Restoran romantis di Kuala Lumpur

Waktu makan adalah antara waktu paling sesuai untuk bermesra dan bertanya khabar pasangan. Apa kata, lakukannya secara lebih romantis di restoran sekitar Kuala Lumpur terutama buat isteri yang telah seharian bekerja di rumah. Tentu ia menjadi kenangan manis buat anda berdua.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekali sekala ambillah masa untuk makan malam romantis berdua. Ini memberi ruang untuk kita membicarakan rasa hati dan  mengeratkan ikatan cinta. Untuk mereka yang berada di Kuala Lumpur, kami cadangkan beberapa restoran untuk anda. Kesemuanya menyediakan menu gabungan antarabangsa dan tempatan serta dijamin halal.

 

Subak

Dengan moto Dine with Nature, Subak mempunyai lanskap berlatarkan kehijauan flora yang membuatkan anda seperti berada di hutan atau taman yang indah.  Antara hidangan yang disediakan termasuk Asparagus with Grilled Scallops Soup, Grilled Salmon Steak, Sup Ekor, Subak’s Bento dan Rendang ‘Ostrich’. Hubungi mereka untuk tempahan makan malam berdua. Mereka menyediakan meja persendirian di ruang-ruang anjung untuk anda rasakan keromantisan makan malam beratapkan langit malam dihiasi bulan dan bintang.

Lokasi: Lot 3212, Jalan Pencala Indah, Bukit Lanjan

Laman web: www.subak.com.my

 

Delicious

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun berada di lokasi tumpuan ramai, dekorasi dan susunatur dalaman menjanjikan keselesaan. Melainkan cawangan di Sunway Pyramid, Delicious mempunyai ruang dan sudut makan untuk pasangan menikmati makan malam berdua secara persendirian. Antara menu yang disyorkan oleh chef termasuk English Fish & Chips, Pan-seared Crispy Skin Salmon, Hainanese Chicken Chop, Nasi Kerabu dengan Ayam Percik dan Thai Styled Steamed Baramundi. Hubungi mereka untuk tempahan makan malam berdua. Anda akan diminta menentukan lokasi pilihan supaya mereka dapat bersedia dengan menu istimewa.

Lokasi: Bangsar Village II

Laman web: www.thedeliciousgroup.com

 

Atmosphere360

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Makan malam di atas awan? Inilah tempatnya. Moto mereka Feel Good, Taste Good, See You at The Top. Terletak pada ketinggian 282 meter dari paras laut, anda dijanjikan makan malam bertemankan bulan dan bintang dan permandangan lampu malam Kuala Lumpur yang berubah-ubah kerana ia sentiasa berpusing. Pastikan anda membuat tempahan awal supaya tidak menunggu lama terutama pada hujung minggu. Ada boleh memilih untuk makan secara buffet atau a la carte. Antara hidangan termasuk Lamb Masala, Stir Fried Chilli Crab, Stir Fried Boston Lobster, Wok Fried Wagyu Beef dan Marinated Black Cod Fish.

Lokasi: Menara KL

Laman web: www.atmosphere360.com.my

 

Naili’s Place

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bermotokan Rustic Ambience, Signature Delights and Live Music, Naili’s Place memilih lanskap bertemakan air dan laut. Antara susunatur yang menarik termasuk bar tepi pantai dan indoor jabuzzi dengan atap nipah beserta pasir pantai. Ruang makan dihiasi dengan hiasan rotan dan dedaun kering bersama lampu yang tidak terlalu terang, memberikan suasana romantis kepada tetamu. Menu yang disediakan kedengaran biasa-biasa tetapi agak berbeza seperti Temasik Rice Special, Tom Yam, Sup Tulang, Naili’s Salmon, Latino Trio Lamb Chop dan tidak ketinggalan Ubi Rebus bersama Sambal Ikan Bilis.

Lokasi: Sentul, Ampang Point, Taipan @ Subang Jaya dan Damansara Uptown

Laman web: www.nailisplace.com

 

Gobo Chit Chat

Walaupun berada di dalam bangunan, siling setinggi 10m dan melengkung disimbahi cahaya lampu hiasan bercorak pelbagai warna yang bergemerlapan menjadikan suasana agak urban dan unik. Meja yang minima menjanjikan suasana yang tenang dan romantis dengan meja untuk dua orang disusun di sudut-sudut dinding untuk privacy. Antara hidangan termasuk Prawn Bisque Cappuccino, Maki Roll, Nasi Goreng Kampung, Beef Tenderloin dan Seared Rosemary Seabass. Ia juga menyediakan menu untuk vegetarian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lokasi: Traders’ Hotel, Kuala Lumpur.

Laman web: www.shangri-la.com/kualalumpur/traders/dining/restaurants/gobo-chit-chat/

 

Big Apple

Berada di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur dan di tingkat 14, ia menjanjikan permandangan yang luar biasa. Meja-meja untuk dua orang juga disediakan di dinding kaca bagi anda dan pasangan menikmati permandangan waktu malam Bandaraya Kuala Lumpur serta bulan dan bintang. Jika berminat, anda juga boleh duduk bersimpuh seperti di rumah Melayu lama di ruang yang disediakan. Anda boleh memilih hidangan  buffet atau a la carte. Menu a la carte termasuk Tomato Buffalo Mozarella, Sup Tulang Rusuk, Seafood Cioppino, Wonton Noodle  dan Mee Goreng Mamak.

Lokasi: Tingkat 14, Berjaya Times Square.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Laman web: https://www.berjayahotel.com/kualalumpur/en/dining