Risiko Ketagihan Nikotin di Sekolah

Ramai kini menggesa Kementerian Kesihatan mengambil langkah agresif untuk melindungi belia kita dari kesan-kesan bahaya menggunakan e-cigs dan vape.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

TECMA, kajian kebangsaan pertama untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai tembakau, e-rokok dan penggunaan vape di kalangan rakyat Malaysia, telah diterbitkan di portal kesihatan awam, Institut Kementerian Kesihatan baru-baru ini.

Sebanyak 14,833 pelajar berusia antara 10 dan 19,  dari 138 sekolah dalam 15 negeri, telah terlibat dalam kajian ini.

Kementerian telah mentakrifkan peranti yang mengandungi nikotin sebagai rokok elektronik/e-cig, dan peranti yang tidak mengandungi nikotin seperti vape, atau vaping.

Keputusan kajian TECMA telah menunjukkan bahawa 36.9% daripada pelajar-pelajar sekolah mula menggunakan rokok electronik atau vape dari umur 14 dan 15.

Ada juga diantara pelajar-pelajar ini yang tidak pasti jika cecair vape mereka, mengandungi bahan kimia ketagih ataupun tidak.

sumber gambar: youtube

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tiada penguatkuasaan undang-undang yang serius

Tabiat ini sukar dibanteras, terutama apabila rokok, peranti e-cig dan vape ini dijual kepada pelajar secara terang-terangan tanpa penguatkuasaan atau hukuman teruk terhadap penjual yang tidak bertanggungjawab.

Lebih separuh daripada pelajar-pelajar ini telah membeli rokok dengan mudah dari pasar raya, kedai-kedai runcit dan gerai-gerai di tepi jalan.

Sebanyak 53.2% tidak dilarang dari membeli rokok elektronik/vape dan cecair vape, walaupun jelas mereka ini, murid dan pelajar dibawah umur.

sumber gambar: mstar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sudah tentu apabila ditanya oleh media, syarikat-syarikat ini boleh mengatakan mereka mempunyai dasar dan peraturan yang ketat untuk penjual hasil barangan mereka. Tetapi adakah mereka mengambil langkah-langkah nyata untuk menguatkuasakan peraturan ini?

Yang mana lebih menguntungkan? Jualan yang lebih banyak? Ataupun jualan sebenar berdasarkan nilai-nilai moral?

Jika mereka benar-benar ingin memantau penjual yang melanggar peraturan, pegawai jualan mereka sepatutnya melakukan pemeriksaan kerap untuk memastikan penjualan rokok dan peranti kepada pelajar di bawah umur tidak berlaku.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketagihan nikotin

Prof Dr Amer Siddiq Amer Nordin, pakar ketagihan nikotin di Universiti Malaya percaya bahawa ada "kemungkinan tinggi" pengguna e-cig dan vape untuk beralih kepada rokok.

Ada diantara orang dewasa yang menggunakan e-cigs atau vape untuk membantu mereka berhenti rokok. Tetapi pelajar-pelajar tidak boleh dipersamakan dalam situasi ini kerana mereka sedang mencuba trend yang baru dan tidak menggunakannya untuk tujuan berhenti rokok.

sumber gambar: dyapunyabelog

Ibubapa, sekolah, masyarakat, dan Kementerian Pelajaran dan Kesihatan perlu mendekati pelajar bersama-sama. Ibu bapa perlu sedar bahawa e-cigs dan vape tidak berbeza daripada produk tembakau dan tidak boleh dijual kepada sesiapa di bawah 18 tahun. Sekolah, masyarakat dan kementerian perlu melakukan sesuatu untuk mengelakkan gejala ini daripada menjadi lebih teruk.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penggunaan produk nikotin oleh pelajar sekolah, termasuk e-cigs, bakal mewujudkan generasi baru yang mempunyai risiko ketagihan nikotin.

Tiada guna kalau guru sibuk merampas peranti e-cig dan vape, apabila senang sahaja untuk pelajar membelinya semula dari kedai berdekatan.

Ramai kini menggesa Kementerian Kesihatan mengambil langkah agresif untuk melindungi belia kita dari kesan-kesan bahaya menggunakan e-cigs dan vape.

sumber: Star, Star

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Rosanna Chio