaan bahan yang sama supaya dapat merasai kenikmatan mee celup di tahap yang sebenar. Tanpa membuang masa, kami kongsikan resepi mee celup yang lengkap untuk anda cuba di rumah. Dah tak perlu cari sampai ke Kelantan lagi!
Resepi mee celup ala thai
Bahan-bahan untuk membuat cili:
Cara penyediaan:
- Panaskan minyak. Goreng satu persatu bahan di atas ikut urutan. Api sederhana kecil ja. Angkat bila garing.
- Simpan semua bahan termasuk minyak ke dalam bekas kaca. Minyak tu tunggu suam
- Masukkan 4 sudu teh serbuk cili untuk lebih sedap.
Bahan-bahan untuk membuat air lada:
- ½ genggam lada Thai
- ½ cawan jus limau Thai
- 4-5 sudu makan cuka
Cara penyediaan:
- Cincang lada thai setengah genggam guna food chooper tanpa air. Masukkan ½ cawan jus limau thai dalam botol dan 4-5 sudu makan cuka.
- Biarkan semalaman di luar dan seminggu dalam peti baru sedap makan.
Bahan-bahan untuk membuat lada solok jeruk:
- Lada solok (1.2kg-1.5kg)
- ½ sudu makan kapur
- 4-5 cawan air
- 2 cawan cuka
- 5-6 sudu makan gula
- 2 sudu teh garam
Cara penyediaan:
- Potong lada solok kemudian direndam ke dalam air. Masukkan kapur dan biarkan selama 1 jam. Teknik ini agar cili tak lembik dan dijeruk.
- Tos bersih buang rasa kapur. Ketepikan.
- Didihkan air dalam periuk. Dah mendidih, tutup api.
- Masukkan lada dan kacau sebati 30 saat. Ingat 30 saat je. Lepas tu, cepat-cepat buang air dan alirkan air paip. Masukkan dalam bekas bersih.
- Panaskan 4.5 cawan air dengan 2 cawan cuka, 5-6 sudu makan gula serta 2 sudu teh garam. Lebih/kurangkan bergantung kuantiti dan rasa
- Tak perlu tnggu mendidih. Dah nampak hancur gula garam tutup api. Biarkan sejuk.
- Dah sejuk tuang dalam bekas lada tadi dan biarkan semalaman.
- Dah boleh makan dah lada jeruk. Guna lada solok kalau nak bertambah sedap
Bahan-bahan lain sebagai pelengkap hidangan:
- Kacang tanah: Beli di kedai kacang tanah kisar yang tak berapa halus
- Serbuk cili thai : Beli di Shopee dengan keyword yang sama. Pilih yang halus lagi sedap
- Serbuk lada putih
- Ikan bilis rangup :Masukkan 1 genggam ikan bilis dalam air fryer, renjis minyak sikit dan bakar suhu 200 selama 12-13 minit. Confirm garing sedap. Takde Af, goreng manual
- Bawang goreng asli
- Garam
- Gula Halus
Cara buat kuah mee celup
Bahan-bahan:
- 4-5 liter air
- Ayam/perut muda/perut tebal/tulang rusuk/daging
- 1 serai diketuk
- 3 ulas bawang putih ketuk
- 2 batang akar ketumbar ketuk
- 1 cm halia ketuk
- 2 cm lengkuas ketuk
- 1 kayu manis
- 1 sup bunjut
- 1 cengkih
- 2 sudu makan kicap pekat Jalen
Cara penyediaan:
- Masukkan dalam periuk, ketuk semua yang mana perlu. Lepas tu masukkan dalam periuk.
- Renehkan 50-60 minit supaya turun air daging, air ayam tu bagi sedap.Tak perlu perasakan dengan garam gula.
Bahan-bahan untuk membuat bubur nasi:
- 1 cawan beras
- 6-7 cawan air
Cara penyediaan:
- Masak atas api dapur gas, biarkan dan kacau sesekali hingga nasi sudah bertukar jadi bubur.
- Bila tengok kanji dah mula keluar, bersedia untuk tentukan tahap mana akak suka bubur tu. Jangan terlalu hancur. Tak sedap.
- Meggi, mee,mihun celur je macam biasa
- Untuk sayur-sayuran, boleh gunakan kangkung, tauge, daun ketumbar dan asam limau nipis, bukan limau kasturi.
- Kangkung dan tauge direndam dalam air panas. Tak perlu rebus.
Cara gabungkan hidangan yang lengkap:
- Letak mee, meggi, mihun, nasi air dalam mangkuk. Letak isi ayam, perut muda, daging atau apa-apa lauk kegemaran.
- Tambah pula sayur semua. Letak kuah secukupnya.
- Baru letak 1 ½ sudu the gula halus, ½ garam, dan semua bahan rencah sikit-sikit.
- Perah asam limau dan gaul semua. Cuba rasa. Yang mana tak cukup lagi, tambah.
Semua ni atas skill pembuat/pengadun mee celup. Masa menulis ni pun, boleh bayang satu-satu dan menitik air liur.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Jemu Dengan Lemang, Ketupat Dan Rendang, Resepi Mee Bandung Yang Mudah & Sedap Ini Sesuai Untuk ‘Open House’!
Baca juga: 3 Variasi RESEPI MEE KARI Untuk Menu Buka Puasa Hari Ini, Tengok Je Pun Dah Terliur!
Baca juga: Perlu Idea Untuk Menu Menjamu Tetamu Raya Ini? Boleh Cuba Resepi Laksa Yang Pelbagai Variasi Ini
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!