Risau Hendak Berjalan Raya Dengan Anak Kecil? Cuba Tip Ini!

Ibu bapa mungkin akan risau bagaimana hendak mengawal ragam anak kecil mereka ketika di dalam perjalanan pulang ke kampung atau ketika berhari raya ke rumah saudara dan sahabat handai nanti. Kami ada berkongsi tipnya dengan anda!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pasti ramai ibu bapa sedang sibuk bersiap dengan pelbagai persiapan raya.

Ada yang mengubah suai rumah, ada yang sibuk dengan kuih-kuih untuk raya nanti, termasuk juga yang sedang merangka senarai sanak saudara untuk dilawati nanti.

Bercakap tentang melawat sanak saudara, pastinya perjalanan itu panjang dan lama.

Ibu bapa mungkin akan risau bagaimana hendak mengawal ragam anak mereka di dalam perjalanan nanti.

Atau bagaimana kerenah mereka jika penat berjalan raya nanti.

Tip beraya dengan anak kecil

Berikut adalah beberapa tip yang mungkin boleh dipraktikan semasa raya nanti.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Kesihatan
    Sebelum memulakan perjalanan yang lama, pastikan kesihatan anak-anak di dalam keadaan yang baik. Mereka pasti tidak selesa berjalan di dalam keadaan kurang sihat. Pastikan anda menyiapkan ubat asas seperti ubat demam atau ubat sakit perut untuk digunakan ketika kecemasan.
  2. Keselesaan
    Pastikan tempat mereka di dalam kenderaan adalah selesa. Anak kecil belum pandai meminta, jadi mereka akan mengamuk untuk menunjukan rasa protes tidak selesa. Gunakan ‘car seat’ supaya mereka ada ruang mereka sendiri dan selamat di dalam perjalanan.
  3. Bekalan
    Bekalan bukan bermakna bekalan makanan sahaja. Banyak benda yang anda perlu fikirkan untuk si kecil anda. Antaranya:
    snek kegemarannya (buah-buahan kering, kekacang, mahupun biskut kegemaran mereka)
    pakai persalinan, mereka pasti akan bermain hingga berpeluh dan tidak selesa. Salinkan dengan pakaian baru apabila mereka sudah tidak selesa.

    Foto ehsan Puan Syahida

    – bekalan lampin. Ini sesuatu yang anda tidak akan mahu lupa. Di hari raya banyak kedai akan tutup. Jadi pastikan anda sentiasa mempunyai bekalan lampin untuk mereka.
    – bekalan mainan. Tampak remeh tapi sebenarnya permainan adalah keperluan mereka. “Busy bag” adalah idea yang bagus untuk mereka.

    Loading...
    You got lucky! We have no ad to show to you!
    Iklan

    Foto ehsan busybag

    – jangan lupa bekalan susu buat anak yang masih menyusu.

    Loading...
    You got lucky! We have no ad to show to you!
    Iklan

    Foto ehsan amazon

  4. Banyak berhenti atau berhenti lama
    Semasa berjalan raya dari rumah ke rumah, pastikan anda tidak terus menerus dengan perjalanan yang panjang dan membosankan. Banyakkan berhenti atau berhenti lama sedikit di sesebuah rumah agar anak-anak boleh bermain merenggangkan badan mereka. Kita juga tidak selesa jika duduk di dalam kereta terlampau lama.
  5. Utamakan keselamatan
    Pastikan kenderaan di dalam keadaan baik
    sebelum memulakan perjalanan. Serta anda sendiri tidak terlalu penat atau mengantuk untuk memandu. Jadikan keselamatan sebagai keutamaan sebelum anda memulakan perjalanan anda.
    Loading...
    You got lucky! We have no ad to show to you!
    Iklan

    Foto ehsan preparingforpeanut

Semoga tip-tip ini dapat membantu anda bersedia untuk melawat sanak-saudara di hari lebaran nanti. Jika anak gembira, anda sudah tentu senang hati.

Apa tip lain yang anda praktikkan semasa berjalan raya? Kongsikan dengan para ibu lain di ruangan komen ya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Aqma