Suami Bernafsu Buas, Sanggup Rogol Isteri Yang Baru Beberapa Jam Lahirkan Bayi!

Tergamaknya seorang suami merogol isteri yang baru saja melahirkan zuriat mereka sampai wanita ini menderita hampir 8 tahun!

Wahai suami, isteri yang anda nikahi itu seharusnya dimanjai dan dibelai sepenuh kasih dan sayang kerana isteri itulah yang mengandungkan anak kalian selama sembilan bulan. Namun, lain ceritanya bila ada suami yang sanggup rogol isteri selepas bersalin.

Inilah situasi yang menimpa seorang wanita yang bernama Natasha di mana dia telah dirogol bekas suaminya selepas baru saja menjalani proses melahirkan anak.

Bukan setakat dirogol, malah dia dilayan dengan penuh bernafsu dan rakus oleh bekas suaminya itu sampai hampir meragut nyawanya.

Suami rogol isteri

Mengimbau kembali saat pertama kali bertemu, Natasha memberitahu bahawa lelaki itu seolah Prince Charming buat dirinya.

Namun selepas mendirikan rumah tangga, akhirnya segala tingkah laku buruk suami mula kelihatan satu demi satu.

Malah, wanita ini turut menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan selalu didera oleh bekas suaminya itu.

Bahkan, sepanjang bersama lelaki tersebut, kehidupannya tidak sama seperti isteri-isteri lain kerana dia selalu berasa ketakutan dan yang paling sadis dia pernah dirogol suaminya itu selepas baru saja melahirkan bayi mereka. Kejamnya!

Menurut Natasha, orang sekeliling nampak kehidupan mereka baik-baik sahaja namun hakikatnya hanya dia yang rasai semuanya tanpa pengetahuan orang lain.

“Pada mulanya saya nampak dia seorang yang baik namun hakikatnya selepas berkahwin dia terlalu mengongkong saya hingga hati saya hancur selama 8 tahun setelah diperlakukan sedemikian rupa selepas baru saja melahirkan zuriatnya,” katanya. 

Tak benarkan keluar bekerja

Natasha

 

Bukan hanya didera dari sudut emosi, malah Natasha turut dilarang untuk keluar bekerja dan selalu ugut untuk membunuhnya sekiranya hal penderaan tersebut diceritakan kepada orang lain terutama ahli keluarga ataupun sahabat Natasha.

Malah Natasha turut sesal menyedari terlalu lambat bahawa bekas suaminya itu telah menjatuhkan maruahnya sebagai perempuan selepas menyakiti dan melakukan penderaan secara emosi serta seksual.

“Bayangkan selepas merogol saya setiap hari dan pada esoknya dia berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku antara kami dan memperlakukan ia seperti keadaan biasa. 

“Malah suami pernah ugut untuk membunuh anak jika saya cuba untuk melarikan diri sampai tidak tahu nak berbuat apa-apa walaupun ada rasa berani,” katanya.

Tampil buat keputusan dan lebih berani

Namun pada tahun 2015 selepas menanggung penderitaan yang sekian lama akhirnya dia berani untuk membuat laporan polis sehingga lelaki tersebut dijatuhkan hukuman penjara dan perkahwinan mereka berakhir.

Kini kehidupannya bertambah bahagia selepas bertemu dengan suami baru bersama anak-anak mereka.

Bila waktu ideal untuk melakukan hubungan seks selepas bersalin?

Rasa sakit lahirkan anak pun belum hilang jadi suami isteri perlu tunggu sehingga badan isteri sudah betul-betul bersedia untuk melakukan hubungan intim tersebut.

Berikut adalah fakta yang anda perlu tahu.

#1. Ada sesetengah pasangan yang mula mengadakan hubungan seks selepas bulan pertama melahirkan anak. Malah tak kurang juga pasangan suami isteri yang menunggu paling tidak enam minggu untuk melakukan hubungan intim kerana kebanyakan wanita mengalami koyakan yang teruk semasa beranak. Jadi suami kena sabar sikit ya!

#2. Memang ada pasanngan yang cuba mengadakan hubungan seksual selepas isteri habis berpantang dan menunggu sehingga 100 hari iaitu 3 bulan selepas bersalin. Ini bertujuan supaya badan isteri lebih bersedia dan sihat luar serta dalamannya.

#3. Jika sudah bersedia apa yang anda boleh buat adalah melakukan hubungan seks secara perlahan-lahan dan berhati-hati supaya tidak menyakiti pasangan.

#4. Mulakan dengan aksi ringan dahulu seperti bercumbu, menyentuh dan berpelukan supaya dapat membangkitkan aura tersebut setelah lama tidak melakukannya.

#5. Jika rasa tak selesa di bahagian tertentu minta suami berhenti seketika dan suruh suami sentuh klitoris secara perlahan. Sebaik saja rasa terangsang boleh meneruskan dengan aktiviti seks yang seterusnya.

#6. Gunakan pelincir di bahagian bawah supaya dapat membuatkan seks lebih selesa dan tidak menyakitkan.

#7. Cubalah melakukan hubungan kelamin ini sewaktu bayi sedang tidur supaya kalian lebih puas untuk beradu di atas katil sekaligus rasa lebih nikmat!

Justeru, jika anda pernah berhadapan dengan situasi suami rogol isteri seperti Natasha jangan lupa atau takut untuk terus membuat laporan polis atau adukan masalah anda itu dengan pihak yang sepatutnya.

Jangan duduk diam sahaja dan merelakan perlakuan itu berlaku pada anda kerana lelaki yang bersikap sebegini harus terima padahnya.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Mirror 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comberhubungan-seks